Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

6.2.09

Wahai Anak-Anak Perak

kemaskini 7:45 pagi- terdapat komentar yang mempertikaikan

1) kita tidak perlu menyembah Raja kerana dia juga manusia
2) blog Harimau Menaip semakin tidak neutral dan sering melakukan provokasi terhadap PR

Pada Harimau, blog ini tidak pernah menyuruh sesiapa menyembah Raja apatahlagi Datuk Musa Hitam tetapi menggunakan perkataan "menghormati" dalam mempertahankan hak mutlak Sultan. Ia tetap begitu walaupun keputusan Sultan Perak adalah dengan pembubaran DUN. Bayangkan, jika dengan Sultan pun kata-kata tiada tapisan, bagaimana pula tuturkata kita pada orang bawahan yang melata di muka bumi?

Kedua, blog ini senantiasa neutral cuma seperti biasa, penulis blog ini pasti ada pendapat dan pandangan yang tersendiri. Terkadang ia memihak di sini dan terkadang ia memihak yang di sana. Ada juga Harimau mengambil jalan tengah. Sepanjang pergolakan politik Perak, blog ini tidak membuat liputan dan ulasan kerana menghormati semangat politik kedua-dua pihak. Blog ini cuma menulis buah fikiran apabila keputusan sudah dibuat oleh si Pembuat Keputusan.

-----------------------------------------------------------

Anak-anak Perak yang dihormati,

Sultan kamu diseranah dan dihentam kata-kata nista. Usahlah mengaku anak Perak jika kamu bersekongkol atau mendiamkan diri.

Simpanlah sahaja keris itu sehingga kiamat jika tidak diguna untuk membunuh penderhaka-penderhaka Raja itu.

Pernahkah Sultan kamu menempelak kamu ketika kamu menukar kerajaan Negeri? Tidak kerana Sultan kamu tahu itu adalah kuasa mutlak kamu sebagai rakyat.

Kenapa kamu semua tidak tahu menghormati hak mutlak Tuanku Sultan sebagai Sultan Negeri Perak? Inikah hadiah Rakyat Perak buat Rajanya?

Klik http://books.dreambook.com/duli/duli.html dan pertahankanlah Sultan Azlan Shah walaupun darah yang terpaksa kamu tumpahkan.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

30 comments:

Anonymous said...

Buat apa nak pertahankan Sultan yang bias.
tiada guna apa2 pun raja2 ini.
hanya sbgai simbol kedaulatan dan yang paling utama adalah MENGHABISKAN DUIT RAKYAT.
monarki utk apa?
badut2 istana saja.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum,

Saya sudah menyatakan sokongan terhadap Tuanku Sultan.

Saya secara peribadi tak kisah apa sahaja keputusan Sultan. Dan Nizar pun begitu juga menyatakan bahawa akan menerima keputusan Sultan.

Tapi tindakan menderhaka apabila keputusan Sultan telah dititah, sangat mendukacitakan.

Kita pertahankan Tuanku Sultan dengan memberikan sokongan di sana.

Mohon semua menjaga tatasusila dan adab.

aizam said...

Tuan rimau,

Masa BN bertukar tangan ke PR ia jelas kemenangan mejoriti.

Masa PR bertukar kpd BN ia jelas kelihatan konspirasi dan melanggar perjanjian dan undang-undang.


RAJA bukan maksum & zuhud utk dihormati membabi-buta tuan..

Mrkolumpo said...

sedutan filem seniman bujang lapok arahan Tan Sri P.Ramlee...ketika melakukan babak ke 36 :

ha ha ha yahhh beta lah yang bergelar SYAITANN AMINUR RASHIDDD...

CUTTTTT!!!!

KEH KEH KEH

Anonymous said...

pak harimau.. bukan di situ aja tapi d TKO pun ramai mulut celupar..
pi la baca..macam mana mod boleh lepaskan komen2 sebegitu..

taipingmali said...

Lompat Parti?
"Melompat parti itu satu tindakan yang bijaksana" meminjam kata TGNA. maka selepas ini lebih ramai ADUN dan MP Pakatan Rakyat akan melompat parti masuk ke BN kerana bersetuju dengan TGNA.

Terima kaseh Tuan Guru, Jasa mu , tutur kata mu akan dikenang sepanjang hayat.

Anonymous said...

anak harimau konek kecik.tumpah air mani boleh hahahhhahahhah

Anonymous said...

Sultan atau rakyat biasa..kita semua sama disisi ALLAH SWT!!!kelak akan mati dan ditelan bumi jua..pada ketika itu pangkat dan darjat sudah tidak bermakna lagi..

Kenapa perlu diagungkan seorg Sultan kalau keadilan sudah tidak bermakna lagi??Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah menyembah Sultannya..HAnya ALLAH SWT yang paling berhak disembah...

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau,

Jumaat menjelma lagi, Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah swt berada dalam satu lagi Jumaat InsyaAllah.

Menjawab pertanyaan kamu KENAPA ada yang kurang ajar pada Sultan mereka sekarang ini pertamanya adalah kerana sifat TAKSUB pada pemimpin idola masing masing melebihi segalanya.

Habis kalau dah KETUA2 mereka pun tak nak dengar perintah Sultan, pengikut dan penyokong bagaimana pulak??

QasehNuryz said...

Salam,

Pada pengomen² berbangsa melayu yg suka kutuk dan kasi komen tak pakai akal.Jgn taksub sgt.
Tlg ingat ya..takde Sultan dalam negara ni.Alamatnya dah lama kaum bangsa lain yg jadi PM.

Ada faham? So,pls dont give such rubbish comments!

Daulat Tuanku!

Anonymous said...

Kalau sudah berani menderhaka pada Sultan...maka, marilah kita menjalankan hukuman SULA pada mereka-mereka itu....

Pemimpin-pemimpin PAS memang tidak ada Sultan...mereka hanya menghormati tok guru mereka, yang juga..hanya manusia biasa, yang sudah semakin nyanyuk dan bengap.

Kalau bekas MB Perak tu melanggar
titah Sultan...bermakna, mereka telah mencemar kebawah duli...juga bermakna, mereka memang tidak menghormati undang-undang negara yang berpelembagaan ini. Dan yang pastinya...mereka tidak menghormati undang-undang duniawi.. mereka tak main dengan hal-hal duniawi.. mereka hanya mengikut ajaran tok guru mereka membabi-buta.

Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya....!!!

Unknown said...

salam tuan,

pandangan peribadi saya, saya tidak akan menghormati sultan disebabkan :

1) sekiranya 'Kitul' masih tidak dapat dibenteras dalam istana (seperti yang berlaku di Terengganu, Ahmad Said menjadi MB disebabkan kerabat terengganu bengang dengan Idris Jusoh yang tak banyak bagi projek masa dia menjadi MB..informasi ini saya dapat dari salah saorang rakan PTD di Istana Negara)Kalau di Perak, orang kuat BERNAMA yang menjadi si Kitulnya (seperti yang dinyatakan kepada saya beberapa veteran 'umno' di kampung saya)

2)Saya memang tidak mempercayai Sultan yang hanya sekadar simbol dalam perlembagaan sahaja.Kalaulah hanya gaya 'coup de ta' yang di luar Dewan (melainkan dilaksanakan undi tidak percaya dalam Dewan baru nampak molek sikit) boleh dilakukan dengan perkenan sultan,saya cadangkan kita mansuhkan pilihanraya.Hanya sultan yang membuat lantikan.

3)saya berpegang pada pendapat tetamu di RTM semalam, adakah kita semua pasti kerajaan yang baru ini akan bertahan?Ingat, 2 orang "haprak" yang dikaitkan rasuah seks (malah mengaku)mendokong dan menyokong kerajaan baru.Apakah jaminan yang lain2 itu tak lompat parti?

4) Persepsi umum terhadap PEKEMBAR akan lebih buruk kerana umum akan mengaitkan kenapa BN tidak mahu pilihanraya di 3 kawasan tersebut disebabkan menjelangnya pemilihan PEKEMBAR.PEKEMBAR punya pasal, sultan dapat nama BUSUK.

5)Sejarah banyak kali tercatat, Sultan-sultan melayu yang menjatuhkan kepentingan orang melayu sendiri akibat perangai Kitul yang mengelilingi sultan.Perjanjian Pangkor 1824?Penubuhan Malayan UNION pada awalnya yang dipersetujui oleh raja melayu (akibat gelap mata)?Hilangnya Temasik ke Stamford Raffles?Hilangnya kerajaan Islam Melayu-Patani-Siam-Ayuthia akibat Perjanjian Bangkok 1924 yang dikhianati oleh sultan melayu?Pulau Batu Putih?

Maaf, bagi saya perasaan hormat kepada Sultan itu semakin menipis.Memang patut Butterfingers membuat lagu 'Daulat Tuanku" yang mengkritik kehidupan sesetengah anak Raja...'cari gebu-gebu, teman beradu'.

wasalam

**al-fatihah disedekahkan untuk Arwah Ustaz Wan Soghir kerana sempat saya bersamanya untuk mendalami beberapa perkara mengenai Kemakmuran Raja Melayu pada ketika dahulu.terima kasih ustaz.

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim

yope dan yong...tuan2...saudara2ku seislam

siapa kata sultan bodoh..tak reti base...dll yang korang nistakan...
...aku rakyat marhaen, biasa mcm kome...pingat ape lagi nak dapat...tapi kome sedo ke ape yg kome kata tu...pandang dengan mata hati..bukan sekadar mata kepala lutut..itu le tandenye mengkeme BDS (BODOH DAN SOMBONG)

sultan bijak...dia tak berpihak pada sapa2...itu yang dia cakap pada hari jadinya...buktinya kalau dak pakatan rakyat dari mula lagi tak dapat perintah perak dulu lps menang pru 12 yope...la nie tuanku nak tengok pulak mcm mana bn perintah...kalu 2-2 tak bley buat jugak...aku rasa baik tuanku je ambil kuasa kat perak nie...dah orang politik tak reti base...sian le...rakyat juga menderite...ape ke henye yope...
daulat tuanku...daulat tuanku

azharjaafar said...

nanti kena minum air basuh kaki raja.. kurafat!

Tai said...

Nasihat Mufti Perak supaya patuh pada perintah pemerintah.

Inilah islam Pas. Tak mau taat perintah.

sheikh teluk intan said...

Salam sahabat,

Tabahkah hati saudara kalau ada orang mencemuh kerana pandangan yang berseberangan (contradict) dengan pandangan saudara. Kita punya hak untuk bersuara dan orang kena hormati hak kita.

Teman hormati pendirian saudara dan sentiasa akan menyokong,insyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Bayangkan kalau situasi ini terbalik..PR rampas Negeri Perak dari BN.Adakah mereka2 akan berkata sebegini juga?

cuma ingin tahu.

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/malik-imtiaz-sarwar/17717-perak-a-constitutional-crisis

iam_khufu said...

Bukan salah sultan di sini. Sultan hanya memilih seorang yang telah dipilih secara majoriti oleh DUN untuk diangkat jadi pemimpin. Kalau PR nak salahkan orang lain, salahkan 3 orang ADUN yang melompat tu. Kalau bukan disebabkan mereka kerajaan tak kan tukar tangan. Belajar dari sejarah la sikit, kebanyakan runtuhnya sesuatu persekutuan atau persatuan 90 peratus disebabkan salah sendiri dan selebihnya salah orang lain. Sultan hanya masuk dalam isu bila nak lantik kerajaan baru je, sebelum ni sultan tak masuk campur pun. Tapi dari segi undang-undang sultan memang kena bubarkan DUN sebab Undang2 tubuh negeri lebih kurang sama dengan peruntukan perlembagaan persekutuan yang mana MB ada kuasa untuk memohon kepada sultan untuk bubarkan DUN. (sambung dibawah)

iam_khufu said...

Jika kita ikut amalan demokrasi british sebagaimana yang diamalkan malaysia tak boleh sultan menidakkan pembubaran DUN jika MB minta berbuat demikian. Walaupun perkataan yang digunakan adalah "boleh membubarkan DUN" yang merujuk kepada kuasa budibicara sultan sama ada mahu bubarkan DUN atau tidak, tetapi melalui satu istilah yang dipanggil "convention"(saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu) sultan mesti membubarkan DUN. Perkara yang sama juga boleh dilakukan di Parlimen. Saya bagi contoh jika ada usul undi tak percaya kepada PM, PM boleh membawa usul membubarkan parlimen kepada YDPA. Jika perkara ini berlaku melalui istilah "convention" itu tadi YDPA akan membubarkan Parlimen. Sistem ini adalah sistem common law Inggeris dan saya pasti Duli tuanku sultan Perak faham kerana dia juga seorang pengamal undang-undang dahulu. Ini kerana tidak berlaku dalam sejarah undang2 common law seorang raja menolak permohonan seorang ketua kerajaan sama ada untuk meluluskan sesuatu undang2 atau apa sahaja yang berkaitan dengan undang2. Dan ini telah disebut dalam banyak buku berkenaan dengan undang2 perlembagaan termasuk buku yang pernah ditulis sendiri oleh Duli tuanku Sultan Perak.

Anonymous said...

kenapa hanya di ulas kejadian yg berlaku di perak saja?
kenapa tidak di bangkitkan kejadian di terengganu juga?
adakah krn d perak penyokongnya adalah pr dan d terengganu penyokong umno?
cuba kita lihat apakah beza di antara kedua2 kejadian itu.
dan fahamilah apa itu

RAJA BERPERLEMBAGAAN

iam_khufu said...

masalah kat terengganu MB belum dilantik, Perak pulak MB dah dilantik ada paham

Unknown said...

i am khufu...

lantik ka belum lantik ka sama saja..sultan hari ini banyak kepentingan sendiri..kepentingan harta benda..orang macam ni ka yang boleh pertahankan islam dan hak melayu?

kes idris jusoh adalah salah satu kes dari banyak kes mengenai raja melayu yang Melantik MB yang boleh memberi kekayaan kepada kerabat.

yang boleh diharap sedikit, tengku faiz anak Sultan Kelantan.

sejarah banyak tercatat, Sultanlah yang banyak menjual kepentingan orang melayu:Pulau Batu Putih, Singapura,Kerajaan Melayu Islam Patani, Perjanjian Bangkok 1924,kisah Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut.


Bersembah biar bertempat,menderhaka biar beralas.

EQUILIBRIUM said...

teman pun tak bekenan benor dgn kata2 dilemparkan kepada Sultan Azlan. memang teman tak setuju dgn keputusan baginda. tapi teman redha. tentu ada rahmatnya dimasa depan.

cuma mungkin sbb perlembagaan yg tak jelas atas kuasa Sultan untuk melucutkan kuasa MB tanpa dun bersidang membuatkan teman agak hampa.

dari segi persepsi rakyat atas keputusan mahkamah nanti teman agak kecewa penyokong PR tidak mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Sultan Azlan.

Ramai penyokong PR tidak nampak muslihat Sultan Azlan dengan memberi kuasa pada amno hari ini.
teman percaya tindakan najib memberi tekanan pada tuanku.

tapi dlm masa yg sama tuanku telah memberi beban yg terlalu besar untuk amno campak dari badan mereka. jadi teman menyeru hentikan lah kata kata yg tidak baik pada Sultan Azlan.

tidak setuju tidak apa. tapi adab kita tiada batasnya. tunjukkan kita org yg matang.

iam_khufu said...

Tapi bukan ikut emosi dan mengaitkan kesalahan orang dahulu dengan orang yang masih hidup serta menuduh tanpa ada keterangan yang boleh dibawa kepada muka pengadilan. Kita bukan tuhan yang tahu serba serbi pada sesuatu perkara. Kalau main terjah je sama la dengan perangai orang US yang erang Iraq tanpa usul periksa.

Anonymous said...

PEMIMPIN NYG YG TAAT ADALAH PEMIMPIN YG BERANI MEMBAWAH UNDANG 2X ALLAH DI MUKA BUMI INI..INI YG KITA HARUS TAAT ..SEPERTI MAN YG DI TUNTUT DLM ISLAM..TAPI PERMIMPI KITA HARI NI CAM NE TU

Unknown said...

i am khufu

sekiranya anda bekerja di Bernama, anda akan kenal siapa mamat Bernama Anuar Zaini ni...

EQUILIBRIUM said...

harimau,

teman tak larat nak search post hang yg lepas2. kalau ada hang komen pasal natang dan tindakan amno di sana tolong highlite kat teman.

Harimau-Menaip said...

paloi bin mulau,

tak silap, saya sudah padamkannya sempena tahun hijrah yang lalu. Memang saya juga hentam kekurang-ajaran UMNO Trengganu dan memohon mereka diterajang dari landskap politik Malaysia.

Kesimpulannya, sapa kurang ajar, kita terajang. Noktah.

angeldream said...

ada Hamba Allah bercakap

Masa BN bertukar tangan ke PR ia jelas kemenangan mejoriti.

Masa PR bertukar kpd BN ia jelas kelihatan konspirasi dan melanggar perjanjian dan undang-undang.



bangga apakah dapat seorang MB yang diperkudakan oleh exco lain?

hip hip hurey kah beliau?

:angeldream: