Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

25.1.12

Memalukan Agama Islam

Jika UMNO dan sekutunya masih berperangai mengalahkan kafir laknat dan Yahudi laknatullah, sebagaimana aku melihat perangai kurang ajar mereka di SINI, dan SINI, aku amat percaya bahawa menentang UMNO dan sekutunya sudah jatuh WAJIB.

Sudah mahu masuk 4 tahun aku tidak berpihak dalam politik, akhirnya, aku merasakan bahawa memang pengikut-pengikut UMNO dan sekutunya yang berlagak samseng cukup memalukan Agama Islam.

Aku lahir di PD dan belajar di PD. Sekolah rendahku ada 6 kelas bagi setiap darjah dan setiap satu kelas ada 36 orang. Rakan-rakan aku bukan sahaja Melayu tetapi dari semua bangsa. Aku pernah berkongsi nasi lemak dengan rakanku yang berbangsa India dan Cina. Aku cukup khuatir, perangai binatang pengikut UMNO dan sekutunya membuatkan hubungan kami penuh syak wasangka.

Jika Allah menerima doa aku untuk melaknat Melayu yang memalukan Islam itu, aku ingin berdoa agar kudrat kaki dan tangannya ditarik balik, mulutnya dikunci dan hidupnya dipanjangkan. Biar dia terseksa.

Bersama-sama kita "Amin" kan doa ku itu.

Jika lagi sekali geng-geng ini memalukan agama Islam, AKU BERJANJI UNTUK MENENTANG MEREKA DENGAN MENAIKKAN PANJI-PANJI ASALKAN BUKAN UMNO di blog ini. Ini janji aku.

ILMU, bab ni hangpa kena teguq PM

Apakejadah kalau duduk dalam UMNO, boleh bercakap di Perhimpunan Agung UMNO dan diberi hak memakai nama UMNO dihujung perkataan ILMU, tetapi tak tegur PM bab hal-hal yang sesat dan menyesatkan?

Apa pula beza PM dengan Al-Arqam kalau impak gambar ini "boleh" menyesatkan pengikut-pengikutnya? ILMU kena jawab.

Dan, muka mamat sebelah PM tu macam muka mamat yang nak tempeleng Adam Adli kan? Abang dia kot?

dari blog Anak Sungai Derhaka:

Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat!


KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.


Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini.

Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA

Menepung tawar tu kerja khurafat.. tengoklah apa yang terpampang dalam e-fatwa di bawah ni.. kalau tak jelas sila klik pada image..


Salam Tiga Line

Ada yang kata, geng 3 line itu adalah PEKIDA. Ada yang kata mereka adalah serpihan PEKIDA. Ada juga yang kata, ia adalah kongsi gelap Melayu. Siapapun mereka, aku tak berminat nak ambil tahu.

Masalahnya, anak buah aku, baru kena lepuk dengan aku sebab salam dengan aku siap nak cangkuk tangan aku. Dia kata, ini salam 3 line. Aku tanya dia "PEKIDA ke?"..Dia kata "A'ah".

Aku tanya "Pergi berdakwah kat mana?"..Nampak naif je soalan aku ni.

Dia kata " Kalau pergi ngeteh, kalau ada polis tangkap, kata sedang berdakwah. Polis kompom lepaskan".

Aku menjawab dengan manja "Dakwah abah kau cenggitu".

Kawan aku cakap, kalau nak cari geng Tiga Line kat Seremban, cari kat Fortune Temiang. Cari kat Masjid memang payah nak jumpa.

Aku bukan nak buka hal 3 Line ni sangat, cuma nak "berdakwah" hal Salam diorang ni. Salam Ustaz kat TV Al Hijrah pun semacam gak aku tengok. Cerita panjang tak guna, kita layan je kuliah Ustaz Fathul Bari ni.


18.1.12

Kerajaan Dah Salah Jolok Lubang

Fuhh..berapi betul Datuk ni (maaf sebab tak tau nama). Masak Menteri Wilayah lepas ni. Korang layan video di bawah.


17.1.12

Krisis Ustaz Azhar Idrus dan ILMU




Aku berkira-kira untuk menulis perihal isu Ustaz Azhar Idrus dan tuduhan beliau terhadap ILMU . Aku kasihan kepada Ustaz Azhar Idrus. Beliau lemas dalam populariti dan akhirnya tidak menggunakan hujah untuk mempertahankan kata-kata yang pernah beliau sebut dalam ceramahnya.

Aku memerhatikan isu ini sejak dari ia belum menjadi "kudis". Sekarang, ketidakmatangan khalayak peminat Ustaz Azhar Idrus yang membawa semangat partisan dalam isu ini membuatkan api menjadi marak. Timbul pula ugut- mengugut dan mendedahkan latar belakang Abu Aqif bagi manmbah kecelaruan. Cukup. Ia perlu dihentikan.

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari adalah 2 tokoh penting dalam isu ini. Abu Aqif adalah pendesak yang berpihak kepada Ustaz Fathul Bari dan ILMU.

Isu ini berputik apabila Malaysia di takut-takutkan dengan isu Wahabi. Namun, bagi mereka yang mengkaji melalui pembacaan dan melalui kuliah-kuliah ilmuan salaf yang belajar di Jordan, Madinah dan lain-lain, menerangkan bahawa isu itu tidaklah sebagaimana yang diwar-warkan. Aku rasa, aku sentuh ia sampai disitu sahaja.

Kemudian, ia dilebarkan dengan perbezaan pendapat dan tafsiran ilmu fiqh dan pemahaman Al Quran dan hadith. Ditambah pula dengan pemahaman Salafussoleh yang diangkat oleh ilmuan Manhaj Salaf yang banyak menerangkan kesalahfahaman umat Islam di Malaysia tentang perkara Bida'ah, Ibadah, Tahyul, Khurafat dan banyak lagi.

Ia mengundang ketidaksenangan pada banyak ilmuan pondok, sufi dan tareqat. Walhal apa yang dibentangkan oleh ilmuan Salaf adalah berlandaskan hujah dan pemahaman Salafussoleh tentang Islam.

Bermula dari ini, maka beranak- pinaklah perselisihan pandangan. Jika ia diselesaikan dengan berforum dan majlis ilmu, maka ia tidak akan menjadi sebegini parah. Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah. Bukan dengan "rasa-rasa" dan "dengar cakap".

Ustaz Fathul Bari, Dr. Asri, Ustaz Halim Hasan, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Rasul Dahri dan ramai lagi adalah tetap manusia yang cakap mereka boleh ditolak atau diterima. Mereka tetap manusia seperti kita yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa. Yang paling utama, kita perlu kembali kepada ajaran Islam seperti pemahaman Rasulullah SAW dan para Sahabah radiallahuanhum Ajmain (dan para tabi'in). Kita kena berhujah dengan asas QolALLAH dan QolaRasulillah.

Maka, aku ada mencadangkan penyelesaian kepada Abu Aqif dan mahu aku kongsikan bersama.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Hamba Allah bernama ****************  kepada Abu Aqif. Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para Sahabah radiallahuanhum ajmain, para tabi'in dan tabi' tabi'in rahimahullahutaala.

Saya sudah mengikuti permasalahan UAI dan pengikutnya yang mencampuradukkan politik dalam isu ini. Bagi saya, ia kurang enak dan baik. Saya bersetuju dengan Abu Aqif dan tidak bersetuju dengan UAI.


Namun, Abu Aqif juga perlu mengendurkan kecenderungan politik dalam dakwah. Ia kerana manfaatnya menjadi terhad dan qalam ilmuan manhaj salaf menjadi terkonkong dan tidak menyeluruh. Saya ambil sikap merdeka minda dalam hal ini.

Bukannya saya mahu menidakkan kewajiban mendahulukan agama Islam dalam apa jua hal termasuk politik, cuma dari segi politik partisan, Malaysia belumlah matang.


Jika politik dijadikan lencana, maka dakwah juga akan didengar oleh mereka yang memakai lencana yang sama. Amat merugikan.

Dalam hal memperjuangkan kebenaran, mungkin kita perlu memikirkan kemudaratan seandainya api yang sudah marak disirami minyak petrol.


Cadangan saya, hantar sahaja surat rasmi memohon forum kepada UAI, Surat boleh jadi dari pihak Tuan dan Dr. Asri boleh menjadi moderator. panel adalah UAI, UFB dan seorang yang agak neutral. Mungkin saya boleh cadangkan Ustaz Kazim; memandangkan Ustaz Kazim pernah sepentas dengan UAI. Atau UAI cadangkan satu nama dan masukkan Ustaz Rasul Dahri sebagai panel keempat memandangkan beliau juga pernah menjadi bahan ceramah UAI.


Itu yang terbaik kerana saya lihat di blog Aduka Taruna, UAI seperti berdendam dengan ILMU dan Abu Aqif.


Soalan saya, video pendedahan "siapa Abu Aqif" oleh mereka, betul ke tu bang? Usah takutlah. Berani diorang nak sentuh.


Wallahua'lam.

Bukanlah kerana aku berat sebelah terhadap Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetapi  beliau seumpama tidak mahu berdepan dengan berhujah dan menggunakan pentas populariti untuk menyerang.

Bukan niat aku untuk menambah kecelaruan tetapi aku bermaksud untuk menghentikan kemudaratan terhadap ilmu dan Agama Islam. 

Aku berusaha untuk tidak berpihak tetapi kerana terlalu mengikuti permasalahan ini, mahu tidak mahu, aku berpihak juga. Maaf buat UAI dan penyokongnya.

Akhir qalam, Agama Islam bukan milik bapak aku atau bapak engkau, ia adalah Agama Allah dan Rasulnya. Maka, jangan sempitkan Agama Islam ini dengan pemikiran sempit dan kotor. Usah halalkan sebarang fitnah dan tuduhan tanpa asas walaupun ia datang dari mulut seorang yang kamu sayang. Sesungguhnya, kasih sayang pada Rasulullah SAW wajib melebihi kecintaan kita pada abah, ibu dan adik beradik.

Berlapang dada untuk menerima teguran. Jika kamu tegur aku atas nama Islam, Demi Allah dan RasulNya, aku tidak akan memadamkan komentar kalian.

Wallahua'lam.

15.1.12

Datuk Saifuddin Nasution

Kalau bab hujah dan pidato, aku paling minat dengar dari mulut Saifuddin Nasution. Sekarang, beliau sudah dapat Darjah Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran Datuk. DSDK dikurniakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tahniah Datuk. Teruskan berhujah. Hanya hujah sahaja yang dapat membeli keyakinan dan kepercayaan. Setakat cakap kosong, kat pasar malam Ampangan pun belum tentu laku.

Rakan saya pernah mengungkapkan, Datuk adalah permata yang disia-siakan oleh UMNO. Pindahlah berapa ratuspun orang PKR ke dalam UMNO, dia tidak mungkin begitu. Namun, jika Datuk Saifuddin melompat, maka berkuburlah PKR dalam sekelip mata.

Percayalah.

link: Latar Belakang politik Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

12.1.12

Kes Azalina Othman: Tak Masuk Akal Aku Langsung !

korang baca kat sini dulu : http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/hai-azalina-cek-rm300ribu-neh-apa.html

Lepas tu, korang tengok turutan nombor cheque tu dengan tarikh dia. Yang tertulis "Azalina Binti Othman" sebagai penerima bertarikh 7/4/2011 dan nombor cheque adalah 8720425. Bandingkan pula dengan cheque 875977 yang bertarikh 6.12.2010.

Secara logik dan praktikalnya, apabila nombor cheque menaik, maka tarikh biasanya akan menjadi lebih hadapan dan bukannya semakin mundur. Ia boleh berlaku jika cheque atas nama "Azalina Binti Othman" adalah PD Cheque (post dated cheque).

Tetapi, yang menjadi persoalannya dalam kepala hotak aku yang tak berapa nak pegang duit banyak ni:

1. Mana dia dapat gambar cheque ni?
2. Kenapa nilai cheque pada cheque "Azalina" itu hanya bertulis tangan?

Itu je aku nak tahu. Bukan apa, payah aku nak hadam dan tidur kalau kepala otak aku ada banyak persoalan.

Kalau ada jawapan, komen lah,

HIMPUN, Mana Kajian Tu?

SEREMBAN, 7 Jan. - Kajian yang dilakukan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) mendapati golongan remaja wanita beragama Islam berusia 20-an yang melayari laman sosial Facebook antara mereka terdedah dengan aktiviti murtad. (isma)

Entah kenapa, keinginan aku untuk membaca kajian Himpun.Org seakan-akan gagal kerana tidak menemuinya di laman web mereka ataupun di laman web Isma. Teringi aku melihat kaedah kajian tersebut agar dapat kuyakini diri ini bahawa apa yang mereka gendangkan itu berasas.

Adakah mereka sudah juga menjenguk laman sosial yang lain seperti Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain; dan seterusnya membandingkannya dengan FB? Atau ia sekadar sembang sahaja walhal tiada pun kajian dibuat? Atau mereka menganggap ia begitu bagi memberi signal bahawa mereka perlu diberi perhatian kerana mereka lebih faham anasir kafir?

Bak sini aku nak baca kajian tu. Siapa yang ada pautan atau softcopy ataupun hardcopy kajian organisasi HIMPUN ni, beritahu aku.

Video yang lagi best dari cerita melayu petang-petang tu.

Tajuk paling panjang dalam blog ni. Sebabnya, cerita budak cina ni best sangat. Lagi best dari dengar cerita Anwar, Najib, Ibrahim Ali, Mahfuz dan Hasan Ali.


11.1.12

SMM Kena Tengok Video Ni

Kalau nak cepat pandai, Adam Adli dengan SMM kena tengok video ni berulang-ulang kali.


10.1.12

Sudah Asar

Sudah masuk waktu Asar. Waktu untuk solat. Ingat! Jangan solat hajat lepas Asar sepertimana Perkasa buat (telah disalah taip oleh pemberita).

Solat ikut Nabi SAW dan bukan ikut Ibrahim Ali.

8.1.12

Effa Owana waghih anak nogoghi

Malam tadi, aku merasakan orang yang lahir di Sarawak, Pahang, Perak, Melaka mahupun Johor adalah kurang gembira berbanding aku yang lahir di Negeri Sembilan. Entah kenapa aku sayang pulak pada Tok Mat. Zaman dia jadi MB dan Presiden PBNS, nampak sangat pasukan bolasepak Negeri Sembilan semakin digeruni.

Zaman Mat Isa dulu, jangan harap bolasepak semaju begini. Yelah...kalau korang pergi Linggi, memang nampak pun tempat Mat Isa yang lama jadi MB tu mundur semacam je..oopss..jauh na lak terlencung dah ni..

Tahniah Skuad Ghuso sobab monang Pialo Sumbangsih malam tadi. Eden bawak keto sonyum yo...HOBEN JANG HOBEN!!!


5.1.12

Adam Adli Wajib Baca Posting Ini

Dengan nama Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan Para Sahabah radiAllahuanhum Ajmain.

Benar, ada banyak perlu dipinda dalam banyak undang-undang dalam negara ini. Jika ianya direka dan dibuat oleh manusia, masakan ia sempurna dan adil 100%. Itu fakta dan tidak melampau jika aku katakan yang itu juga adalah Iman. Bagi aku, memahami bahawa perundangan manusia itu senantiasa perlu dipinda dan ditambah-baik serta mengakui bahawa mana-mana perkara di bawah tangan manusia mempunyai kelemahan dan kesilapan, umpama kita mengatakan qalam Allah dan rasulnya terpelihara dari kelemahan dan kesilapan.

Namun, perlukah kita menjadi tukang sorak dan batu api terhadap tindakan mahasiswa dan "bekas" Mahasiswa dari SMM dan membiarkan sahaja mereka memperjuangkan kepercayaan mereka? Adakah kita menjadi lebih bijak dengan mengatakan mereka bodoh? Tentu sekali tidak.

Perkara penting bagi mana-mana Mahasiswa dalam hal ini adalah mengenalpasti permasalahan pokok dan menanganinya dengan bijak. Apa masalah mereka? Yang pertama, luahan dan permintaan mereka tidak diendahkan. Tida hairanlah mereka menjadi tidak percaya kepada kerajaan. Hal ini, kita tidak wajar mempersalahkan mereka. Sesiapa sahaja akan marah dan menunjukan ekspresi kemarahan itu. Cuma cara dan kaedah sahaja yang berbeza.

Namun, masalah mereka sekarang adalah mereka dihalang"mempromosikan" masalah mereka dan gagal membuatkan pembuat dasar memandang dan mendengar keluhan mereka.

Tentu sahaja berbaring dan bertempur dengan undang- undang kampus malahan berkonfrontasi dengan pihak berkuasa adalah tindakan tidak bijak. Jika ia dilakukan rakyat marhaen, mungkin tidak mengapa. Namun jika ia dilakukan oleh Mahasiswa dan bakal pendidik, agak kurang molek. Sudut pandang kurang molek itu terarah dari asas Islam dan budaya ketimuran. Jika ia dipandang dari sudut yang berbeza, mungkin keputusannya juga berbeza.

Apa yang Adam Adli, Syukri dan SMM boleh lakukan? Dibawah, digariskan beberapa cadangan buat SMM:

  1. Bersemuka dengan Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.   
  2. Lakukan secara rasmi dan terbuka.
  3.  Lakukan rakaman untuk pembuktian.
  4. Minta mereka menyediakan satu slot di Media-media dan Televisyen, bagi suatu perbahasan atau debat terbuka.
  5. Mahu debat dengan siapa? Dengan kumpulan Mahasiswa yang menjunjung AUKU.
Ini sahaja pilihan yang ada bagi SMM untuk menerangkan matlamat mereka yang disalahertikan oleh rakyat.

Percayalah, berjuang menggunakan kudrat adalah perkara terakhir dalam bab perjuangan. Perjuangan yang dikenang sepanjang masa adalah perjuangan hujjah dan akal; walaupun kemenangan melalui keringat dan darah itu menjadi bukti kekuatan dan kehebatan.

Begitulah Islam terbela (secara teori); dengan hujah, strategi dan mata pedang adalah yang terakhir. Bermula dengan hujjah bagi berdakwah, dengan staregi untuk berhijrah dan berperang (contoh: Perang Badar). Lihat sahaja kandungan surat Khalifah Mu'tasim yang berbunyi " Dari hamba Allah yang bernama Mu'tasim kepada Anjing Rom. Sesudah engkau membaca surat ini, hendaklah engkau membebaskan perempuan Islam yang engkau tawan. jika tidak, akan ku hantar bqala tenteraku yang kepalanya di negeri engkau dan ekornya di dalam genggamanku". Kahlifah Mu'tasim tidak meletakkan peperangan sebagai perkara nombor satu bukan?

Kesilapan telah dilakukan namun ia boleh dibaiki. Berusahalah tanpa jemu seperti ikan pari yang cuba terbang. Wallahua'lam.


Nota kaki: Video ini sepatutnya bertajuk "I Believe I Can Fly". ;)

4.1.12

Amalina Bukan Contoh Sehebat Siti Fatimah

Di bawah ini, adalah salah seorang yang boleh kita jadikan contoh buat anak-anak kita. Bukan yang aku post sebelum ni. Walaupun aku ada teringin untuk balas kenyataan balas dia melalui emak dia, tetapi aku memilih untuk STOP. Dia juga beragama Islam. Apa salahnya aku berdoa yang baik-baik buat dia sekeluarga?

Satu je nasihat aku buat Amalina dan keluarga beliau terutamanya emaknya..ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya. Dan jika aku mengatakan TIDAK SALAH dengan perbuatan Amalina dan Ibunya, dan ianya bagus dan TIDAK MENGAPA, lengkaplah aku menjadi pengkhianat AGAMA ALLAH dan RASULNYA. Nauzubillah.


Baiklah. Berbalik kepada pelajar yang ingin aku syorkan dicontohi adalah pelajar di bawah:

--------------------------------------
(dari : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/siti-fatimah-mukhtar-bekas-pelajar.html)

Siti Fatimah Mukhtar bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
Siti Fatimah Mukhtar 2 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Siti Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
Siti Fatimah Mukhtar 3 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Siti Fatimah Mukhtar 4 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

Kenyataan Bodoh Mak Amalina

Sememangnya kemungkaran tidak boleh ditangani dengan kemungkaran. Aku berusaha untuk tidak mahu komen tetapi sakit hati dengan komentar emak Amalina dalam mempertahankan anaknya. Pandangan awal aku,  kita tidak wajar menghentam tetapi sepatutnya menasihati. Namun, aku tidak dapat tidak untuk komen dan memuaskan hati aku yang geram.


Kalau macam ni la hasil A1 pelajaran Agama Islam, aku cukup kecewa.

Kalau abah aku masih hidup dan aku memalukan dia sebegini, masak aku kena sental.

Nasib kau baik Amalina. Kau ada emak yang sanggup membodohkan diri untuk membela kau.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Hujah aku mengatakan emak Amalina telah membodohkan diri:

1. Apa ke jadahnya dia beli pakaian telanjang untuk anaknya?
2. Kerana emaknya mengatakan gambar "peribadi" Amalina di"curi" dari laman Facebook. Mana ada yang peribadi kalau dah masuk Facebook kan?
3. Itu gambar lama. Maknanya dah lama la kau sorokkan kemungkaran?
4. Emaknya mengenali rakannya setiap seorang. Hukum jatuh halal bila memeluk bukan muhrim yang berstatus rakan?
5. Kalau itu bukan gaya hidup bebas, itu gaya hidup apa? Islam?

Bukankah hujah makcik tu tidak setaraf dengan jawatan makcik sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2?

Kenapalah makcik bagi komen. Bukankah lebih elok makcik berdiam diri?

Nota kaki: Makcik tegurlah anak makcik tu. Makcik tahu ke status Facebook dia malam tadi? Kalau makcik tahu, sudah tentu makcik tak komen sebegini.

3.1.12

Kerana Mulut Comel Isa Samad...

Sedap hati kau je nak lutu kepala pemimpin peneroka...sedap gigi kau je nak kata orang macam- macam..sekarang, pemimpin peneroka sudah menyerang balas. Aku nak tengok apa kata Isa Samad lepas ni.


1.1.12

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

di salin dari Minda Tajdid (drmaza.com)

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin