Itu alkisah Proton Saga. Perihal Malaysia juga tidak kurang hebat. Malaysia tiada perang. Malaysia aman, Malaysia makmur. Malaysia yang diterajui beberapa pemimpin seperti:
- Bapa Kemerdekaan ;Tunku Abdul Rahman
- Bapa Kemodenan : Tun Mahathir
- Bapa Kemunduran merangkap Bapa Mertua Kesayangan: Tun Abdullah
Malangnya, ketika tiada perang, pesawat pejuang Tentera Udara Malaysia yang tersohor iaitu MIG-29 mahu diishtihar kondem? Mengapa?
- Terukkah pesawat ini ditembak musuh?
- Adakah bahan yang digunakan adalah dari jenis kayuan yang mudah reput?
- Adakah alat ganti pesawat ini dicuri dan dijual di Argentina?
1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.
2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?
3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.
4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?
5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?
6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.
7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.
8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.
9. Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.
10. Saya harap keputusan untuk kondem MiG-29 dibatal dan kita baikpulih pesawat ini.
Malaysia makin keliru tentang kebangsatan dan ketidakgunaan. Mana yang perlu dikondemkan; MIG-29 atau Menteri Pertahanan. Yang pasti, dimata kerajaan, MIG-29 lebih bangsat dari Proton Saga zaman Tun Mahathir.
Nasib baik masih ada produk Malaya yang bagus. ;)
Harimau: pergghh...dah pandai guna emoticon sekarang... :p
8 comments:
tu yang kena ambil perhatian nanti ada yang mula sobotaj bagi jatuh pesawat(besi buruk) tu lak
Bro,
Itu semua projek nak menjahamkan duit negara, kaut selagi boleh sementara berkuasa.
Lain kali "Bangsat" tu mesti ada 3G, barulah Menteri Pertahanan dan sekutunya mencapai tahap super bangggsat...
p/s: Semenjak dua ni, kerap sangat melalut soal zuriat dan ehem..ehem.. ada tambahan lagi ke...?
ZIM;
:-B
ISA;
Perut bini den masih nampak kesan belah..isshhh...tak tergamak lak ...hehehe..
aku ada cadangan. kapten pesawat tu kena bertanggungjawab keatas pesawat tu,cthnya:minyak hitam,air bateri,brake dan tayar kena cek sendiri jangan pecaya pomen pasal yang nak mampos jatoh nanti dia bukan pomen!! kalau xnak mampos bela baik baik. guna sampai jatuh sendiri baru beli lain. kalau injin hilang atau apa apa jadi dia sorang jer atau co-pilot yang kena. alasan xtau tak mau dengar,kalau xtau baik berenti, gi noreh getah atau pancing belut kat sawah ataupun bela kambing.
Bapa kemunduran ....
Thats a good one... :)
Miyo! Tokai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagayakeba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima.
O, seiro no asagumo ni
Sobiyuru Fuji no sugata koso
Kin'omuketsu yuruginaki
Waga Nippon no hokori nare
Assalamualakum anakku,
Bab enjin enjin ni Mak Cik kurang faham. Kereta pun tahu pandu je.. Namun memang Proton Saga dulu dulu tahan lama kalau rajin maintain. Inilah juga yang anak buah Mak Cik beritahu.
Pasal engine kapalterbang memang tak tahu. Jadi tak boleh nak komen.
Tapi, nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut tahun baru 2010!!
cerita mahathir dgn skyhawk lagi kelakar hehehe. dulu rosmah dah merasa komisen scorpene. zahid nak juga merasa komisen. mahathir dah banyak makan pun mau kecoh.
Post a Comment