Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Satira. Show all posts
Showing posts with label Satira. Show all posts

9.8.09

Bertindak Mengikut Arahan

Harimau terkejut macamana resit arak dibawah wujud. Mungkin ia kerana "kesilapan" pecacai- pecacai Bilik Gerakan yang tidak bertindak mengikut arahan.

Konco Bilik Gerakan : Mat, kau mari sini jap.

Pecacai Bilik Gerakan : Nak apa Tuan?

Konco Bilik Gerakan :Kau beli air untuk bebudak ni..Kesian aku tengok. Letih sangat diorang ni.

Pecacai Bilik Gerakan : Nak beli air apa Tuan?

Konco Bilik Gerakan : Alaaa.. Yang aku minum ngan YB semalam.

Pecacai Bilik Gerakan : Oooo...Mahal tu.


Konco Bilik Gerakan : Jangan Risau. Peruntukan ada. Janji ada resit. Senang aku nak claim


Pecacai Bilik Gerakan : Okay Tuan.

Setelah selesai melaksanakan "tugas negara"

Pecacai Bilik Gerakan : Tuan!

Konco Bilik Gerakan : Ada tak air Mineral tu?

Pecacai Bilik Gerakan : Air Mineral apa pulak? Kata suruh beli air yang YB minum semalam.

Konco Bilik Gerakan : Laaa... Gila kau ni. Aku cakap yang YB minum masa ceramah. Bukan masa minum kat rumah aku. Mampos!

Pecacai Bilik Gerakan : Nah resitnya Tuan (terus menghilangkan diri).




kredit gambar: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2009/08/kantoiiiireset-arak-ni-sapa-yang.html

Harimau: takda signature untuk post ini. Nanti diorang kata aku pulak yang mentedarah menatang arak ni.