
Aku tidak malu untuk berkata bahawa aku sayangkan Tun Mahathir dan menyanjung tinggi beliau kerana bagiku, beliaulah genius Melayu, beliaulah bapa kemodenan dan seorang pemimpin yang berkarisma.
Di sebalik itu, sedikit kekecewaan apabila mengetahui yang "kepercayaan" beliau terhadap kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah berlandaskan laporan dari PDRM dan temubual beliau dengan "mangsa dan mereka yang terlibat".
Bagaimana jika telahan dan perhitungan beliau itu tersilap? Bukankah ketika itu, ramai yang mencemburui Dato' Seri Anwar dan ingin menjatuhkannya? Bukankah Tun akan berdosa atas fitnah yang diciptanya? Harimau Menaip cukup yakin bahawa Tun Mahathir telah melakukan kesilapan.
Konklusi ringkas
Tun Mahathir adalah pemimpin Melayu/ Malaysia yang paling hebat; tiada apa yang dapat menyangkalnya.
Harimau Menaip amat menyanjung kepimpinan Tun Mahathir; tiada apa yang dapat mengubah perkara ini.
Harimau Menaip merasakan tindakan memecat DSAI dengan hanya berlandaskan laporan PDRM kepada Tun dan temubual yang dijalankan secara peribadi adalah SILAP. Kesannya akan berlanjutan dan tidak pernahkan positif buat Umat Melayu.
Jika tidak kerana "kesilapan" itu, Melayu adalah Bangsa TERKUAT dan tiada apa dapat menggoyah UMNO dan Malaysia.
Dan, Khairy Jamaluddin juga tidak mempunyai peluang untuk WUJUD dalam sejarah UMNO, Melayu dan Malaysia. Khairy Jamaluddin adalah kesilapan perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO perlu bertanggungjawab.
Nyata, beberapa kesilapan kecil ini telah melenyapkan kekuatan bangsa Melayu dan memecahkannya ke bahagian yang banyak dan kecil.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa Tun Mahathir dan memberi yang terbaik kerana beliau telah terlalu banyak berjasa pada agama dan bangsa.
"Hidup TUN MAHATHIR!"