Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

12.6.09

2 Dalam 1

TUAH SERI MENANTI

Nak tergelak pabila menonton video yang dipaparkan ISA { sini }. Entah siapa yang dicop sebagai PUAKA tu. Takkan ada perempuan sejahat yang diceritakan tu. Harimau ingat, kes-kes macam ni hanya boleh ditonton dalam Sinetron Indon. Tak sangka pula, Malaya tidak kurang hebatnya.

Bravo orang Sori Monanti! Jalan sompit ponoh taik lombu ko Senaling ghupo eh pornah molahir'an namo-namo ghodang kek Malaya. Den ingat Hattan yo yang buleh dibanggo'an.

KOMENTAR

Merumuskan penulisan Harimau yang bertajuk "Berhati-hatilah Wahai Saudara-saudaraku", dan menjawab komentar dari Garden yang berbunyi...

udah-udah lah tu zaidi. saya rasa apa yang kita kongsikan di sini pun sudah cukup untuk memberikan ilmu kepada orang yang tidak pernah berjumpa akan cara-cara dakwah yang digerakkan oleh orang-orang islam di belah barat.

cukuplah dengan potongan kata-kata Mufti Perak dalam artikel Malaysiakini { sini } yang berbunyi:

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Dan, seperti yang telah Harimau nyatakan berkali-kali, tujuan penulisan tersebut hanya untuk memberi amaran yang pada Harimau amat mengelirukan Umat Islam terbanyak di Malaya. Sesungguhnya, "orang Malaya tidak menjadikan burger sebagai makanan ruji mereka ".

Wallahualam.

9.6.09

Berhati-hatilah Wahai Saudara-saudaraku




{gambar disalin dari email - KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR}
(KEMASKINI 10:50PM)
NAWAITU PENULISAN INI ADALAH BAGI MENDAPATKAN MAKLUMBALAS YANG MANA PADA PANDANGAN PENULIS, GAMBAR YANG DIPAPARKAN LEBIH MEMBAWA KEPADA KEKELIRUAN DAN MUDARAT KHUSUSNYA BUAT UMAT ISLAM.
SELAGI HATI PENULIS MERASAKAN TINDAKAN DI ATAS ADALAH BENAR (UNTUK MEMBERI AMARAN), MAKA TIADA APA YANG DAPAT MENGUBAH PENDIRIAN PENULIS. WALLAHUALAM.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SEMUA UMAT ISLAM DARI TIPU-DAYA SANG LAKNATULLAH.

8.6.09

Al- Ustaz Mustaffa Kamil Ayub ( Al- Juburi?), SIS dan Muktamar.

Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut. { sini }


Tidak pula Harimau tahu dari Pondok mana Ustaz dari PKR ini berguru, dan tidak pula Harimau pernah kenal namanya sebelum berita di atas tersia di Malaysiakini. Yang Harimau tahu, setiap umat Islam wajib peka dan bertindak seandainya dirasakan ada mana-mana unsur (tidak kira dari orang perseorangan, organisasi atau negara sekalipun) yang "memeningkan" kepala umat Islam (yang sedia pening) atau dirasakan melakukan penentangan secara senyap atau terbuka; yang mana memberi impak negatif buat Agama Allah iaitu Islam.

Dahulu, ada Harimau terbaca di laman sesawang SIS yang mana ia dirasakan bisa mengelirukan dan mengundang perpecahan dalam komuniti Islam di Malaysia. Malangnya, Harimau gagal untuk memautkan kerana ia tidak dijumpai lagi.

Siapakah penasihat Agama Islam dalam SIS? Entah.

Keliru juga Harimau tatkala membaca laman sesawang mereka kerana tidak faham perjuangan SIS. Sekejap perjuangkan HINDRAF sang organisasi haram, sekejap tulis cerita tidak setuju larangan penggunaan gincu di kalangan remaja sekolah (sejak bila sekolah dah jadi modeling agency?) dan sekejap bersuara seakan-akan suara MCA dan DAP.

Apa agaknya kebaikan yang boleh diunjurkan oleh SIS kepada umat Islam? Mungkin cerita-ceriti di Muktamar PAS boleh direnung bersama:

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam"terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular. { sini }

Ya Allah! Selamatkanlah ISLAM dan MALAYSIA.

7.6.09

Tulis dan Padam

Entah apa penyakit menimpa Harimau, 2-3 kali menulis dan memadamkan sebelum sempat diterbitkan. Menulis mengenai Husam pun tak kena, tulis pasal UMNO pun tak kena, tulis pasal rumahtangga kerabat raja tak kena...

Adakah Harimau terlalu "tua" untuk menaip lagi? Come on babe. Siapa lagi nak cerita perihal orang bawahan lagi?

Nak cerita kisah bumbung stadium runtuh? Klise sangat. Itu sudah jadi hal SPRM. Namun, biasalah Malaysia, lepas 2-3 bulan nanti, senyaplah. Yang Harimau khuatir, akhir siasatan akan ditamatkan dengan "TIADA YANG BERSALAH". Pergghh! Masa tu, orang bawah tentu dah panas.

Nak cerita mengenai kekalahan Husam? Malaysiakini dah cover dah.

Adakah ini bermakna orang bawahan sudah berhenti merintih? Adakah ini bermaksud orang bawah sudah bebas dari ketidak-adilan sistem politik yang serba tidak kena itu?

Wallahualam.

Harimau: lama tak menulis, sampai dah lupa password...hehehe,,,