Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (born 14 January 1948) is the eleventh Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Malaysia. "Untuk makluman semua, keputusan mesyuarat atau kerapatan kami adalah 100 peratus atau sebulat suara," katanya bagi menjelaskan salah laporan terutama oleh penulis-penulis blog berhubung pelantikan Tuanku Muhriz. { sini }
Blog mana pula yang mempertikaikan ni? Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah di bawah bidang kuasa dan hak Undang Yang Empat. Adat Perpatih tidak sama dengan Adat Temenggung.

Apa yang susahnya? Biar Harimau ringkaskan. Sistem pembesar peringkat pusat di Negeri Sembilan :
- Berasaskan atau mengikut adat Perpatih.
- Dibahagikan kepada daerah dan jajahan (Luak).
- Ketua dipanggil Undang, Penghulu, Lembaga, Buapak. Contoh: Undang (Luak) Rembau, Sungai Ujong, Jelebu.
- Undang memilih atau melantik Yamtuan Besar.
- Terdapat juga Lembaga dan Buapak iaitu gabungan ibu dan bapa.
Orang rumah Harimau dari suku Biduanda Waris, Perut Tok Supai. Harimau pula dari suku "Harimau Mengaum Di Balik Bukit Sambil Melapah Daging Orang Yang Kurang Ajar". Panjang sikit nama suku den.
Siapa yang kurang ajar dan mahu Harimau lapah dagingnya tu? Kalau tak mahu, duduk ontok-ontok.
Rujukan : Warisan Kesultanan Melayu dan Portal Pendidikan Utusan