Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.11.09

Anwar Vs Mahathir = Kemenangan Neutralisme!

Formula diatas diringkaskan dengan ayat dibawah yang juga sebagai jawapan kepada post sebelum ini:

Saya amat menghormati Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar; saya membesar dibawah kepimpinan mereka.

Saya khusyuk melayan Biografi Mahathir di Discovery dan perkara yang sama akan berlaku jika ada Biografi Anwar Ibrahim.

Mereka hebat tetapi politik yang telah "membodohkan" mereka.

Jika DSAI bodoh ekonomi, "siPandai" mana pula yang telah melantik beliau sebagai Menteri Kewangan selama hampir satu dekad?

Akhirnya, orang yang neutral akan menang dalam peperangan ini.

Kerana apa? Kerana orang yang neutral tiada kepentingan, bercakap dari hati dan memangkah menggunakan otak!

Wallahualam.

6 comments:

Karim said...

Dah buat benda bodoh dan mudarat baru kene buat...

kalau tak buang, sampai sekarang menanggung hutang..

Orang itu tidak salah dari selagi tidak membuat salah..Faktor sebagai 'Bakal' PM juga, menyebabkan si Pandai memberi ruang kepada si Baghal tunjuk kemampuan.

Tapi bukan saja tak mampu, tapi mudarat besar..

Bijak tak si Pandai??

Harimau-Menaip said...

Pandainya!

Anonymous said...

Tahniah Dik kerana ingat jasa pemimpin. Kerana merekalah adik dah pandai buat bloger sendiri dan memberi maklumat pada orang ramai !
Pada hemat saya, semua orang tidak tahu akan tembelang seseorang itu pada mulanya, juga aktiviti apakah yang mereka buat secara peribadi yang kita tidak ketahui.Apabila seseorang itu telah menyandang jawatan barulah kita tahu akan tembelangnya. Dulu waktu dilantik jadi Menteri Kewangan macam boleh buat, namun bila ada krisis kewangan dan tekanan, menteri yang kononnya hebat mengelabah dan hilang arah. Sehingga mahu menyerahkan hasil negara kepada orang luar. Nasib baik ada TDMM.Peristiwa itu mengajar semua PM sekarang ini memegang tampok menteri kewangan sendiri.Betul lah kata TDMM kalau berniaga cuma airbatu campor, keuntungannya hanya airbatu campor dan bukan perniagaan minyak.DSAI hanya layak mengurus asset yang bernilai RM1 ringgit, kerana dia akan mendapatkan keuntungan untuk Selangor hanya RM1 ringgit sahaja. Berbeza dengan kerajaan BN, mengambil Idris Jala menerajui MAS yang mana pada ketika itu MAS rugi beratus juta ringgit. Dengan bayaran yang tinggi dan iltizam yang tinggi, akhirnya MAS berada pada kedudukan yang dihormati dunia sekarang !. Selepas berjaya menyelesaikan masalah Kerajaan BN menghargai jasanya dan diberi peluang masuk dalam kerajaan untuk mencorakkan negara pula. Bila BN bertindak ianya bukan angan-angan ! Yang senang pun beribu-ribu rakyat yang bekerja dan pengguna keseluruhan. Dan perlu diingat Idris Jala bukan orang melayu dan Islam. Dasar kerajaan 1Malaysia tetap diperjuangkan.

CT

Anonymous said...

aku nak tambah sket. sbb aku melalui zaman krisis 98.

bayangkan interest rumah naik melambong sampai 11%, dari kau bayar RM700 naik sampai RM1500.

semua kompeni terpaksa buang org sbb anwar cuma selamatkan kroni dia saja dengan danaharta.

aku pun sama dibuang kerja, masa tu kerja satu pun tak da. bayangkan anak2 nak makan apa. segala yg dikumpul berthn2 hilang sekelip mata.

sebab tu BN menang besar pd p/raya thn 99, sbb org2 cina faham akan masalah ekonomi dan really appreciate apa yg tun lakukan.

org2 melayu terlalu emosi, dan ini memberikan peluang yg besar pada anwar utk manipulate. org melayu 60% masa tu menolak BN.

tapi skrg alhamdulillah sedikit demi sedikit org2 melayu dah menolak anwar, dan sudah kenal siapalah gerangan anwar ini yg sebenarnya.

zek

Harimau-Menaip said...

Zek dan CT,

Kita sayang dan hargai TUN.

Saya salute dengan Tun dan pernah membayangkan menerajui subordinates saya seperti yang Tun lakukan.

Pada masa yang sama, saya juga mengkagumi Anwar.

Sebab itu, jalan tengah adalah yang terbaik.

Anonymous said...

Anwar dikagumi?
Kerana kepetahannya? atau kerana kebolehannya yang telah diuji?