Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut. { sini }
Tidak pula Harimau tahu dari Pondok mana Ustaz dari PKR ini berguru, dan tidak pula Harimau pernah kenal namanya sebelum berita di atas tersia di Malaysiakini. Yang Harimau tahu, setiap umat Islam wajib peka dan bertindak seandainya dirasakan ada mana-mana unsur (tidak kira dari orang perseorangan, organisasi atau negara sekalipun) yang "memeningkan" kepala umat Islam (yang sedia pening) atau dirasakan melakukan penentangan secara senyap atau terbuka; yang mana memberi impak negatif buat Agama Allah iaitu Islam.
Dahulu, ada Harimau terbaca di laman sesawang SIS yang mana ia dirasakan bisa mengelirukan dan mengundang perpecahan dalam komuniti Islam di Malaysia. Malangnya, Harimau gagal untuk memautkan kerana ia tidak dijumpai lagi.
Siapakah penasihat Agama Islam dalam SIS? Entah.
Keliru juga Harimau tatkala membaca laman sesawang mereka kerana tidak faham perjuangan SIS. Sekejap perjuangkan HINDRAF sang organisasi haram, sekejap tulis cerita tidak setuju larangan penggunaan gincu di kalangan remaja sekolah (sejak bila sekolah dah jadi modeling agency?) dan sekejap bersuara seakan-akan suara MCA dan DAP.
Apa agaknya kebaikan yang boleh diunjurkan oleh SIS kepada umat Islam? Mungkin cerita-ceriti di Muktamar PAS boleh direnung bersama:
"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam"terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular. { sini }
Ya Allah! Selamatkanlah ISLAM dan MALAYSIA.
7 comments:
MALAYSIAN, MELAYU KENA BERSATU! INI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA..
TUAN HARIMAU, SAYA PUN TIDAK SELESA DENGAN PERTUBUHAN SIS NI, TERLAMPAU BANYAK KERAGUAN! DEPA BUAT HUKUM IKUT SUKA DEPA JE!
AKU MUSYKIL LA DENGAN SIS NI! JAKIM TIDO KE?
salam tok rimau
kalau tak mengata orang aljuburi tak boleh ke, atau itu dah menjadi ratib dan zikir harian tuan, terpulanglah saya sekadar menasihat. Kalau nak marah kat orang biarlah berpada2 dan ikut syariat, kalau nak tuduh org aljuburi bersediakah tuan mengikut hukum qazaf.
salam
Tuan, pertamanya saya rasa sebelum tuan berkata mengenai Mustafa Kamil Ayub, baik tuan bertemu dengan dia dan cuba berdiskusi dengan dia.
Saya kenal beliau disebabkan beliau banyak terlibat dalam gerakan Islam dan usaha-usaha beliau melalui tulisan dan keterlibatan beliau dalam gerakan pengupayaan belia.
Jadi alangkah baiknya sebelum menulis sesuatu, baik kaji latarbelakang dan baru mengkritik beliau atas kapasiti latar belakang beliau daripada kita tak mengkaji rterlebih dahulu.
Keduanya, mengapa kerajaan kita sebelum ini tidak mengharamkan SIS?Adakah disebabkan ada penyokong anak mantan PM dalam organisasi tersebut?Dan apa peranan JAKIM selama ini?
Dan bagi saya, sebelum nak diharamkan pun, mengapa Dewan Muslimah PAS tak pernah cuba untuk mengadakan debat atau perbincangan atau mengikuti program-program yang di anjurkan?Setahu saya PAS selama ini jenis suka berkokok sahaja.
masa kes Dr Farish Noor yang membuat kenyataan yang agak kontroversi berkaitan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, beliau dihentam dengan begitu teruk tanpa tiada sesiapa pun yang kononnya dari pertubuhan gerakan islam yang tampil menegur dan berbincang dengannya.
setahu saya, ABIM ada membuat perbincangan dengaanya mengenai isu tersebut dan akhirnya, Dr Farish Noor mengakui kesilapannya disebabkan kurangnya pemahaman beliau dan akhirnya dengan cara itu beliau turut sama membantu dalam usaha untuk sama-sama bergerak dalam lapangan.
Harus juga dirujuk kepada kisah perdebatan secara ilmiah Wali Songo dan Syeikh Siti Jenar. setelah melalui cara tersebut tidak berhasil, barulah Dewan Wali pada waktu itu menjatuhkan hukum bahawa Syeikh Siti Jenar harus dihukum bunuh atas pemahaman Wahdatul Wujud yang tidak sesuai dengan keadaan masyarakat pada waktu tersebut.
Bertindak melalui emosi itu perlu jika ianya dipandu dengan ILMU.sekiranya cara ini juga tidak berkesan, langkah terakhir barulah mengharamkan.
Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.
Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.
Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.
Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.
ada ulasan yang agak menarik dari Saudara Faisal Tehrani
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/06/sis.html
Assalamualaikum anakku Harimau,
Benar saranan kamu. Semoga Allah swt Selamatkan kita semua. Amin!!
NI MALAYSIA BRO
IKUT SUKA LAA KAMI NAK BERFAHAMAN APE PON....
ISLAM X MELARANG...
WAHABI TULEN!!!
Post a Comment