Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

11.10.09

Bagan Pinang: Last Lap Campaign





Mula-mula, Harimau layan dulu ceramah BN di Batu 4 yang dihadiri Wanita UMNO. Makan free beb. Rugi tak datang. Tapi, kalau dah makan duit BN, dah macam berdosa pulak nak kritik pasal diorang, jadi Harimau memilih untuk makan di Restoran Taras yang betul-betul bersebelahan dengan tapak ceramah.



Selesai layan wayang kulit, Awang Adek memulakan ceramahnya. Harimau tengok, makcik-makcik kat situ dah macam bosan. Gambar tak dapat nak ambil sebab ceramah tu tak ada orang sangat. Semua bergaya elite makan siap dengan meja bulat.




Isi Ceramah lebih berkisar tentang "Undi PAS dapat kesejahteraan" dan Awang Adek tanya orang Bagan Pinang, adakah negara anggota OIC yang tidak pernah memangkah PAS dalam Pilihanraya tidak mendapat kesejahteraan? Apa punya soalan lah ni?
"Klise dan membosankan" bentak hati Harimau. Tak dan nak tunggu Shaziman dan Ali Rustam berucap, Harimau dah rasa nak belah cepat-cepat.
SMS dari seorang teman mengatakan bahawa DSAI akan turun di Markas Induk DAP Batu 9. Selesai bayar Nasi Goreng Cina dengan Tembikai yang berharga RM 6.50, Harimau terus ke destinasi yang dinyatakan.






Sesak! Siap kena U-turn kat simpang 4 Si Rusa -Linggi untuk ke Teluk Kemang. Ingatkan sesak sebab Ceramah kat Kem BN sebelah tokong Cina, rupa-rupanya sebab Ceramah PAS di depan jalan masuk Marina Resort. "Singgah kejap lah" .








Dah bosan meronda kat situ, Harimau terus ke Batu 9. Mak aii....Penuh gila. Kalaulah semua tu pengundi Bagan Pinang, mahu bungkus Tan Sri Isa nanti ni.




Mahfuz berucap...boring. Khalid Ibrahim berucap...entah apa-apa. Yang dia cerita kisah dia naik kapal terbang dari US tu nak buat hapa? Bengong MB Selangor ni.


Bila giliran DSAI, orang dah makin padat. Walaupun isunya agak berulang, namun cara penyampaian beliau memang tip-top. Yang paling best bila DSAI kata:


"Yang bertanding Zulkifly Mohd Omar, tapi yang BN sebut dalam kempennya asyik-asyik Anwar Ibrahim. Yang dulu bila saya sampai Negeri Sembilan (masa jadi TPM), Isa ni siap cium tangan saya...mmmmuuuaahhh...tu tak nak cerita?" {transkrip ni kira lebih kurang lah}

Sebelum jam 12, Harimau cepat-cepat cabut sebab 3 jip FRU dah siap-siaga depan Ashraf Mamak (Polymall). Kang tak pasal-pasal je.


Kesimpulannya, kalau Isa menang esok, Harimau yakin yang beliau telahpun kalah sorak di hari- hari berkempen. Namun, jika Zulkifly yang menang, satu keajaiban telah pun berlaku dan mengendos bahawa Tsunami politik telah berlaku dan mungkin akan menjadi lebih besar lagi nanti.


Selamat Mengundi buat orang-orang DUN Bagan Pinang!

Harimau: lupa bawa kamera digital. Ambil gambar pakai telefon tangan je lah.

6 comments:

ISA said...

Yang ni talam berapa muka pulak ni...? ha..ha..ha...

Harimau-Menaip said...

Bro.,

Nak jadi neutral..kena dengar dua-dua. Baru senang nak buat keputusan.

kulatlapok said...

salam Bro,

aKU PUN TAK SEMPAT NAK GISANA WALAUPUN DARI MELAKA kat Kuala Sg. Baru, cuma 30 minit je perjalanan.

Tertarik juga pasal DSAI ni, tak trfikir juga kita asal ada je PRK, nama DSAI ni memang seperti agenda tetap yg akan ditimbulkan oleh BN.

Pas tu Awang Adek bawak wayang kulit tu, orang nogori minat sangat ke wayang bebayang tu? cakappun diaorang tak faham? Itulah gmbaran sebenar UMNO macam wayang kulit juga. dilayarnya lain dibelakangnya lain. Kalau tak di jolokkan duit manakan wayang kulit nak disembahkan?? hai dunia2 semuanya kena main duit...

alamak sorrylah bro, asyik cerita pasal duit je nanti takut diaorang cop kita kaki RASUAH.....YEOSSSSS!!

melayuangkat said...

Salam anakku,

Mak Cik dah cakap, MB Selangor tu memang Bengong, orang tak percaya.
Dengarlah sendiri..

Dia tak bengong kalau Elizabeth dan lain lain ada keliling dia aje..

Kesian Selangor, semoga tak jadi pada Negeri Lain di Malaysia ni. Belum kena belum tahu..

pakngah santan said...

pas bertanding tapi buat apa anwar sibuk di bagan pinang. masa di penanti, bn tak bertanding tapi anwar dok hentam umno dan bn juga. anwar ni haprak dan pelak.

dia buat ok tapi orang lain buat, dia suka perlekehkan. namun ada juga orang yang masih percaya dengan samdol ni. cakap sungguhlah angkuh dan bongkak tapi habuk pun tak dak.

anwarlah bapa segala rasuah. pergi check balik kroni-kroninya, ada antara mereka yang hidup merempat? semua dah belasah duit masa anwar dalam umno dulu. sekarang nak tunjuk macam depa ni warak.

Harimau-Menaip said...

Isa dah menang dah..tahniah buat BN.

Cerita Bagan Pinang ni, kira dah boleh tutup lah kot?