Nama je gerai Satay Grill. Gua makan otak-otak je.
Jibaok. Entah bila nak bubar. Kalau ikut tarikh, DUN Selangor bubar automatik esok. Gua marah bukan apa, sebab wasap masuk kaw-kaw bagitahu dah bubar tengahari tadi.
Ushar twitter politikus, semua takde reaksi pun. Sah. Ini khabar angin je ni.
Malam ni gua lepak gerai member gua, Sani. Dia takdelah hardcore politik tapi bolehlah korek cerita Felda. Mamat ni asal Palong. Setakat kisah saham FGV tu, dia khatam la. Kalau hal politik negeri, dia duduk tengah-tengah.
Ada jugak kami berbual hal NGO yang bersepah; entah ada pendaftaran ROS atau tidak. Ada yang bermanfaat dan ada yang umpama sampah. Entah mana datangnya dana mereka. Sewajarnya parti politik menyingkirkan mereka. Bagai Rockefeller menyingkirkan industri keretapi dari menjadi beban dalam industri penapisan minyak Amerika. Supaya maklumat dan agenda parti sampai terus kepada rakyat tanpa ada persepsi kesamsengan NGO. Jika tidak, persepsi bahawa NGO ganas itu adalah proksi parti kerajaan akan berterusan. Benar, rakyat berfikiran begitu.
Cukup. Bersedia untuk memecut. Bubar aje Parlimen, gua akan terus jadi mata-mata. Mengintai sana dan sini.
2 comments:
kat mana kedai dia nih????lama x jumpa....(cot)
cot,
aiyyyooo...hang tanya ayus. 2kali aku gi ngan dia.
Post a Comment