Sengal-sengal tangan apabila mula menaip di blog ini. Panjang juga rehat Harimau. Segalanya kerana kesibukan duniawi yang bertimpa-timpa. Namun, di Tahun Baru ini, janggal rasanya jika Harimau tidak mengucapkan "Selamat" kepada semua. Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan yang lebih bagus dari tahun-tahun sebelumnya.
Politik Malaysia memang berbelit-belit. Ramai juga yang merasa pelik bila Harimau "mendewakan" Mahathir.
Sebenarnya, Harimau antara individu yang paling kuat dikalangan rakan-rakan menghentam Mahathir di tahun 1998. Apa sahaja yang Mahathir kata dan ucapkan, sudah mampu menghamburkan kahak hijau dihadapan television. Kesalahan yang paling bangsat adalah menghina Nabi Muhammad (jika ia boleh dikategorikan bangsat, jika tidak...maaf).
Namun, apa pula salahnya kita mendoakan kesejahteraan beliau? Siapa kita mahu menghukum Mahathir? Kita pun tidak tahu ke mana hala tuju kita selepas mati walaupun objektif kita semua tetap sama; iaitu ke SORGA!
Kita tutup sajalah perihal Dr. Mahathir. Jika beliau pernah melakukan kesalahan, kita doakan beliau bertaubat. Jika kita rasa beliau pernah menabur jasa kepada Bumi Malaysia, maka wajarlah kita berterima kasih bukan?
Pemecatan DSAI memang banyak merubah pemikiran politik di kalangan anak muda. Bayangkanlah, di tempat kerja Harimau, akhbar Harakah mula menjadi "akhbar rasmi" dan mnembentuk pemikiran politik kami. Keychain PAS dan baju bergambar Nik Aziz sudah mula menjadi trend. Propaganda UMNO yang melabelkan PAS sebagai sesat telah gagal secara total!
Ia berlaku kerana satu sebab...ANWAR.
Namun, pemikiran yang tidak berat sebelah telah dipraktikkan oleh Harimau sejak tahun 2000. Harimau mula membaca semua akhbar politik; baik dari BN atau BA.
Harimau juga menghadiri mesyuarat UMNO Cawangan dan juga Ceramah PAS. Ia tidak pernah mendatangkan masalah kepada Harimau kerana Harimau hanya orang bawahan dan orang kecil.
Kalian adalah kawan dan teman Harimau tidak kira dari parti apa asalkan kamu tidak menghina dan menyentuh perihal Agama Suci iaitu Islam.
Akhir qalam, Selamat Tahun Baru dan semoga dosa-dosa silam kita dimaafkan. Amin.
Harimau: ni kira warm-up la.
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
6 comments:
bukan harimau shj yg termakan lakonan anwar, malah berjuta orang melayu pada masa itu.
tapi syukurlah sekarang semua dh sedar. kepada sapa g tak sedar2 lg tu, mungkin belum sampai lagi petunjuk untuknya.
welcome back harimau. aumm!
salam yb...
ni mesti besarnya business lamo ilang ni hik hik hik...
papopun semoga sukses....dah kayo nanti bulih jadi adun hik hik hik
Salam Bro,
Dan Salam Tahun Baru Maal Hijrah buat anda sekeluarga.
Be neutral, kiri kanan belasah selagi tidak menepati kehendak Rakyat.
Politik...? Politik punya hal. Kawan2 tak mau lawan.... ha..ha..ha..
Welcome back Bro...
Salam Hijrah Bro...
Mano tercampak? Jago anak yoo....
Dr Sid,
Engko tak layak bagi komen pasal 10 tahun dulu sebab masa tu ko sekolah rendah lagi...jadi skg ni masih dok dalam tanggungan mak bapak..ko tak paham lagi
Salam.
Kita hanya perlu berterima kasih pd Allah krn rezeki yg diberi pd rakyat m'sia menerusi pemimpin. Adakah kita perlu mendewakan pemimpin yg tidak amanah dan sering bersikap baling batu sembunyi tangan?
Bukan tugas kita menghukum sesiapa brdasarkan perbuatan lampaunya. Tugas kita sbg khalifah di mukabumi ini adalah utk membetulkan kesilapan dan menegur pemimpin yg zalim/menindas.
Mungkin sdr tidak perasan, akhir2 ini kelibat dr m sering muncul di tv, akhbar2 seolah dia masih seorg pm. Org spt dr m hatinya tidak pnh tenang dan perbuatannya menunjukkan ada sesuatu perancangan secara senyap. Bagi saya dia adalah seorg yg merbahaya dlm wajah dan senyuman sinis. Beliau boleh digelar bapa machiavellan(matlamat menghalalkan cara). Mungkin salah satu target nya utk menaikkan anaknya mukhriz sbg pm wannabe.
Sdr lihat sendiri apabila beliau tidak puas hati dgn seseorg atau kehendaknya tidak dipenuhi org tsb, org itu akan dimalukan sepuas-puasnya hingga tiada ruang membela diri(slps ini giliran najib pula). Bayangkan sikap begini diturunkan pula kpd anaknya yg dipilih utk teruskan kerjaya politik beliau.
Sdr terlalu bangga dgn pencapaian dr m seolah2 negara ini dimajukan tanpa hasilbumi. Tidak spt s'pura, negara hutan batu mcm tu pun boleh jd termaju dan kaya di asia.Itu baru betul2 performed. Dan selama 22thn memerintah, mcm mana dgn ekonomi majoriti melayu?
Pendapat saya, jika internet ini digunakan sepenuhnya pd zmn dr m, beliau takkan bertahan selama 22thn. Media massa, akhbar msm disogokkan dgn berita puji-pujian melampau sehingga mengkhayalkan rakyat spt kerajaan tiada cacat cela langsung. Dilema org melayu adalah senang digula2 dan ditipu. Itulah kelebihan org kita dan diakui oleh dr m sendiri dlm bukunya.
Kita mungkin tidak mahu lg berbicara ttg dr m. Tetapi beliau sendiri yg meletakkan dirinya utk dinilai sekali lg oleh rakyat m'sia.
Lately, everytime he opens his mouth, he's just making fool of himself.Sometimes look like a child and other time like a clown. What a pity.Sorry to say that. Better for him to help the economy boost and help the malays with all the wealth he `earned' during his premiership rather than talk about politics.
Semoga Allah memaafkan beliau. Dan jika boleh sdr nasihatkan beliau supaya berehat terus di persada politik yg semakin kucar-kacir ini dan keceluparan mulut beliau akan memburukkan lg keadaan.
bye-bye umno
Post a Comment