Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

23.9.11

Ingat! Ibu Sayang Kamu



Cilok untuk di-share bersama daripada facebook Cerries Merah dan blog Emak 3 Mohd.

Pengorbanan Seorang Ibu
------------------------------------
Ini adalah kisah be...nar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

26.3.10

Cahaya

Hal Duniawi cukup memenatkan, hal akhirat pula kadang-kadang sering terlepas. Kisah buang, dera dan abai anak; cukup membuatkan Harimau menghargai amanah Allah.


Di atas adalah anak perempuan penulis blog ini (anak aku le tu). Dialah penyeri dan cahaya hidup, malah dialah punca kerja-keras dilipat-gandakan. Dia juga yang membuatkan Abahnya ini semakin sibuk, dengan niat untuk menyempurnakan hidupnya. Inilah cahaya yang Allah anugerahkan setelah 5 tahun melayari bahtera perkahwinan. Allah Maha Besar.

Perihal ini ditulis gara-gara tersentuh dengan tulisan ISA.

Nasihat Harimau pada diri dan teman-teman, didiklah anak kita sebaik mungkin. Tentanglah sebarang risiko dan ancaman terhadap keimanan anak-anak kita. Atas dasar ini, Harimau menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herald Tribune bagi mendefinasikan Jesus/ Tuhan di dalam Bahasa Melayu. Dari mata Harimau, ia cukup merbahaya dan mengelirukan.

Teringat Harimau pesanan Luqman Hakim yang diberi pada anaknya. Semoga kita juga tidak lupa berpesan kepada anak-anak kita:

1." Hai anakku, jadikanlah takwa kepada Allah Ta’ala sebagai perdaganganmu, engkau pun mendapat untung tanpa barang dagangan".

2."Hai anakku, hadirilah jenazah-jenazah dan jangan menghadiri pesta kerana jenazah mengingatkanmu kepada akhirat sedangkan pesta menyebabkanmu menyenangi dunia"

3."Hai anakku, janganlah engkau lebih lemah daripada ayam jantan yang berteriak di waktu pagi hari sedang engkau tidur di atas tempat tidurmu".

4."Hai anakku, janganlah menangguhkan taubat. Kerana maut itu datang secara tiba-tiba".

5."Hai anakku, jangan engkau mencintai orang bodoh, sehingga ia beranggapan engkau menyukai perbuatannya".

6."Hai anakku, jauhilah kejahatan, nescaya kejahatan akan menjauhimu. Kerana kejahatan itu berjangkit".

7."Hai anakku, hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah pendapat para hukama (orang-orang bijaksana ). Kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat. Jauhkanlah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya ( rasa malunya ), dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya. Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti".

8. "Hai anakku, sesungguhnya dunia itu laut yang dalam. Banyak orang hanyut di dalamnya. Jadikanlah takwa kepada Allah sebagai kapalmu di dalamnya, dan peralatannya iman kepada-Nya serta layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat".

9.."Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak, jauhilah dia ".

10."Hai anakku, sejak engkau datang ke dunia, engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat. Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan ".

11."Hai anakku, biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah, ampunilah aku ", kerana Allah mempunyai saat-saat ketika doa tidak ditolak ".

12."Hai anakku, janganlah engkau berhutang. Kerana berhutang adalah kerendahan di siang hari dan kesusahan di malam hari ".

Semoga kita semua semakin menyayangi anugerah Allah dan bersyukur.

18.8.09

Lahirnya Seorang Muslimah (1)

Alhamdulillah. Bagaimana mahu ku panjatkan kesyukuran agar Tuhan tahu bahawa aku memang TERLALU bersyukur? Pagi tadi, Allah mengurniakan aku darjah kebesaran yang tiada tolok tandingnya; iaitu gelaran "Abah".
Berat sungguh tanggungjawabku kali ini, namun aku amat berharap agar aku mampu memikulnya. Sudah pasti, aku akan bersungguh-sungguh agar anak ku ini berpegang teguh pada tali Allah.

Pada guru-guru yang bakal aku hantar untuk mendidiknya, marahilah dia jika dia salah. Pukullah dia jika dia wajar menerimanya. Bantulah aku mendidiknya.

Anakku, hormatlah pada orang tua. Hormatlah pada Nenek Melayuangkat, Pakcik Desperado, Pakcik Anwar Ibrahim, Pakcik Najib Razak, Pakcik Sofi (Kerajaan Rakyat), Makcik Ummi Anni, Makcik Sya Reformis, Pakcik Mat Saman, Uncle Parpukari, Uncle Nobisha, Uncle Novandri, Uncle Piggy Singh, Atuk Mahaguru58, Uncle Kulat, Atuk Mountdweller, Uncle Edward Saminathan, Pakcik Kulup Sakah, Pakcik Al-Banjari, Pakcik ISA, Makcik-makcik dan kakak-kakak yang mengikuti blog Abah yang kecil ini (maaf kalau nama terlupa sebut).

Hormati mereka tanpa mengenal Agama, Kaum, Anutan Politik dan Warna Kulit.

Kalau kau degil, nanti Abah sebat dengan tali pinggang. Nak tak?

Harimau: garang tak den?