Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

8.11.09

Kelantan dikuburkan tanpa talkin di Stadium Bukit Jalil


Semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak seumpama beruk malam tadi. Dan, semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak liar, ganas, lupa diri dan melakukan kerosakan. Terbukti jangkaan mereka benar.

Tabik hormat buat penyokong Negeri Sembilan yang duduk ontok-ontok walaupun dilempar dengan pelbagai objek bahaya oleh penyokong Kelantan. Takziah juga buat pemilik-pemilik kereta bernombor plet Negeri Sembilan yang di"renyukkan" oleh Penyokong Kelantan yang pulang awal malam tadi.

Kehausan pasukan Negeri Sembilan telah terubat dengan "darah" Kelantan sebanyak 3 pain walaupun menghadiahkan 1 pain "darah" buat pasukan Kelantan. Berjaya juga Kelantan dikuburkan tanpa talkin oleh pemain-pemain Negeri Sembilan.

Aksi Khalid "Mamak" Jamlus yang memualkan sudah cukup untuk meledakkan muntah hijau pada malam tadi. Ia tetapkan mual walaupun 7 gula-gula Hacks ditelan. Mungkin kuda tua ini sudah patut "dibersarakan" dari kancah Bolasepak negara.

Persoalan sekarang, adakah Isnin akan dihadiahkan cuti? Jika tidak, siapa yang mahu mengiringi kegembiraan anak negeri di Jalan Yam Tuan; tatkala Piala Malaysia diarak dan dijulang dengan penuh kebanggan?

Hadiah paling berharga buat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz ini pasti akan dikenang dan disemat dengan kemas dalam sejarah bolasepak Negeri Sembilan. Bermula esok, pasti ramai anak Negeri yang akan menggilap boot yang telah lapok, hanya untuk melempiaskan ketagihan menyepak bola setelah perlawanan secara langsung tadi.

Bukankah itu lebih baik dari menembam saja di rumah?

Tahniah Negeri Sembilan. Tak sabar nak baca suratkhabar esok!

29 comments:

Singh Is Kinng said...

Salam Tok Ghimau,

Tahniah, saya terima kekalahan dengan hati terbuka, dan bagi pihak penyokong Kelantan saya turut rasa malu atas apa yang berlaku.

Sepatutnya sukan digunakan untuk mengeratkan persahabatan.

Wassalam.

ISA said...

Salam Tahniah Tok Rimau,

Tahniah den ucapkan kek ekau khususnya dan semuo rakyat N9. Hari Isnin khobanya tak cuti... sobab den ado Appt. di PD. Cari makan bro..

Walaupun den tak minat bolasepak Malaysia ni sejak 1998 laei, tapi den sodih gak tengok berita TV, perangai penyokong bolasepak Malaysia nih.. macam boruk keluar dari hutan.

Ado pulak yang kaitkan perangai boruk penyokong tu dengan tarbiyah Kelantan... apo ko banggang punyo statement. Bolasepak dikaitkan dongan Parti Politik.

Apo pun TAHNIAH buat N9 sekali lagi...

Harimau-Menaip said...

TUAN SINGH SAHABATKU;

GERAM BETUL TAPI IA TELAH TAMAT. JANGAN KECIK HATI DENGAN KERAIAN KEJAYAAN N9 DALAM BLOG INI TAU...HAHAHA..

NASIB BAIK TAK RAMAI BALIK SOMBAN NAIK AMBULAN MALAM TADI...

Harimau-Menaip said...

ISA SAHABATKU,

TERIMA KASIH..BANGGA BETUL DEN..SAMPAI KOMBANG MENCIRIT NI..HAHAHAHA

Iman said...

Saya orang Kelantan bro, tapi saya sangat bersetuju dengan tulisan bro di atas. Tahniah utk N9, atas kemenangan. semangat kesukanan tercemar lagi, kesian cameraman tu.

Harimau-Menaip said...

Iman,

Maaf kalau terasa tapi memang bengang malam tadi. Ada makcik tu, nyaris2 kena botol mineral.

Tapi, terima kasih kerana kamu berfikiran terbuka.

Lastly, N9 telah buka puasa dengan juadah yang agak enak malam tadi.

mark said...

Impian den jadik kenyataan!! Bravo skuad Jang..Penyokong Kelantan ni memang x paham bahaso ko? Presiden KAFA dh mrayu mintak dorang rasional sket.Itu pon susah nk ikot ker? Provoke sket nk melenting. Macam gaban.

p/s : lopeh ni Nogori leh poie AFC Cup kn?

Iman said...

Ye bro, saya tumpang gembira. lepas sendawa, ckp alhamdulillah. mister singh is king, agreed wth u as well. tahun depan cuba lagi.. pnyokong2 kelantan yg liar (sbb xsemua bgitu), saya sarankan kerajaan negeri bagi apa2 tarbiyah yg bpatutan. pbuatan mereka mlm ni mmg non-islamik. sedih tgk perangai anak bangsa..

Iman said...

Ye bro, saya tumpang gembira. lepas sendawa, ckp alhamdulillah. mister singh is king, agreed wth u as well. tahun depan cuba lagi.. pnyokong2 kelantan yg liar (sbb xsemua bgitu), saya sarankan kerajaan negeri bagi apa2 tarbiyah yg bpatutan. pbuatan mereka mlm ni mmg non-islamik. sedih tgk perangai anak bangsa..

joostspring said...

salam..

mmg tindakkan penyokong kelantan tu bodo sgt td...nak wat gn..inilah didikan agama islam yg di ajar kpd rakyatnya oleh nik aziz..

Harimau-Menaip said...

Mark;

Nogori tak heran AFC Cup...Diorang nak rampas Piala Juara-Juara...Nak titik Liverpool plak..hehehe

Anonymous said...

MAK TAU GAK...
ANAK ORANG2 UMNO KELATAN LA HOK JADI BERUK DI STADIUM TADI...
AKU TAU SANGAT..
KALU ORG PAS KELANTAN DIA XWAT G 2...
WAT MALU KELANTAN JAH BASO ANAK ORE UMNO KELANTAN

Nokia E 90 said...

Jangan nak salahkan tarbiyah nik aziz, kow kena tengok, yang pimpin Bola sapo,kan ke ubn punyo orang, yang banyak dapat tiket free sapo bagi, orang ubn nak ke dengar tarbiyah nik aziz. Anuar presiden kafa pon tak nak tarbiyahkan penyokong sendiri, dah elok le tu penyokongnya rentap & bakar bannernye. kaji dulu sebelum nak menaip, nanti orang lain yang terasa. Den nak sangat N9 menang,alhamdulillah tercapai gak hasrat. Solat tu adalah starting poin dalam hidup.

melayuangkat said...

Salam Ahad anakku Harimau,

Satu 'ulasan sukan' yang baik dari kamu. Ada bakat jadi penulis sukan nampaknya.

Memang pemain N9 penuh semangat malam tadi, tak dapat dinafikan. Bagi Mak Cik ini hadiah khas buat Yam Tuan baru kita dan juga untuk kita semua.

Puteri baby kita apa khabar? Semoga sihat walAfiat dan membesar dengan penuh kasih sayang dan Rahmat Allah swt..Kalau snap gambar, bloglah untuk kami semua.

Anonymous said...

apo la kono menyokong bolasepak kelantan ni ???

tak sporting lansung...!!

habih stadium bukit jalil nak dikorbankan dek penyokong kelantan..

bangan bona..macam borok kono belacan

putera lautan said...

Tok Ghimau,

banggo den n9 monang..thniah la kek kau bg brito ni dlm blog kau..tp yg las skali kau koba nk titik liverpool tu den xbkonan tul la..koba la titik team lain..den mnat lverpool la..heheheee...
jgn maghah yo tok ghimau..hidup nogoghi..hoben jang hoben..heheee

Utk Joostspring,

xbaik la ckp tok guru mcm 2..tok guru ajar ilmu yg baik tp dh dorg xnk ikut..kite kna hrmat la tkoh agama..klu bkn org se AGAMA nk hrmat tkoh agama kte sape lg.xkn agama lain..

Anonymous said...

penyokong kelantan memang mcm tu dh kalah mula la melenting.....kalu menang sorak sakan kutuk je pasukan lawan....penyokong kelantAN YG buat kacau memang minda kelas kandang B*B* menyondol je tau......takde semangat kesukanan...ape-ape hal diorang dh jadi daging **** salai....

Unknown said...

Salam:

Ramai kawan yang bukan dari N9 akan bercakap untuk selama seminggu loghat N9.
Tahniah N9. Nak titik Liverpool boleh tapi jangan sekali-kali MU

Iman said...

Kot ye pun janganlah mem'bab*'kan orang lain "bro. anonymous". hepi, hepi juga. n9 bjaya, ada juga penyokong kelantan macam kawe tumpang gembira, kita sebangsa, bro, walaupun bbeza negeri. tuan punya blog dh warning, "tulislah komen dengan berhemah". yang salah tetap salah, yang betul, tetap betul,bro..

Harimau-Menaip said...

Iman,

Saya minta maaf bagi pihak penulis komen. Kita seagama, sebangsa.

Bolasepak ini adalah sukan dan hiburan. Provokasi adalah permainan mental.

Maaf dari saya.

taksokongsape2 said...

sy terpanggil nak jawab komen di atas yg kata anak orang UMNO buat hal kat stadium.Apa jadahnya tak bilangke berapa banyak bendera PAS berkibar semalam.Bagi tau aku kalo ko ade nampak satu bendera UMNO atau BN.Haram xde.Mengata orang no satu.KEne atas batang hidung sendiri baru mengadu.Heheh.Dasar manusia....

Iman said...

Tuan Harimau Menaip,
Saya bangga dengan kejujuran dan keadilan tuan.

Semoga blog ini terus maju. Tahniah kepada Tuanku Muhriz (daulat Tuanku!), syabas buat rakyat Negeri Sembilan dan semoga terus mara Skuad N9!

ILM

mark said...

Abas, sapo kene titik tadi ha? MU ker? Hakhak..:) MU pon ala2 kelantan gak..Kelantan England..

Anonymous said...

Kelantan memang macam tu. Yg pakai kopiah, songkok tinggi, atau yg tak pakai apa apa samo ajo.Tengok beruk pun lagi baik.
Peringkat sekolah pun dia orang nak cari gaduh. Kalau monang, makin bosar borak. Ego jangan cakap. Kalah pun masih bosar borak.
Kat Kelantan tak ada kerja, poi nogori orang, masih nak belagak tompek dio hebat. Tondang ajo Kelantan dari mano mano Liga kat Malaysia. Suruh ajo dio makin kat sawah.

Unknown said...

Salam Tok Rimau

Saya sudah kata, "Tinggalkan sifat haiwan kat rumah" dan "Terlepas juga haiwan-haiwan bersama manusia ke dalan stadium"

Maka hasilnya itulah yang kita tengok sabtu lalu.

Anonymous said...

lawak yang melawakkan
http://lawak2day.blogspot.com

Anjang B said...

Tuan blog,
Link kan la kat edyesdotcom.blogspot.com
blog tuan edyesdotcom best jugak.
saya sangat minat blog dia.
saya selalu tgk blog tuan ni pun kat blog dia. Dio orhang nogori...
tima kasih

Harimau-Menaip said...

Tuan Mountdweller;

Semoga semangat penyokong Kelantan menjadi lebih positif selepas ini.

Anjang,

Okay.

Pyanhabib said...

selamat menaip!