kemaskini 10.00 am: Dengarkah kita bahasa yang digunakan Erdogan? Ia Bahasa Turki. Apakah beliau hilang kehebatannya jika tidak berbahasa Inggeris? Harimau pasti beliau hebat berbahasa Inggeris sejajar dengan status Turki yang sebaris dengan negara-negara Eropah tetapi memilih untuk berbicara dalam bahasa Turki. Tidakkah Malaysia mahu belajar sesuatu?Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB { sini }
Forum dunia itu dihadiri oleh anjing-anjing PBB maka tidak hairanlah apabila seorang manusia naik berang melihat dan mendengar telatah anjing-anjing PBB yang berat sebelah terhadap isu pengeboman Gaza. Siapa manusia yang bernama Erdogan? Klik sini untuk mengenali beliau.
Walaupun tindakan beliau itu mudah dan ringkas, namun impaknya terhadap persepsi Dunia dalam mentafsirkan kemarahan umat Islam mungkin berubah. Barulah PBB tahu bahawa umat Islam amat serius dalam menentang keganasan Israel terhadap Palestin.
Kita asyik membantah dengan perarakan dan demonstrasi, apakata kita berarak untuk memberi sokongan kepada pemimpin berani seperti Erdogan? Berarak ke mana ? Kedutaan Turki mungkin?
KEDUTAAN TURKI
Alamat : 118, Jalan U Thant,
55000 – Kuala Lumpur.
Telefon : 03-4257 2225, 03-4257 2226
Faks : 03-4257 2227
Email : turkbe.tm.net
Tabik spring buat Erdogan!