Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

23.11.09

Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim

Tiada kata yang dapat menggambarkan kehibaan tatkala menonton ulangtayang adegan Tun meletakkan semua jawatan yang dipegang beliau di ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO di "Biography Mahathir" yang disiar di saluran 555 Astro. Ia cukup nostalgia buat aku yang membesar dalam keluarga "karat UMNO" dan dibawah pimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak berumur 4 tahun.

Aku tidak malu untuk berkata bahawa aku sayangkan Tun Mahathir dan menyanjung tinggi beliau kerana bagiku, beliaulah genius Melayu, beliaulah bapa kemodenan dan seorang pemimpin yang berkarisma.

Di sebalik itu, sedikit kekecewaan apabila mengetahui yang "kepercayaan" beliau terhadap kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah berlandaskan laporan dari PDRM dan temubual beliau dengan "mangsa dan mereka yang terlibat".

Bagaimana jika telahan dan perhitungan beliau itu tersilap? Bukankah ketika itu, ramai yang mencemburui Dato' Seri Anwar dan ingin menjatuhkannya? Bukankah Tun akan berdosa atas fitnah yang diciptanya? Harimau Menaip cukup yakin bahawa Tun Mahathir telah melakukan kesilapan.

Konklusi ringkas

Tun Mahathir adalah pemimpin Melayu/ Malaysia yang paling hebat; tiada apa yang dapat menyangkalnya.

Harimau Menaip amat menyanjung kepimpinan Tun Mahathir; tiada apa yang dapat mengubah perkara ini.

Harimau Menaip merasakan tindakan memecat DSAI dengan hanya berlandaskan laporan PDRM kepada Tun dan temubual yang dijalankan secara peribadi adalah SILAP. Kesannya akan berlanjutan dan tidak pernahkan positif buat Umat Melayu.

Jika tidak kerana "kesilapan" itu, Melayu adalah Bangsa TERKUAT dan tiada apa dapat menggoyah UMNO dan Malaysia.

Dan, Khairy Jamaluddin juga tidak mempunyai peluang untuk WUJUD dalam sejarah UMNO, Melayu dan Malaysia. Khairy Jamaluddin adalah kesilapan perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO perlu bertanggungjawab.

Nyata, beberapa kesilapan kecil ini telah melenyapkan kekuatan bangsa Melayu dan memecahkannya ke bahagian yang banyak dan kecil.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Tun Mahathir dan memberi yang terbaik kerana beliau telah terlalu banyak berjasa pada agama dan bangsa.

"Hidup TUN MAHATHIR!"

21.11.09

Teoh Dan Kugan Sahaja Yang Layak?

Mana pemuda-pemudi jalanan yang beria-ia melaungkan keadilan untuk Kugan? Mana pergi pejuang-pejuang kakilima yang terpekik-terlolong bersorak keadilan untuk Teoh Beng Hock? Mana pergi bini-bini tahanan ISA yang heboh ber"vigil" ala paderi Rome pada waktu ini?

Bukankah ada umat Melayu yang ditembak polis di Perlis? Tidak mahukah kalian memperjuangkan nasibnya?

Kalian boleh simpanlah drama jalanan itu. Usahlah berdrama dan berdemonstrasi. Kalian bukan ikhlas memperjuangkan nasib orang yang "dirasakan" teraniaya.

Kalian adalah hamba orang Cina...Kuli batak orang India... Kalian hanya layak menjadi pengikut.

Tidak sekali-kali kalian mempunyai hati seorang pejuang..apatahlagi seorang pemimpin.

Malah, rakyat wajar melemparkan Molotov Koktail pada kalian yang menghuru-harakan jalanan...hanya atas dasar publisiti murahan. Dahulu mungkin kalian boleh bermegah "AKULAH PEJUANG NASIB ORANG TERANIAYA". Sekarang, kalian tidak ubah seperti sampah jalanan atau mungkin kucing kurap yang menagih simpati.

"Sementara itu, ibu Mohamad Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, beliau dimaklumkan anaknya sedang mengamuk oleh anggota polis yang datang ke rumahnya dan ketika beliau dan suaminya Norizan Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian, anaknya telah terbaring berlumuran darah.

Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.

Sementara itu Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya.
" {Bernama}

18.11.09

Kes Dr. Asri: Perkembangan Mutakhir

  1. 9.55 pagi: Mahkamah menetapkan tarikh 5 Januari 2010 untuk perbicaraan kes .
  2. 9.50 pagi: Mahkamah telah memutuskan, tidak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
  3. 9.35 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah dan dan minta dibicarakan.
  4. 9.15 pagi: Mahkamah sedang bersidang.
  5. 9.10 pagi: YB Saari Sungib turut hadir.
  6. 8.45 pagi: Azwan Ali datang bersama rakan-rakan mewakili kelab penyokong Dr. Asri.
  7. 8.43 pagi: Datuk Seri Shahidan Kassim datang bersama sahabat dari Kuala Lumpur.
  8. 8.37 pagi: Editor Mstar datang bersama wartawan media cetak dan elektronik untuk membuat liputan.
  9. 8.35 pagi: Satu bas daripada Perlis telah sampai untuk memberi sokongan moral.
  10. 8.30 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bersama peguamnya
sumber: Minda Tajdid {link}

17.11.09

Yang Ini Baru Ada Tauliah!!!!

Acara ini ada tauliah kerana tiada Jabatan Agama Islam yang datang dan menangkap. Mungkin ada tetapi terpaku dengan api asmara yang meluap-luap. Apa nak jadi dengan Malaysia?




lagi di blog Fajridil.

Anwar Vs Mahathir = Kemenangan Neutralisme!

Formula diatas diringkaskan dengan ayat dibawah yang juga sebagai jawapan kepada post sebelum ini:

Saya amat menghormati Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar; saya membesar dibawah kepimpinan mereka.

Saya khusyuk melayan Biografi Mahathir di Discovery dan perkara yang sama akan berlaku jika ada Biografi Anwar Ibrahim.

Mereka hebat tetapi politik yang telah "membodohkan" mereka.

Jika DSAI bodoh ekonomi, "siPandai" mana pula yang telah melantik beliau sebagai Menteri Kewangan selama hampir satu dekad?

Akhirnya, orang yang neutral akan menang dalam peperangan ini.

Kerana apa? Kerana orang yang neutral tiada kepentingan, bercakap dari hati dan memangkah menggunakan otak!

Wallahualam.

16.11.09

Anwar Murah Sebelas Ringgit Di Mata Tun Mahathir

Tulisan Tun Dr. Mahathir di Facebook

1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.


3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.


4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.


5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF - iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.


6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.


7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.


8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan
think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

9. MTEN-lah yang mencipta
currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book - pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.

10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.


11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan
currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.

12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.


Tun Mahathir terlalu menganggap DSAI sebagai orang yang gila dan bodoh. Anwar tidaklah bodoh sangat kerana beliau tidak menerima RM1 setahun tetapi RM1 sebulan. Maknanya, RM12 bagi setahun.

DS Anwar Ibrahim adalah Sebelas Ringgit lebih pandai dari telahan Tun Mahathir. Wow! Taklah pandai sangat kot?

“I have met Anwar and he has consented to the appointment with a token monthly allowance of RM1. His experience cannot be doubted as he has been the Deputy Prime Ministe and Finance Minister. He is now a director for a fund management company in United States, an adviser for a large Islamic bank in Bahrain and economic adviser to a country in Europe,” said Tan Sri Abdul Khalid. {link}

15.11.09

Inflasi Selangor Sudah Turun Mendadak!

20 sen = bayar ansuran rumah banglo di Permatang Pauh.
15 sen = bayar hutang kereta
25 sen = invest dalam Saham Amanah
30 sen = beli barang dapur
5 sen = bayar bil telefon.
2 sen = beli pakaian untuk Majlis rasmi.
2 sen = duit belanja bulanan
1 sen = sedekah

Total belanja bulanan = Singgit.
Total elaun tetap = Singgit.
Bajet Seimbang!

"Menteri besar Selangor mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan". link

Biarlah dia terjun!


Ramai kenalan Harimau yang sudah bosan dengan permainan politik Malaysia yang pentasnya kecil tetapi pelakonnya ramai ditambah dengan skrip yang bercelaru. Yang baik dikata jahat, yang tenang dikocak-kocak, yang gelora dikatakan tenang, yang hitam dilihat putih, yang putih tidak nampak keputihannya lagi, yang kawan dikatakan lawan dan yang lawan dibuat sebagai kawan.

Jahanam dan boleh menjahanamkan. Kita sebagai "penonton dan pembeli tiket" drama politik Malaysia tidak perlu terbawa-bawa karektor-karektor itu di dunia nyata. Biar pelakon-pelakon itu leka berlakon di pentas yang sementara itu. Kita wajib sedar objektif kita di dunia; menjadi hamba yang bertaqwa dan bersedia menuju ke hari perhitungan.

Malangnya, kita leka sangat dengan lakonan di pentas itu padahal kantong kita masih juga kosong. Kita masih perlu mengeluar keringat untuk makan esok hari.

Biarkan pelakon itu terjun dengan labu-labunya!

8.11.09

Kelantan dikuburkan tanpa talkin di Stadium Bukit Jalil


Semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak seumpama beruk malam tadi. Dan, semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak liar, ganas, lupa diri dan melakukan kerosakan. Terbukti jangkaan mereka benar.

Tabik hormat buat penyokong Negeri Sembilan yang duduk ontok-ontok walaupun dilempar dengan pelbagai objek bahaya oleh penyokong Kelantan. Takziah juga buat pemilik-pemilik kereta bernombor plet Negeri Sembilan yang di"renyukkan" oleh Penyokong Kelantan yang pulang awal malam tadi.

Kehausan pasukan Negeri Sembilan telah terubat dengan "darah" Kelantan sebanyak 3 pain walaupun menghadiahkan 1 pain "darah" buat pasukan Kelantan. Berjaya juga Kelantan dikuburkan tanpa talkin oleh pemain-pemain Negeri Sembilan.

Aksi Khalid "Mamak" Jamlus yang memualkan sudah cukup untuk meledakkan muntah hijau pada malam tadi. Ia tetapkan mual walaupun 7 gula-gula Hacks ditelan. Mungkin kuda tua ini sudah patut "dibersarakan" dari kancah Bolasepak negara.

Persoalan sekarang, adakah Isnin akan dihadiahkan cuti? Jika tidak, siapa yang mahu mengiringi kegembiraan anak negeri di Jalan Yam Tuan; tatkala Piala Malaysia diarak dan dijulang dengan penuh kebanggan?

Hadiah paling berharga buat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz ini pasti akan dikenang dan disemat dengan kemas dalam sejarah bolasepak Negeri Sembilan. Bermula esok, pasti ramai anak Negeri yang akan menggilap boot yang telah lapok, hanya untuk melempiaskan ketagihan menyepak bola setelah perlawanan secara langsung tadi.

Bukankah itu lebih baik dari menembam saja di rumah?

Tahniah Negeri Sembilan. Tak sabar nak baca suratkhabar esok!

6.11.09

SEMANGAT UNTUK NEGERIKU (II)


Ayat "panas" dari Awang Red Warrior, Tuan Piggy Singh:

Stadium Bukit Jalil akan jadi saksi,
Detik bersejarah tertulis nanti,
Piala Malaysia menjadi milik negeri Cik Siti,
Itulah yang pasti.

Anak Kelantan sudah bersedia sakan,
Menggempur dan Menyerang,
Berbekalkan Semangat Tok Janggut,
Kami tidak pernah mengenal takut.

Pihak lawan akan kami cincang,
Dan dihantar pulang ke Seremban,
Dengan menaiki ambulan.

Harimau hanya tersenyum. Naik ambulan..hahaha..

Mungkin ini petanda yang kita telah mula memberi bantuan CPR kepada sukan bolasepak negara yang telah lama sangat mengalami Sakaratul Maut.

Walaupun diteraju oleh lagenda Bolasepak tersohor dunia, Khairy Jamaluddin.

Ini jawapan mudah Anak Nogoghi buat Penyokong Kelantan.

"Pasukan Kelantan telah lama menandatangani surat untuk mati, tetapi terlupa untuk mati. Hanya Negeri Sembilan yang mampu untuk menguburkan mereka di Bukit Jalil esok."

5.11.09

SEMANGAT UNTUK NEGERIKU



SEMANGAT BUAT ANAK NOGOGHI

Stadium Bukit Jalil kan jadi saksi,
Lawanmu diganyang dan dijahanamkan,
Dirobek dan dikunyah,
Dikoyak dan dilumatkan,
Untuk dihantar pulang ke Tanah Serambi Mekah.

Anak Nogoghi sudah bersedia,
Menggempur dan Menyeru,
Semangat Tanah Adat,
Semangat Perut dari Suku-suku,
Untuk mengiringi kejayaanmu.

Negeri Sembilan sudah tidak dapat,
Menahan sabar dan lapar,
Saat dan ketikanya melapah "daging" Kelantan,
Di Finale Piala Malaysia 2009.

HOBEN JANG HOBEN!