Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

10.3.09

Kosong-Kosong dan Harapan Di Maulidur Rasul



Pada hari sabtu ulangtahun kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, YB Teresa Kok, exco kanan Selangor merangkap ADUN Kinrara membuat kunjungan ke Surau Darus Salam di Batu 13 Puchong dan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada surau berkenaan untuk membeli pembesar suara laungan azan.
Selain itu, beliau juga memberi sumbangan RM2,500 kepada PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) dan RM2,500 kepada Sekolah Rendah Islam (Seri) Nurul Hidayah di Puchong.
{ sini }

Islam menyuruh Umatnya berlaku adil dan hari ini suka untuk Harimau adil pada Teresa Kok. Sebelum ini, hentaman, kritikan dan terajangan dari Harimau kepada dia sering tercoret dan terpapar di blog ini. Namun, setelah membaca kemurahan hatinya (usah pula dipersoalkan samada beliau ikhlas atau tidak) memberikan sumbangan untuk kebajikan Surau Darus Salam, maka, Harimau mengeluarkan perkataan "bangang minah ni" dari "comment form message" blog ini. Secara konklusi, kami dah kosong-kosong dengan syarat, Teresa jangan nakal-nakal lagi (manja ayat ni).

Semoga selepas ini, Teresa dibukakan hatinya oleh Tuan Punya Dunia untuk memeluk Islam. Dan, ketika itu, air mata ini pasti menitis kegembiraan. Amin.

Dan tidak lupa untuk didoakan, Elizabeth Wong, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Samy Velloo dan pemimpin bukan Islam yang lain menemui ketenangan dan bersama-sama menjadi saudara seIslam kita semua.

Mustahil? Tiada yang mustahil disisi Allah.

26 comments:

Harimau-Menaip said...

Kalau zaman Chedet, muka2 di kiri dan kanan tu mesti susah nak dapat bantuan kerajaan...hehehe..

Itulah bagusnya Pak Lah. Membuka ruang dan "kurang" zalim.

panglima_sepat said...

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.. Walaupun ramai yang kini buka mata nampak kelemahan chedet tapi jangan lupa chedet juga ada jasa kepada kita..

Unknown said...

Salam ziarah,sebuah blog yang menarik...semoga Allah istiqomah kita dalam setiap amalan....minta ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan add blog saya sebagai rakan blog anda..tq

Unknown said...

Salam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....

Anonymous said...

MAAFKAN SAYA KALAU SAYA SALAH ATAU BURUK SANGKA....

MUDAHNYA HATI HARIMAU CAIR HANYA KERANA DUIT!!!!!!!!!!

Tanah Melayu said...

ok lah tu, pekataan bangang minah ni dah buang.. tapi jangan kita buang sejarah tu terus.. sentiasalah waspada dalam kita berbaik sangka dengan mereka ini.

SAYANG SARAWAK said...

inysaallah..tiada yg mustahil di muka bumi ini...amin...

melayuangkat said...

Doakan juga agar UMNO dan PAS bergabung. Islam sama Islam kurang fitnah mefitnah sesama sendiri dan dijadikan alat oleh Bangsa lain.

Hanya dengan 10,000 Teresa Kok dapat melembutkan hati semua orang Islam di Malaysia. Tahniah Teresa.

Anonymous said...

Eh, takkan surau tu ajer..surau aku bila lak nk derma..

apa2 pun tentulah sumbangan ini sebagai simbolik (sebahagiannya untuk beli pembesar suara/azan).. pandai YB Cik Teresa ni! Tapi aku taknak berburuk sangka..fikir yg baik2 sahaja..

Unknown said...

Hati manusia banyak jenis. Ada hitam ada putih. Bak kata orang, rambut sama hitam , hati lain2..Harapan Harimau sama juga dengan harapan saya agar Teresa mendapat hidayah dariNya.. AMIN...

blogresipi.com said...

Sampai ke doa kepada kuffar-kuffar tu?

Unknown said...

kunang-kunang

itu persoalan Allah.Allah jualah yang berhak ke atas doa hambanya.siapakah tuan hamba yang mempersoalkan sedemikian rupa? :)

Anonymous said...

Sampai. Umar masuk islam pun berkat doa nabi

Anonymous said...

We're Malaysian.

panglima_sepat said...

Pak Lah yang dikatakan lemah telah membuka mata bahawa kita akan ditindas, diperlekeh dan dibangangkan sekiranya kita tidak berstu padu dan berpecah belah

m'steen guy said...

Amar maaruf...
Nahi Mungkar...

Allah Maha mengetahui...

Siapa la kita hambanya ini untuk mentafsir isi hati insan lain...

Buat baik salah ... buat tak baik lagi la salah...

Abih tu nak buat cenggana???

Anonymous said...

insyaALLAH..ALLAH MAHA MENGETAHUI...teruskan berdoa untuk kesejahteraan semua n hapuskn kemungkaran. amin

Unknown said...

assalamualaikum tuan,

chop jap...

sy nak layari blog Cikgu Sofi - kerajaanrakyat...tp x dpt2...ader info kenapa x dpt dilayari laman web Cikgu Sofi.

RSVP...tq...

ubilepih said...

Allah berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia sukai..tak percaya..tu lah kena lah faham Quran tu..he..heee..doa-doa-doa....

Anonymous said...

result spm membuktikan dasar kerajaan dalam melaksanakan ppsmi adalah gagal teramat sangat. adakah logik peratusan subjek matematik dan sains meningkat tetapi peratusan bahasa inggeris menurun?????????.kementerian cuba menipu dengan menaikkan peratusan matematik dan sains tetapi mungkin mereka terlupa untuk menaikkan peratusan bahasa inggeris. mereka cuba membuktikan dasar ppsmi berjaya tetapi dalam masa yang sama mereka telah kantoi kerana telah membuktikan dengan tidak sengaja pelajar semakin tidak menguasai bahasa inggeris. padahal ppsmi dilaksanakan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris. saya seorang mahasiswa dapat merasakan dasar ppsmi tidak akan berjaya kerana di IPTA & IPTS masih ramai pensyarah yang menggunakan bahasa melayu lebih daripada bahasa inggeris dalam P&P. ini berlaku di IPTA untuk mengajar mahasiswa, ini kan pula di sekolah yang pelajar baru nak belajar ilmu asas. MANSUHKAN PPSMI. TIDAK KIRA PARTI MANA PUN.

tok iskandar said...

Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

teresa nak cover line saja. orang yang lemah pemikiran akan terima bulat-bulat.

Harimau-Menaip said...

Terima kasih atas komentar kalian. Bukan nya Harimau cair dengan RM10k, tapi tertanya di benak, apa sumbangan kita pada agama? Adakah bernilai 10k atau hanya 10 sen?

Dia ikhlas atau tidak, kita tolak tepi. Tapi saya wajar adil untuk dia. Itu sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Dia serah saja duit RM10 ribu tu. Dia ambik duit kerajaan negeri yang pau duit dari kita juga. Dari rakyat kepada rakyat lah tu. Baguih la..

Tapi tentang masuk Islam tu den tak berapa yakin. Ada YB yang dah dimasukkan dengan orang Islam pun tak masuk Islam. Ingat, bapa saudara nabi pun sampai meninggal tak masuk Islam. Abu Jahal tentang Islam sampai mati...

Allah nak bagi hidayah pun terhadap perkara yang masuk akal. Tambah lagi diketika dunia akhir zaman ni..

Wallahuaqlam

Anonymous said...

Assalamualaikum

Dia serah saja duit RM10 ribu tu. Dia ambik duit kerajaan negeri yang pau duit dari kita juga. Dari rakyat kepada rakyat lah tu. Baguih la..

Tapi tentang masuk Islam tu den tak berapa yakin. Ada YB yang dah dimasukkan dengan orang Islam pun tak masuk Islam. Ingat, bapa saudara nabi pun sampai meninggal tak masuk Islam. Abu Jahal tentang Islam sampai mati...

Allah nak bagi hidayah pun terhadap perkara yang masuk akal. Tambah lagi diketika dunia akhir zaman ni..

Wallahuaqlam

angah said...

salam..

macam2 pandang mengenai sedekah yg dilakukan YB Teressa... geli hati aku..
utk pengetahuan korang semua aku tinggal di Sri petaling..salah satu kawasan Seputih..parlimen yg YB Teressa jaga selama 3 penggal.. alhamdulillah ...dan aku rasa kemakmuran ,keharmonian , budaya ISLAM lebih menyelah di tempat aku..
utk pengetahuan korang semua..di sri petaling nie ada sebuah masjid tabligh yg terbesar sekali di MALAYSIA..alhamdulillah.. walaupun kawasan sri petaling 85% bukan ISLAM tapi terdapat juga masjid yg antara terbesar di malaysia..
utk pengetahuan korang juga..tiap2 malam sabtu kat masjid nie lebih kurang hampir 5000 jemaah tabligh datang..alhamdulillah YB Teressa tak pernah lah pula hantar memorundom..setahu aku ada sahaja sumbangan dari beliau..alhamdulillah..
bila cerita pasal masjid kinrara ari tue..aku tahu..itu fitnah yg dilakukan oleh puak Bannggang UMNO utk memecahbelahkan perpaduan..
kepada harimau..datang2 lah masjid jamek sri petaling..mungkin boleh ikut jemaah tabligh keluar keee.. menambah ilmu..
salam...