Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

8.3.09

Pesanan Buat Anak ( anti PPSMI )

Anakku,
Jika engkau berjaya di masa depan,
Jangan kau lupa akan pejuang-pejuang,
Yang berpanas dan berhujan,
Dipukul dan disembur,
Memperjuangkan Bahasa Nenek Moyangnya.

Anakku,
Jangan kau ingat kau Melayu,
Kau akan mudah menongkah arus,
Di Tanah Melayu.

Kerana ia sememangnya sukar,
Tidak seenteng yang dirasakan.

Anakku,
Ingatlah untuk sedetik cuma,
Mengucapkan terima kasih,
Dan mendoakan kesejahteraan Roh-Roh Pejuang,
Kerana mereka yang memastikan,
Kau terus berbahasa Melayu,
Dan 152 tidak terus di"keranda"kan,
Oleh orang-orang atasan yang sudah tepu keMelayuannya,
Konon-kononnya.


"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," A. Samad Said.

20 comments:

Pemuda Pelapis said...

Saudara HM,

"Tahu tak apa..."

P/S: Itulah komen paling ringkas

Harimau-Menaip said...

Tuan PP,

"Dah tahu, baru ada rasa".

Anonymous said...

Masa di sekolah rendah dan menengah kita tak mau PPSMI

Bila masuk U baru kelang kabut cari penterjemah.. heheheh.

Pak Samad kena pertahankan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Jangan ia terus dirojakkan..

"Ajar anak kita Ilmu..bukan kejahilan"

Pertahankan PPSMI

Anonymous said...

Tanya budak2 U dan lepasan U.Nak cari terjeman saintifik dan terjemahan Alam Cyber pun terkial-kial. Usahkan nak memahaminya. Selama ini apa Dewan Bahasa dan Pustaka dah buat? Berapa buku teknikal telah dijemahkan dalam Bahasa Melayu? Melayu dah lah bodoh, maca mana nak menguasai ilmu?

Harimau-Menaip said...

Anonymous 4.33pm;

Saya rasa, panjangkan pembelajaran Bahasa Inggeris dan pastikan pelajar dapat menguasainya.

Saya belajar juga di Universiti. Saya pun paham masalahnya. bagaimana nak faham kalau bahasa pengantaranya memeningkan budah sekolah rendah?

Mungkin ia perlu dimulakan di Menengah atas sahaja.

tok iskandar said...

Tok nak ulas sikit tentang GMP atau ringkasnya Gabungan Mansuhkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Impak bantahan PPSMI semalam oleh lebih daripada 100 ribu orang yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP dan mantan duta Malaysia ke UNESCO,Datuk Dr Hassan Ahmad telah mendapat liputan luas dalam dan luar negara.

Dokongan kuat daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan tokoh ilmuan seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim,Prof Emeritus Abdullah Hasaan,Dr Shaharil Mohamad Zain dan berpuluh-puluh lagi tokoh akademik dan cendekiawan menjadikan gerakan ini digeruni kerajaan UMNO-BN sehingga terpaksa mengerahkan FRU menangani arus kebangkitan pejuang-pejuang bahasa Melayu.

Lebih menakutkan Pak Lah ialah GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) bersama 53 persatuan lain.Ini belum dikira Dong Zhong dan Persatuan Tamil.

Apabila tokoh cendekiawan Melayu sanggup turun ke jalan berdemo dengan rakyat jelata dan terpaksa menerima bahana gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU,hilanglah maruah UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan nasib bangsa Melayu sedangkan golongan yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

7 Mei 2009 adalah satu trajedi buat UMNO kerana sanggup mengarahkan FRU bertindak ganas terhadap bangsa sendiri,bangsa Melayu yang hanya ingin berarak ke Istana Negara untuk menzahirkan bantahan terhadap PPSMI.Rejim Yahudipun tak berlaku ganas terhadap bangsanya sendiri.Sekarang rakyat dapat melihat sendiri PDRM sanggup bertindak keterlaluan sehingga melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid negara.

Pak Lah patut merasa malu dan sebagai PM,sepatutnya beliau mengarahkan Musa Hassan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatannya.Kenyataan akhbar Pak Lah mendesak agar isu PPSMI ini diselesaikan segera sebelum menjadi lebih serius mengugat peluang Hishamudin memenangi perebutan naib Presiden UMNO dan ramai yang meramalkan sepupu Najib ini akan kalah dengan teruknya.

Tok faham mengapa Pak Lah cukup berlembut.Krisis politik di Perak,Pak Lah tak mintapun diselesaikan segera.

Sebenarnya Pak Lah sekali lagi ingin memperalatkan Pakatan Rakyat untuk menyokong usulnya menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.Kali ni tok harap MP-MP Pakatan Rakyat jangan sokong kerana Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SPRM yang ditubuhkan baru-baru ini setelah mendapatkan sokongan MP-MP Pakatan Rakyat telah gagal berfungsi dengan baik dan sebaliknya memihak kepada UMNO.

Pak Lah memerlukan majoriti 2/3 daripada ahli parlimen untuk menubuhkan suruhanjaya penambahbaikan polis.Tok percaya jika helahnya ini terlaksana,Musa Hassan akan dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya ini.

UMNO tak kira ketuanya Pak Lah ataupun Najib tetap sama cuma cara mereka menipu rakyat yang berbeza.

tok iskandar said...

Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.

Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri,tak pukul dan sumbatkan mereka kedalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.

Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.

Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.

Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siapa dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah.
Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen

Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.

Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO.
Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.

m'steen guy said...

Salam,

Aduhai ... apa la yang Atok Iskandar nie nak marah sangat dengan polis dan FRU nie ... saya tak berada di tempat kejadian .. tapi saya sgt yakin pengumuman yang dibuat oleh abg polis dan FRU supaya bersurai adalah dalam Bahasa Melayu ... Kebetulan pulak demo tu untuk tegakkan bahasa Melayu... Kalau dah pejuang bahasa sendiri pon tak paham bahasa ... orang suruh bersurai pon degil gak ... abih nak buat camana ?? takkan pihak berkuasa nak balik umah tido jek ??? Then, kalo demo merebak jadik riot ... time tu pandai pulak kata pihak berkuasa tak reti buat keja ... isy..isy... tak paham la ...

Secara analogi, sama la macam keadaan kat sekolah dulu ... Cikgu dah pesan berkali2 jangan isap rokok .. tapi degil isap jugak .. pastu kena tangkap hukuman buang sekolah .... boleh pulak kata cikgu jahat ... Ada patut ka ???

Pasal PPSMI ... apa la yang korang nak takut sgt nie ... Look at the trend now ... Ramai parents melayu yang antar anak2 masuk sekolah cina ... tau tak kenapa??? sebab diorang nak anak2 diorang nie tau bahasa mandarin/kantonis... atas dasar apa ?? korang pk la sendiri...

Takkan sebab 2 subjek ni ajar dalam bahasa inggeris .. budak2 melayu pasni terus jadik budak Amerika ...tak reti cakap melayu ....

p/s - Sian kt Hishamuddin (walaupun aku meluat kat mamat nie)

Harimau-Menaip said...

M'steen,

Lama tak dengar cerita? Saya rasa, yang berarak tu bukan boikot Bahasa Inggeris tetapi berusaha dalam mendaulatkan Bahasa Melayu.

Memang kita wajar mempelajari pelbagai bahasa. Kenapa agaknya ramai yang hantar anak mereka ke sekolah Cina? Sebab ekonomi dikuasai oleh orang Cina. Jika kita mahu menguasai dan mempelajari rahsia kejayaan mereka, maka mempelajari ilmu dan bahasa mereka sudah jatuh Wajib!

Kalau nak cari kayu ukur, kita mesti bezakan hasil dan produk/anak keluaran tahun 80 an dengan anak Milennium. Siapa yang berjaya? Rasanya, makin hanyut kot?

Wallahualam.

Juita said...

buat ape belajar dlm bahasa ingeris kalo cikgu nye ajar lam melayu, dpt elaun. cikgu yg ngajo pun tonggang tebalik, camna nak capai objektif PPSMI.. bdk2 pun jwb lam bahasa melayu. buang duit, buang masa

Anonymous said...

Sebagai guru sains matematik memang sudah meluat sangat dengandasr PPSMI ni. Namun apakan daya kerana dah berpuluh tahun jadi guru, tanah pun tak de, business pun tak de apatah lagi ribuan duit dalam bank lagi. Jadi kene le tunggu juga . Mana yang reti cakapla sikit dalam BI. Kebencian kepada pembuat dasar ni Allah saja yang tahu, saya selalu mohon pada Allah agar musnah golongan DAJAL ini.

Anonymous said...

Kami belajar sejak dari darjah satu sampai wat Sarjana (Master) pun dalam bahasa melayu. Cam ne nak ajar dalam bahasa inggeris. kan ke elok serah balik Malaysia ni pada Inggeris (British) dan suruh dia orang datang ajar .

Gadis Reformasi said...

hebatkan menteri kita?
itulah politik.
konon menyelamatkan bangsa,bahasa & agama
haprak!
sudah jelas bertentangan undang2.
mungkin.
satu hari nanti,
kita harus trun berlawan keris taming sari

Harimau-Menaip said...

Princess,

Jangan khuatir. Abang ada.

Anonymous said...

Ibubapa yang hantar anak di sekolah cina bukan disebabkan bahasa inggeris tapi cikgu sekolah cina ramai yang berdedikasi untuk mengajar. Kalau tak percaya bandingkan guru disekolah kebangsaan dengan cikgu di sekolah cina banyak yang jauh berbeza. Selain masalah bahasa perkara lain yang membimbangkan saya adalah dengan polisi kerajaan yang menyerapkan graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan kedalam sektor pendidikan. Mereka ni kebanyakannya tidak minat mengajar tetapi atas desakan hidup terpaksa memilih Guru sebagai pekerjaan. Jadi paham2 sendirilah.

Unknown said...

salam tuan,

hihihi..sempat mengurat ye :)

apapun :

http://universitipts.com/

tak perlulah dipertikaikan siapa Kak Ainon.kerana beliaulah antara usahawan Melayu yang cuba menaikkan martabat Bahasa Melayu dalam PTS.

Kalau sesiapa (pendokong PPSMI) ada hujah yang boleh menandingi kajian teliti yang dibuat oleh GMP, dipersilakan untuk membentangnya.

Kebenaran harus dicari.

wasalam

Kolej Dar al-Hikmah said...

ANDA SEMUA DI JEMPUT KE WACANA ILMU : MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.
Sila layari http://web.hikmah.edu.my/content/view/86/179/

pejuang said...

salam...
bagi saya,ppsmi adalah langkah terbaik utk mendidik anak kita...fokusnya d sini bukanlah untuk menguasai bahasa inggeris kan?matlamat utamanya adalah untuk MEMPELAJARI SAINS DAN MATEMATIK DALAM ERTIKATANYA YANG SEBENAR.bukan bahasa inggeris yang menjadi isunya.
di sini saya berikan contoh...OXYGEN...jika ditukar ke BM,akan menjadi OKSIGEN.bunyinya tetap sama...cuma ejaan yang berbeza...dan buat semua...OXYGEN ini mempunyai banyak cabangan dalam istilah sains itu sendiri -OXIDE,PEROXIDE,DIOXYDE,DEOXYDATION....dan banyak lagi.Jika kita hendak translate semua cabang-cabang ini ke bahasa melayu,bahasa melayu sudah tidak 'melayu' bunyinya.ia seolah-olah bertukar kepada bahasa inggeris itu sendiri.Inikah yang kita hendak perjuangkan? dan saya pasti OXYGEN bukan satu-satunya elemen(element?juga dipetik dari bahasa inggeris.sungguh memalukan) dalam sains...kita mempunyai 120(118) elemen secara keseluruhannya...dan bukan itu sahaja...ada banyak lagi sebenarnya..semua ini adalah untuk memudahkan anak bangsa kita di masa depan kelak.

bangkitlah bangsaku..kita sudah jauh ketinggalan...

p/s - kita sayangkan bahasa...namun bahasa yang kita gunakan hari ini juga rojak bunyinya...

SAYA - SAYE
ADA - ADE
KATA - KATE

semua perkataan tidak baku lagi...

Harimau-Menaip said...

Tuan, mungkin perkataan yang teknikal sifatnya tidak perlu diubah ejaan.

Namun, tulisannya DIWAJIBKAN di italickan supaya ia terbeza dan berbeza.

Wallahualam.

Anonymous said...

kepada mereka yg mahu ppsmi dimansuhkn, fikir2 kn sikit ape yg anda semua dah buat untuk memartabatkan bahasa melayu..jgn nk menentang ikot suka hati je..kalau btol nk memartabat kan bahasa melayu kenapa xde pihak nk pergi terjemah buku2 ilmu sains dan matematik di peringkat tertinggi ke dalam bahasa melayu??bila ada pihak yg ingin memberi alternatif xnk terima..sy sokong pihak kerajaan..oleh kerana tidak mahu anak muda kita ketinggalan kerajaan telah melakukan ape difikirkan sesuai pada masa ini..gapena bising2 nk saman kerajaan..nk tny sikit gapena nye org atas watpe??terbonkang mkn gaji mcm org bodoh..kalau btol nk mansuh ppsmi gi terjemah sume buku ilmu sehingga peringkat tertinggi dalam bahasa melyu dlu..jgn pndi ckp je..stakat pndi berckp je x gune..usaha xde..bleh bla la korg yg nk mansuh kn ppsmi