Petikan Salafi
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Pemuda-Pemudi Harimau
6.4.13
Ketua lanun SULU memakai Baju TV3?
2. Apahal lak pakai baju logo TV3 (kalau aku tak silap la)? Ketua lanun ni pi tengok Bintang Mencari Bintang ke?
Lu tengok logo kat baju dia...Gua dari kecik ngidam baju ni...hahaha...
Soalan terakhir di benak gua, adakah Ray Ban pengganas ni lebih "ori" dari spek polis kat belakang tu?
Gambar dirembat dari sini.
3.4.13
Pailang Besar Untuk Dijadikan Pemimpin.
Malaysia sudah dibawah care-taker government. Cuma menunggu masa untuk SPR menentukan hari perhitungan. Sebelum itu, fikir kembali pilihan kita. Mana tahu kita tersilap. :)
21.3.13
Rockefeller di Gerai Satay Grill
Nama je gerai Satay Grill. Gua makan otak-otak je.
Jibaok. Entah bila nak bubar. Kalau ikut tarikh, DUN Selangor bubar automatik esok. Gua marah bukan apa, sebab wasap masuk kaw-kaw bagitahu dah bubar tengahari tadi.
Ushar twitter politikus, semua takde reaksi pun. Sah. Ini khabar angin je ni.
Malam ni gua lepak gerai member gua, Sani. Dia takdelah hardcore politik tapi bolehlah korek cerita Felda. Mamat ni asal Palong. Setakat kisah saham FGV tu, dia khatam la. Kalau hal politik negeri, dia duduk tengah-tengah.
Ada jugak kami berbual hal NGO yang bersepah; entah ada pendaftaran ROS atau tidak. Ada yang bermanfaat dan ada yang umpama sampah. Entah mana datangnya dana mereka. Sewajarnya parti politik menyingkirkan mereka. Bagai Rockefeller menyingkirkan industri keretapi dari menjadi beban dalam industri penapisan minyak Amerika. Supaya maklumat dan agenda parti sampai terus kepada rakyat tanpa ada persepsi kesamsengan NGO. Jika tidak, persepsi bahawa NGO ganas itu adalah proksi parti kerajaan akan berterusan. Benar, rakyat berfikiran begitu.
Cukup. Bersedia untuk memecut. Bubar aje Parlimen, gua akan terus jadi mata-mata. Mengintai sana dan sini.
19.3.13
Petualang Negara
link: mountdweller
Gambar Lucah
Aku terima gambar. Penghantar mengatakan yang ianya adalah gambar pemimpin parti yang melawan kerajaan.
Aku cuma menasihati, jika ianya benar,maka kau mengaibkan saudaramu. Jika ianya tidak benar,kau telah menfitnah saudaramu.
Aku tetap mensihati mereka begitu walaupun ia adalah gambar menteri.
Kerana aku sudah bosan dengan politik tanpa neraca agama. Kita bakal rosak...rosak serosaknya.
Maka bagaimana kita mahu mengatakan kita berpegang pada "tali Allah"???
Aku penat. Penat menanti Parlimen dibubar.
8.3.13
Saiful Bukhari Masih Dara Trang Tang Tang
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya. (blog Aiyang Disayang)
Jika kita masih ingat, Saiful pernah bersumpah. Kita doakan yang terbaik buat semua.
7.2.13
22.2 bubar Parlimen 15.3 Penamaan Calon
Tak sabar nak celup jari dalam dakwat kekal.
12.1.13
Allah adalah Tuhan Bagi Chua Soi lek dan Lim Kit Siang
Gua gunakan ganti nama diri "gua" kerana ia sesuai dengan mood gua sekarang.
Gua terbaca tweet dari ramai orang tentang penentangan terhadap penggunaan nama Allah oleh Bible terjemahan ke Bahasa Melayu dan gua terpanggil untuk melontarkan pendapat. Bukan gua kata pendapat kalian salah, tetapi gua rasa ia adalah isu multi-pendapat yang tidak wajar untuk di muktamadkan dengan satu pandangan sahaja. Namun, pandangan mestilah bersandarkan nas dan dalil.
Tidak boleh menafikan, Tuhan bagi semua makhluk adalah Allah azza wa jalla. Maka, Tuhan bagi Lim Kit Siang mahupun Chua Soi Lek juga adalah Allah yang Maha Esa dan Maha Agung.
Masalahnya, apabila kalimah "Allah" hendak digunakan dengan menjadikan ia sebagai maksud terjemahan bagi perkataan "God", maka ia adalah tidak bertepatan dengan kaedah penterjemahan.
Gua tidak memetik Kamus Dewan kerana naskhah kamus itu mahal untuk dimiliki. Namun, gua percaya bahawa terjemahan bagi perkataan yang menjadi konflik itu boleh diringkaskan sebegini:
1. God = Tuhan
2. Allah = perkataan yang digunakan bagi membawa maksud Tuhan sembahan orang Islam, Tuhan Sekalian Alam
Gua tak nampak apa masalahnya jika Sang Kuffar mahu mengatakan Allah adalah Tuhan kerana itulah yang sebenar-benarnya. Namun jika ia mahu menggunakan di dalam Bible dengan membawa makna "God", maka ia adalah kaedah penterjemahan yang tidak tepat dan tidak betul.
Kesimpulannya mudah, usahlah kita membuat kenyataan yang akhirnya menidakkan Allah sebagai Tuhan bagi Muslim dan Sang Kuffar. Analisa tulisan agar ia difahami bahawa kita menyatakan "YES" jika kamu mengatakan Allah swt adalah Tuhan kamu, namun "NO" jika kamu mahu gunakan kalimah itu sebagai terjemahan bagi perkataan "God".
Kita juga harus faham yang :
- Orang Islam = mengakui Allah itu Tuhan dan Esa.
- Kafir = mengetahui Allah itu Tuhan namun Syirik.
- Atheis = Tidak percaya konsep ketuhanan.
Dengan itu, jika Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek menyatakan Allah itu Tuhan, ucapkanlah Alhamdulillah.
26.11.12
Doa Untuk Kehancuran Penzalim
Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan berhala. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Trimurti. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Gereja. Memohon kepada Allah azza wa jalla, apa isunya?
Mungkin BN merasakan mereka tidak pernah menzalimi PAS atau takut dengan laknat Allah; itu aku tidak tahu.
Cuma aku tahu bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Beri pembangkang berkempen di saluran TV kerana selama ini BN kelihatan tidak adil kepada pembangkang. Tidak adil dari segi definasi menyamai dengan kezaliman. Nah! Kan ada sekurang-kurangnya 1 kezaliman yang dilakukan BN?
Status yang ditulis Azhar Sulaiman memberi kita bukti bahawa tidak semestinya kita mempunyai ijazah luar negara dapat membuktikan kita bijak. Percayalah, status sebegitu adalah kebodohan melampau tidak kira apapun niat dia.
Menjadi ahli UMNO tidak sesekali memurtadkan sesiapa. Menjadi ahli UMNO tidak sesekali berdosa walaupun tahap peratusan rasuahnya mencapai 100%. Cuma, mungkin pandangan Ibnu Taimiyah boleh dipakai; katanya (lebih kurang) bahawa jika ada 2 elemen yang memudaratkan, pilihlah yang paling kurang memudaratkan. Aku qiyas, jika ada 2 parti yang mendokong Islam, pilihlah parti yang lebih banyak mendokong Islam.
Aku tidak mahu kempen, tetapi kalian boleh mengagak parti mana lebih wajar dari parti satu lagi kerana Islam menang bukan kerana PAS atau UMNO menang pilihanraya. Islam menang apabila keadilan ditegakkan. Pilih lah parti yang dapat memberi keadilan kepada semua pihak.
Jika membuang status Bumiputera dalam perlembagaan dapat memberikan keadilan, maka buanglah. Allah SWT akan membantu mana-mana kerajaan yang adil walaupun dipimpin oleh orang kafir dan Allah SWT tidak akan bantu kerajaan zalim walaupun kerajaan itu Islam.
Aku qiyas, seandainya kerajaan kafir yang adil memerintah, adakah status Bumiputera itu tetap ada?
Jangan Takut Untuk Pecat K.Rajagobal
Lama sungguh tidak menaip. Mood datang apabila Malaysia dititik Singapura 3-0..tanpa balas tu..
Salah siapa? Aku tak berminat untuk tuding jari kepada sesiapa cuma aku ingin ingatkan bahawa kita sudah hilang keberanian untuk mengkritik. Samada kritikan itu membina atau tidak; ia amat subjektif. Bagi aku yang penting, memberi kritikan demi kritikan agar tidak ada satu detik pun terluang untuk mana-mana individu atau pasukan Harimau Malaya menjadi leka dan alpa.
Kita harus berani mengatakan bahawa Dato' K. Rajagobal harus dipecat. Masukkan pengurus merangkap jurulatih bagi memberi kebebasan kepada individu yang dipilih. Seawal lagi, aku merasakan perlawanan experimen adalah sampah dan ia alasan yang tidak boleh diterima. Sementelah Dato' K. Rajagobal dalam akhbar dilaporkan bahawa "Saya menjangkakan kekalahan 1-0 ataupun Seri" amat menyakitkan hati.
Tiada langsung jangkaan untuk menang???? Jurulatih apa macam ni? Menghabiskan duit rakyat!
Apabila keberanian untuk memecat Dato' K. Rajagobal sudah ada, maka kita akan ke Keberanian Nombor 2. Menukar pucuk pimpinan FAM dan menggantikan dengan muka-muka yang tidak asing dengan permainan Bolasepak. Meminta Presiden turun dari pucuk pimpinan tidak derhaka namanya. Ia amalan biasa dalam tatacara berpersatuan. Bukankah banyak lagi nama-nama besar yang mempunyai pemahaman dalam taktikal dan pengurusan yang boleh diketengahkan?



