Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

7.7.13

Keluarga Al Juburi yang pulang

Selama ini ku ingat hanya rekayasa untuk suka-suka, tapi memang ada keturunan Al Juburi ni..pagi Ahad aku dah gelak besar.

Ref: Mingguan Malaysia 7.7.2013, ms21

3 comments:

Anonymous said...

Peminat ajaran utusan juga ni..

Hamba Miskin said...

kah kah kah..

Kembalikan Yang Hak said...


Salam Saudara,

Hadis yang saudara kemukakan adalah hak dan terdapat di dalam Kutubbus-sittah atau Kitab yang 6 dari Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah.

Berasaskan dalil serta peraturan Allah dan Rasul yakni Al-Quran dan Al-Hadis, sebenarnya manusia hari ini telah jauh tersasar dan perlu diperbetulkan dan paling tidak akur kepada Surah Tahrim Ayat 6 dalam mengambil kira nisbah 1 Ahli Syurga=999 Ahli Neraka.

Menuntut ilmu Al-Quran dan Al-Hadis secara berisnad, man'kul dan muttasil adalah asing, tetapi inilah satu2nya jalan asing menuju syurga. Allah tidak akan menunjukkan jalan kepada insan di dunia ini selain cara ini.

Di dunia ini, banyak manusia syok sendiri menyangka mereka berada di atas landasan benar tetapi mereka termasuk golongan yang dhollu-wa-adhollun yakni sesat lagi menyesatkan. Ini amat bahaya kepada setiap individu dan umat manusia sekeliling sehingga terdapat dalil Hadis supaya menyendiri dari golongan ini sehingga lari ke dalam hutan mengigit akar kayu sampai mati adalah lebih baik dari bercampur kebatilan mereka.

Islam MENUNTUT setiap Individu apatahlagi berada di dalam ruang lingkup Jamaah menurut vesi Allah dan Rasul dan bukan versi rekayasa manusia seperti "katanya-katanya" oleh seseorang. Kefahaman konsep dan kontek Jamaah dan bagaimana ianya dilaksanakan juga mesti menurut versi Allah dan Rasul. Asas ini menjadi tunjang yang menjurus kepada setiap individu mematuhi dan mengamalkan keseluruhan peraturan Islam secara murni sebagai teras kejayaan dunia dan akhirat. Caranya adalah diberikan bimbingan ilmu yang wibawa (tetap Quran/Hadist)ke atas setiap rukyah.
Kiranya cacat salah satu peraturan pokok Allah dan Rasul dengan kejahilan dan tanpa ilmu, maka cacatlah semua individu yang beratas nama Islam. Banyak manusia kelihatannya seperti pembawa agama Islam yang benar sebaliknya mereka tidak ubah seperti loncatan mengejar keduniaan dengan menjual akhirat. Perlakuan bida'ah berleluasa disebarkan tanpa mereka sedari.

Islam mesti berasaskan jamaah sebagaimana perintah Allah di dalam surah Al-Imran(103-105), An-Nisa(13-14/132), Al-Fath(8-10) dan Surah An-Nur(62-63) yang mempunyai kaitan. Prinsip dan dalil Jamaah menurut Allah dan Rasul adalah sensitif sehingga ianya dituduh asing oleh umum.
Keamiran yang membawa Al-Quran dan As-sunnah sahaja boleh membekalkan ilmu dan kefahaman Quran/Hadis selain boleh berijtihad dalam keadaan semasa menurut peraturan Allah dan Rasul. Rukyahnya juga merasakan kewibawaan amalan2 mereka dan mengamalkan cara hidup Islam yang benar.
Masalah pokok adalah di manakah Keamiran ini boleh kita cari? Apakah ikatan keamiran dan rukyah di dalam tuntutan Al-Quran/As-Sunnah masihkah ianya ada sampai kini? Mengingat gugatan sebuah hadis "Man a'mila a'malan lai-sa-amruna-fahuwa-raddu".

Di dalam polemik agama yang asing ini sebagaimana yang Saudara sebutkan, saya mengingatkan diri saya kepada sebuah hadis yang bermaksud "Sesungguhnya Islam ini berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan Islam ini berada dalam api neraka dan hanya 1 dimasukkan kesyurga dalam ertikata Amir dan Rukyah. Masalahnya, kita sekarang ini berada berada dalam kelompok mana? Alangkah sia-sia hidup ini kalau ilmu sebagaimana surah Al-Isra ayat 36 terlebih dahulu tidak dikuasai yang mengakibatkan kita menjadi lebih sesat dari haiwan sebagaimana surah Al-A'raf (179).

Sebenarnya Islam, Al-Quran dan Assunah semuanya ada formula tersendiri. Apabila larinya formula yang ditetapkan Allah dan Rasulnya, maka salahlah jawapannya hingga ke penghujung.

"Balighu-an'ni-walau-aayah"

Saya bukanlah seorang ulama tetapi berkuliah di Kanada dan bidang Pengurusan hampir 30 tahun lalu.

Alhamdulillah-jazakumullohu-khairoh
"Sesungguhnya Allah memilih hamba2nya yang diberi petunjuk dan hambanya yang sesat pasti tidak menjumpai petunjuk"

Wassalam
"Kembalikan Yang Hak"