




Harimau: gambar diterima melalui emel dan nama tempat maksiat tersebut dihitamkan atas sebab etika penulisan blog Harimau Menaip.








Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. { s.i.n.i. }
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (born 14 January 1948) is the eleventh Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Malaysia. "Untuk makluman semua, keputusan mesyuarat atau kerapatan kami adalah 100 peratus atau sebulat suara," katanya bagi menjelaskan salah laporan terutama oleh penulis-penulis blog berhubung pelantikan Tuanku Muhriz. { sini }

Apa yang susahnya? Biar Harimau ringkaskan. Sistem pembesar peringkat pusat di Negeri Sembilan :
- Berasaskan atau mengikut adat Perpatih.
- Dibahagikan kepada daerah dan jajahan (Luak).
- Ketua dipanggil Undang, Penghulu, Lembaga, Buapak. Contoh: Undang (Luak) Rembau, Sungai Ujong, Jelebu.
- Undang memilih atau melantik Yamtuan Besar.
- Terdapat juga Lembaga dan Buapak iaitu gabungan ibu dan bapa.
Orang rumah Harimau dari suku Biduanda Waris, Perut Tok Supai. Harimau pula dari suku "Harimau Mengaum Di Balik Bukit Sambil Melapah Daging Orang Yang Kurang Ajar". Panjang sikit nama suku den.
Siapa yang kurang ajar dan mahu Harimau lapah dagingnya tu? Kalau tak mahu, duduk ontok-ontok.
Rujukan : Warisan Kesultanan Melayu dan Portal Pendidikan Utusan

Larangan penggunaan nama "ALLAH" dianggap seumpama melarang orang Melayu memanggil bapa mereka dengan perkataan "ABAH". Bagi beliau, ABAH sama dengan ABBA. Adakah pemikiran jumud beliau akan menyamakan Perodua KRISS dengan CHRIST? Atau menganggap Pemuda UMNO bukan menjulang KERIS tetapi menjulang Tuhan Orang Kristian? Teresa harus faham, kemiripan sebutan tidak membawa maksud persamaan terjemahan.
Kejumudan beliau ditambah-tambah lagi apabila menganggap bahawa larangan ini adalah salah satu dari penafian kebebasan bersuara.
Puan Teresa, yang kamu saman Utusan, Chamil dan Khir Toyo tu, bukan kah salah satu penonjolan kamu dalam penentangan kebebasan bersuara?
Kita tidak mampu menghalang YB Teresa dari terus bersuara kerana kita juga menyanjung hak untuk bersuara (dengan batasan yang tertentu), tetapi yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar Pakatan Rakyat menendang parti DAP keluar dari persekutuan mereka. Dan wajar kita berdoa agar seluruh umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya bersatu hati dan mempunyai vokal yang satu. Tutup mata terhadap perbezaan tetapi menfokuskan terhadap persamaan. Harimau percaya dan amat yakin, kita sebenarnya berada di hadapan titik pertemuan cuma buta dek kealpaan, kerakusan dan kedegilan.
Harimau Menaip
Glosari
Pendek akal = tidak berfikir panjang


Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang merendah diri. Tidak hanya memandang ke langit dan bermegah dengan pangkat dan kedudukan. Setiap pemimpin ada cara dan tabiat mereka yang tersendiri untuk merendah diri. Seperti gambar diatas:


Tidak boleh tidak, rakyat Malaysia perlu mengakui bahawa Dato' Seri Abdullah adalah pemangkin kepada "sebuah skrip" era Politik Keterbukaan cuma ia di"pentaskan" oleh Menantu beliau, YB Khairy Jamaluddin.
Tidak boleh tidak juga, kerjasama barisan pembangkang yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar dengan diperkuatkan lagi oleh barisan pemimpin berakal seperti YB Husam, YB Saifuddin, YB Mahfuz, YB Nik Nazmi dan lain-lain; banyak menyumbang kepada kejayaan pembentukan politik keterbukaan.
Yang gagap, yang bengap dan yang lembap tu, ke mana agaknya tempat mereka? Pandai-pandailah bawa diri. Pintu keluar terbentang luas.
Wallahualam.
Harimau Menaip