Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

11.7.11

Ni Polis atau Askar Yahudi?

Terbakar darah bila tengok video ni. Malas nak ulas. Korang tengok video ni dan kalau dah terbakar darah tu, pandai-pandailah sejukkan.

Najib VS Anwar

"Baru kena sikit saje tear gas, muka...dahi kerut"...Najib ni pernah kena tear gas ke? Kalau pernah, banyak mana beliau kena? Mungkin beliau kebal tear gas kot. Hebat PM kita ni.




Parpukari: Patriot Dibawah KJ Memang....

Jarang benar aku bersetuju dengan Parpukari sejak aku tengok gambar dia depan Guiness "Malta" tu. Namun, dia bukannya orang tak berakal bila membuat penilaian tanpa bias dalam penulisan terbarunya.

Pertama-tama yang aku nak ucapkan ialah... TAHNIAH PATRIOT!

Tahniahnya bukanlah sebab PATRIOT telah berjaya menakutkan puak-puak BEERRR...SHIT tetapi kerana telah berjaya membuktikan bahawa Pemuda UMNO di bawah Kitol Kimak sebenarnya memang tidak boleh diharap sangat-sangat. Sembang tak jatuh, tapi kena hamput sikit, bukan setakat jatuh sebaliknya meraung-raung sambil melalak!


Contoh paling baik adalah si Kitol Kimak tu sendirilah... korang tahu, semalam macam hebat sungguhlah dia masuk Bukit Bintang dengan geng PATRIOT. Orang lain masuk jalan kaki, diorang masuk naik pacuan empat roda sambil berbahagi baju T PATRIOT. Kononnya nampak macam hebatlah tu walaupun semua orang tahu, arah masuk ke Bukit Bintang memang boleh masuk dengan mudah.


Aku tak mahulah cerita pasal tu sebab banyak blogger lain dah ceritakan. Ni aku nak cerita macam mana si Kitol kimak ni nak cari nama. Nampak sangatlah PATRIOT ni, tukang buat rancangan adalah geng-geng X-PKR. Memang diorang ni sebenarnya nak cari publisiti murahan supaya ditangkap polis. Diorang merempuh polis dan bukannya polis yang merempuh diorang. Kemudian bila polis hambat, orang yang paling kuat lari adalah si Kitol. Dia ingat, dia boleh lepas. Akhirnya dia kena tangkap kat bawah pokok dengan muka tergujat macam tertelan kerandutnya sendiri.(SINI)

Aku sajikan juga video Pasukan Koir Patriot menghiburkan abang-abang FRU dan 2 gambar saudara sebelah mak tiri laki makngah si Azeez.






Budak PATRIOT ni kena bodoh dengan KJ. Nak gempur FRU konon...macam hampeh.

Video 9/07/2011: Suatu Konklusi




"this is democracy, Malaysian style"

10.7.11

Patriot Vs BERSIH 2.0: Analisa Ringkas

Pertamanya, aku bukan penyokong mana-mana pihak yang mengadakan demonstrasi. Aku cuma muak budak Melayu dibodohkan. Itu pendirian aku sejak awal bila Patriot pun nak tumpang semangkuk (dari segi kaedah) cuma mereka menentang perhimpunan BERSIH 2.0.

Berbalik kepada isu Patriot lawan BERSIH 2.0, aku letakkan 2 video di bawah yang mana setiap satu mewakili Patriot dan BERSIH 2.0. Aku ingin kalian amati kaedah yang digunakan mereka dari segi provokatif, dari segi penyertaan dan penganjuran.


video PATRIOT

Dari hemat aku, Patriot lebih kepada:

  • tiada matlamat
  • menentang/ menyerang pihak polis (melanggar FRU)
  • subsidi kelengkapan
  • tidak mendapat sambutan
  • huru-hara
  • tidak hormatkan Jalur Gemilang (dicampak dan dipijak bila diserang polis...yang kau bawak buat hapa?)



video BERSIH 2.0

Manakala, BERSIH 2.0 menjurus kepada:

  • penyertaan pelbagai kaum
  • perarakan aman
  • tidak bertempur dengan polis
  • duduk dan lari bila diserang polis.
  • menjerit hentam BN padahal isunya lebih kepada Pilihanraya (bengap jugak la kapla diorang ni)
Oleh itu, kalian fahamlah kenapa aku hentam Patriot kan? Betul tak aku cakap diorang bodohkan Melayu?

Patriot: Contoh Terbaik Melayu Dibodohkan

Aku taknak cerita bab BERSIH 2.0 sebab korang boleh baca cerita tu kat akhbar esok. Aku nak cerita bab Patriot.

Zaman Mahathir menjadi PM, aku masih ingat kesedihan beliau tentang Melayu yang bermentaliti tongkat. Melayu hanya harap subsidi dan tidak pandai berusaha bagi mencapai matlamat.

Jika kita perhatikan isu BERSIH 2.0, kita akan lihat pelbagai saringan, ujian dan halangan dilakukan oleh pihak sekeliling mereka. Usaha itu adalah untuk menakut-nakutkan rakyat dan bertujuan menggagalkan suatu perhimpunan yang pada hemat mereka akan memberi indikasi terhadap keputusan PRU13. Penyokong- penyokong BERSIH 2.0 menyertai perarakan dengan penuh risiko, dengan mengeluarkan duit poket sendiri dan diugut dengan pelbagai ugutan memualkan (terutama pekerja kerajaan). hinggakan baju BERSIH pun perlu dibeli sendiri (rujuk sini). Itu hal BERSIH 2.0.

Golongan Patriot pula mempunyai cerita yang vice versa. Mereka dikhabarkan menerima duit poket RM 500 seorang, masuk "gelanggang" diatas 4 X 4 dan yang paling menarik...BAJU PATRIOT PERCUMA!!! tak percaya? Tonton sahajalah video dibawah.




Duit siapa yang mereka guna? Mereka bukannya satu pertubuhan..mereka cuma program ad hoc sahaja. Dari mana duit mereka dapat? Macamanalah rakyat tak menyampah!

Bukankah semua yang terlibat itu adalah MELAYU? Bukankah ini suatu tindakan yang MEMBODOHKAN, MELEMAHKAN, MEMBUDAYAKAN MENTALITI TONGKAT DAN MENJIJIKKAN?

Perhimpunan sudah Haram, kasi up dengan mentedarah duit Haram pulak?

Ketua-ketua program Patriot pun tak nampak macam Melayu pun. Patriot adalah Program Pemuda UMNO dan Putera 1Malaysia. Apa objektif Putera 1Malaysia? Dari laman web mereka:

The target groups for Putera 1Malaysia are those aged 18 to 35 years. We are especially interested in attracting the services of young professionals, such as doctors, lawyers, teachers, engineers, computer specialists, pilots, accountants, etc., who we hope will act as mentors to the younger members and help them to realise their dreams. (sini)

Dengan membawa mereka ke jalanraya, agaknya inikah impian Belia yang ingin UMNO beri dan realisasikan? Rasanya, tak nampak pun muka golongan profesional di perhimpunan Patriot? Muka mat rempit dan budak sekolah tak habis banyaklah aku nampak.

Nak aku cerita bab Patriot ni lagi ke? Kang pedih ulu hati kang!

Pecacai Upahan Patriot

Aku sedang berada di Port Dickson. Seperti biasa, cerita BERSIH 2.0 adalah yang paling hangat untuk dibualkan di warung-warung atau di bawah pokok sambil hisap rokok dunhill bersulam gudang garam . Paling best, adalah pengakuan seorang teman yang mengatakan dia menerima upah RM500 untuk menyertai perarakan haram Patriot.

Cis...nak buat benda haram pun nak main sogok jugak ke? Yang paling menggelikan hati ialah kenyataan seorang teman "UMNO kalau tak pakai duit, kau ingat ada orang nak layan program diorang ke?"

Aku memaki Ketua Pemuda UMNO di dalam hati.

Orang muda UMNO tidak faham erti pengorbanan dan perjuangan. Mereka telah diajar menerima undertable money sejak dahulu lagi. Maka, tidak hairanlah ramai yang dibayar untuk menulis blog.

UMNO wajib berubah. Persoalannya, mampukah mereka?

9.7.11

BERSIH 2.0: Memberi TKO kepada Patriot

 the kulupsakah's collection

Apabila aku melihat senario kebangkitan BERSIH 2.0 dan keberanian rakyat-rakyat Malaya walaupun dihalang dengan pelbagai cara, aku mula tertanya, adakah aku dalam golongan majoriti atau minoriti?

Disebalik ketidaksetujuan aku terhadap BERSIH 2.0, tersemat rasa kagum atas keberanian pemimpin dan rakyat berjuang menegakkan apa yang mereka percaya.

Maka, BERBANGGALAH MEREKA-MEREKA YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARI SEJARAH 9 JULAI 2011.

Malu pada dunia? Persetan pada mereka. Bukan mereka pernah kisah pada nasib kita.

Dari dinding blog Harimau Menaip, satu standing ovation buat mereka yang berani.

Tahniah buat PDRM yang menjalankan tugas dengan "berhimpun" lebih awal dari BERSIH 2.0 dan Patriot.

Hmmmm....Mana PERKASA? Takkan menjadi penonton BERSIH 2.0 memberi tumbukan knock-out kepada Patriot?

Patriot: Program Paling Bodoh Dalam Sejarah UMNO



Sungguh malang nasib UMNO apabila memiliki Ketua Pemuda paling gagal dalam sejarah Pergerakan Pemuda UMNO. Ia adalah kecelakaan kedua setelah memiliki Presiden paling gagal sebelum ini. Yang ironinya, mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Khairy ada menyebut didalam video di atas bahawa berhimpun secara aman adalah hak setiap warganegara yang termaktub di dalam Perlembagaan. Khairy juga menjadi "kapla" perarakan Patriot yang akan diadakan pada jam 10 pagi di Jalan Bukit Bintang dan menghala ke Stadium Merdeka.

Yang kita tidak nampak, APAKAH OBJEKTIF PERARAKAN PATRIOT INI? Khairy menyebut, ia diadakan untuk menunjukkan bantahan terhadap KAEDAH yang dipilih oleh BERSIH 2.0 bagi menyampaikan memorandum 8 perkara berkaitan Pilihanraya yang bersih dan adil. Adakah KAEDAH bagi menentang suatu perhimpunan haram adalah dengan mengadakan satu lagi perhimpunan haram? Adakah cara menghalang anak kita makan tahi adalah dengan kita makan tahi itu juga?

Paling kelakar, korang tengok mamat belakang KJ ampu perut dia kat belakang kerusi KJ. Ini macam mau jalan dari Bukit Bintang sampai Stadium Merdeka? Lawak gila.

BERSIH dipolitikkan? Oleh siapa? Sepanjang yang aku ikuti, TV3 dan RTM yang politikkan perhimpunan BERSIH 2.0 ni. Masalah BERSIH 2.0, adalah latar belakang "mastermind" dan kaedah yang dipilih. Bukan kerana ia bersifat partisan. Rakyat tidak nampak ia begitu. Pasukan RISIK UMNO tak buat kerja betul-betul la ni. Itu yang salah terjemah tu.

Rakyat Malaysia akan terus meluat dan menyampah apabila:

  • BAJU KUNING KENA RAMPAS TAPI BAJU MERAH TAK.
  • PERHIMPUNAN BERSIH BERSTATUS HARAM TAPI PATRIOT TIDAK.
  • PEMIMPIN PRO BERSIH DIANGGAP MENCABAR UNDANG-UNDANG JIKA BUAT PERHIMPUNAN TAPI GENG PATRIOT TIDAK DIKENAKAN APA--APA TINDAKAN WALAUPUN DENGAN BONGKAKNYA BUAT PRESS CONFERENCE UNTUK MELANGGAR LARANGAN POLIS.
"Sahaja aku haramkan darah dan keringat aku gugur kerana politik yang tidak berasaskan hukum Allah".

4.7.11

Patriot, Bersih 2.0, Perkasa: Dua Kali Lima

Panjang lebar tarbiah dari Mahaguru 58 aku baca. kalau masih tak faham, aku boleh kategorikan diri aku sebagai bengap dan bodoh. Kesimpulan dari tarbiah beliau, ditambah dengan video yang dikepilkan bersama, perjuangan di bawah kafir, perempuan dan kaedah menegur pemerintah wajiblah menurut tatacara Islam. Noktah.

Jikalau Bersih 2.0 itu HARAM, maka perhimpunan dan perarakan anjuran PERKASA dan PATRIOT juga HARAM.  Hukum Islam, tiada siapa pun yang boleh 'dikronikan'. Salah tetap salah.

Cukup muak dengan PERKASA, cukup muak dengan style gangsterisme Pemuda UMNO dan cukup muak dengan BERSIH 2.0. Sampaikan berita pasukan bolasepak Harimau Malaya sudah tidak penting di Buletin Utama lagi.

Kalau hidup menyusahkan orang, lebih baik kalian mati dipijak masa kecil dulu.

Sesiapa sahaja yang berhimpun, melakukan provokasi dan berarak pada 9hb Julai nanti, diharap pihak polis dapat lakukan sesuatu.Sesuatu yang akan diingat sampai bila-bila.

Pihak kerajaan juga diharap usah terlalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan poyo dan mencabar rakyat. Percayalah, tidak pernah ada kemustahilan senario kejatuhan kerajaan melalui jalanraya boleh berlaku di Tanah Melayu.