Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.12.09

Harga Melayu serendah RM200?

Umum tahu bahawa rasuah di Malaysia berlaku dengan "jayanya'. Rasuah sudah menjadi budaya kontraktor-kontraktor dan bolehlah dikatakan asam garam pegawai-pegawai kerajaan. Namun, bukan semua kaki rasuah. Terdapat pegawai-pegawai contohnya di Majlis Perbandaran Seremban yang bukan kaki mentedarah rasuah. Rakan harimau yang mengendalikan kerja-kerja elektrikal di bawah MPS yang mengesahkan. Tahniah pada pegawai tersebut dan semoga Allah menyelamatkan kalian dari transit Neraka itu.

PBT-PBT lain (di Negeri sembilan) memang ramai mengambil kerja kaki mentedarah rasuah ini. Entah sudah berapa banyak duit rasuah yang disuapkan ke mulut anak-bini mereka. Mereka mungkin sudah biasa mencabar Allah. Berani mereka sudah menjangkaui tahap Syaitanirrajim agaknya. Trend rasuah ini, adalah menerima suapan selepas bayaran projek diterima. Dek kerana modus operandi yang licik dan menerima suapan by hand, maka sukar untuk membuktikan kesalahan mereka. Malah, kontraktor juga yang menjadi penggalak kepada mereka. Hinggakan kontraktor menjadi percaya yang rezeki itu datang dari "berapa banyak yang kita bela" dan bukan melalui belas kasih Alah.

PDRM sebagai organisasi yang menguatkuasakan undang-undang juga sering dikaitkan dengan gejala rasuah. Harimau tidak mahu mendedahkan secara detail tetapi kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan PDRM (Bahagian Logistik agaknya?) lebih arif dengan gejala rasuah di PDRM. Cakap-cakap kedai kopi sering kedengaran bahawa Pegawai Polis termasuk Pegawai Balai kuat "makan". Kalau makan sikit-sikit mungkin tidak akan jadi topik, tetapi ini dah jadi kes "Biawak Hidup"!

Inden/ LO/ Surat Tawaran Kerja belum keluar tapi duit dah nak kena beri. Tokey balak pun boleh lingkup!

Bukan Harimau mahu menuduh, malah Harimau tiada bukti yang boleh ditampilkan di sini. Tujuan Harimau menulis, semata-mata untuk mengingatkan bahawa tidak guna mengaku diri kita sebagai Islam tapi budaya hidup mengalahkan Kapir Laknat.

Berubahlah jika sudah terlanjur. Bertaubat dan mintalah diampunkan oleh Tuan Punya Dunia. Kalian takkan senang kalau hidup dengan duit rasuah.

Tak payah mahu siasat penulis blog ini kerana posting ini ditulis kerana bosan dengan persepsi negatif dari bukan-Bumiputera. Mereka menganggap Melayu amat mudah dibeli dan boleh menjadi hamba dengan suapan serendah RM200!

Maaf kalau terasa. Mungkin bukan kalian yang makan rasuah tetapi rakan kalian. Nasihatkan mereka sebelum Allah menimpakan bala.

Harimau: makan duit macam biawak, buat kerja macam jahanam.

8 comments:

USD said...

Kadang2 x sampai 200 pun, 10 utk 2 org = 5 seorang pun jadik...katanya utk sarapan!

Selamatkan PAS & TGNA said...

Banjari,kirim salam dekat Ahmed.

Siang tadi aku nampak MRK Banjari panjat tangga PMBK.

Collect duit dengan "bos" kau orang ke?

Friday, December 18, 2009
Saynotomunafiqeen Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang!

Ni lagi 1 fitnah jahat si saynotomunafiqeen. mintak dia bertanggungjawab keatas tuduhan yang dia buat pada Anual Bakhri segera sebelum tindakan diambil oleh Anual Bakhri.

Dibawah ni artikel dari blog saynotomunafiqeen dan dibawah artikel ni ialah kenyataan balas mohon pertanggungjawaban dari Anual Bakhri.

seterusnya sila baca di - http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/saynotomunafiqeen-bakal-dikenakan.html & http://www.esasterawan.net/esasterawan/1.asp?uid=46

PARPUKARI said...

Saya sokong tok ghimau. Kita mesti lawan habis habisan perasuah!

samad said...

Mane2 PBT same je bro.Kat NS ke kat Kelantan ke same je.Saya kerja dgn firma ukur di Kelantan.Tau sangat perangai org pejabat tanah jajahan.Duit kopi mesti ada.Kalau xde file tak naik2.Manusia ni same je bila nampak duit baik berserban atau mat pit.Semua bernafsu nampak duit.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau yang menaip,

Terima Kasih atas ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, sama-samalah kita berdoa agar setiap hari kita InsyaAllah swt akan menjadi Khalifah Allah yang lebih baik, bermutu dan bermanafaat pada yang lain.

Anakku,

Mak Cik faham keluhmu tentang rasuah. Rasuah penyakit kanser masyarakat sekian lama dan percayalah ini adalah kerana orang Melayu tiru budaya Cina. Contohnya budaya bagi duit raya, adalah copy cat budaya mereka.

Malah kita semua tahu dan tak perlulah SPRM siasat Mak Cik bahawa sejak dari dulu budaya suap menyuap sesiapa pun, umum tahu siapa yang mulakan. Siapa yang mengajarnya. Pada mereka ini tak apa apa, hulur semua beres. Tuhan mereka adalah duit.


Tapi kita tidak boleh salahkan budaya kaum lain yang meresapi bangsa kita. Kita sendiri mesti ada kekuatan dalaman dan kekuatan ekonomi untuk membenterasnya. Kalau lemah senanglah kita dikuasai. Pokoknya adakan KEIMANAN, setakat manakah semua orang akan berprinsip seperti kamu, tidak mahu beri anak bini makan yang haram. Kekuatan ekonomi penting sebab kalau tidak sampai bila pun bangsa kita dipijak, MONEY EQUALS POWER. Sebab itu banyak agensi menolong bangsa kita berniaga supaya dapat menguasai ekonomi negara. Kalau orang kita terlalu tertekan sudah tentu mudah menerima 'huluran'. Kadang-kadang mereka tidak ada pilihan. Kita pun tidak tahu masalah mereka. Tapi kalau selalu selalu jadilah kebiasaan pula.

Ini bukan mudah. Sebabnya? Sebab IMAN sebenar itu didalam hati sanubari darah yang mengalir yang tidak dilihat dengan mata kasar. Dan tidak boleh pula dicanangkan mengaku berIMAN tanpa Amal menyusuri pengakuan Lidah.

HATI perkara yang amat rumit dan complex. Sering kali luaran lebih hebat dari hati sebab itu ada terjadi contohnya orang yang dari luaran KUAT AGAMA pun kebas juga duit anak-anak yatim dsb, Waliyazubillah.

Rasuah pun bukan sahaja suapan Wang Ringgit sahaja. Banyak cara halus yang sama kategori dengan Rasuah. Overseas trips, sponsor for medical treatment, wedding etc. Semua pun Rasuah.

Jadi kalau nak benteras rasuah, SEMUA mesti terlibat. Dan seperti yang Mak Cik katakan tadi tidak semua berhati, berpendirian seperti kamu. TETAPI, kita jangan putus asa. Berdoalah, dengan segala prasaran Ke Islaman sekeliling kita, InsyaAllah, lambat laun dapat juga dibenteras dan dihapuskan Rasuah walau dalam bentuk apa pun, InsyaAllah swt.

Salam Hijrah 1431 dari Mak Cik buat kamu semua terutamanya buat Cahaya Mata, semuga sihat walAfiat dan membesar menjadi Muslimah Solehah, Amin Ya RabbalAlamin!!

Anonymous said...

RM200 tu kira banyak le...tapi kalau setakat 1 helai kain pelikat...lagi hampeh punya melayu. Harga diri dia cuma RM7 aje. Hidup melayu yang dah kenyang dengan duit rasuah. Itu pasal otak dia orang tak boleh nak berfungsi dengan baik.......bawa kepala lembu....dah kepala mereka pun sama aje 2x5 dengan lembu

Unknown said...

Salam Tok Rimau

Mungkin akan saya buatkan satu n3 di blog saya mengenai saya cuba dirasuah oleh sebuah syarikat yang berurusan dengan jabatan.

Nampaknya di mana-mana pun sama!

Anonymous said...

Salam.

Salah satu cara utk membasmi rasuah adalah bermula dari kepalanya dulu. Kebusukan itu bermula dari kepala menjalar hingga ke ekor.

Cantas dulu ketua2 organisasi sedia ada. Hapuskan kontrak khidmat utk jawatan tertinggi dlm kerajaan( biasanya mrk ni dah tak minat bekerja tapi disebabkan pandai tutup bau bangkai sbb tu dikekalkan).

Lantikan baru dan cara pemilihannya hendaklah telus dan setiap pencalonan hendaklah melalui proses temuduga. Ketua2 yg dipilih skrg adalah berdasarkan you know me, i sokong u.

Bila boss bersih, anak buah akan hormat dan takut ambil rasuah.

bye-bye umno