Petikan Salafi
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Pemuda-Pemudi Harimau
31.3.09
Dipaksa Merayakan Earth Hour
Harimau membuat panggilan ke 15454 untuk mengadu dan malangnya, Harimau terpaksa "berbaris" di kedudukan No. 86. Pehhh. Selepas setengah jam, baru dapat bercakap dengan manusia. Jawapannya mudah. "Seremban memang ada major breakdown, sejam dua baru elok".
Hangguk dialah!
Inikah hukuman kepada warga Seremban yang buat tak tahu ketika perayaan Earth Hour pada Sabtu lepas?
Apa pula hukuman buat 304 manusia yang melancapi, mencurangi, merogoli, memperkosai dan menodai harapan Pemuda UMNO seluruh negara?
Tarapapa kot.
Harimau: TNB memang wajib kena marah sebab penulisan Harimau tidak sempat di simpan (save). Cis!
Wali Yang ke-Sepuluh?
Ada yang kata, penyokong Khir dan Mukhriz tidak puas hati dengan kemenangan KJ. Bagi Harimau, hanya orang gila saja yang akan berpuas hati dengan kemenangan Ketua Pemuda UMNO yang baru tu.
Kedai Kopi depan rumah Harimau heboh kata MUNGKIN ada unsur rasuah dalam kemenangan beliau tetapi Harimau tak percaya. Baik budak KJ tu. Sebaik-baik umat. Kok kalau ada Wali yang kesepuluh, dia lah calon nya.
Sebab itulah orang dengar "KJ Rasuah" dalam video yang dibawah tetapi Harimau dengar "KJ Berseluar". Bukan apa, dengan undian sebanyak 304 untuk KJ, naik takut pula bila Harimau terbaca:
{HARAP MAAF KERANA VIDEO GAGAL DI MUAT NAIK. SILA KLIK http://www.youtube.com/watch?v=ixlbB9VAeNM UNTUK VIDEO YANG HARIMAU NYATAKAN.}Tuan lawyer kata, “Setahu saya kalau ikut Penal Code, Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 302, seseorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 kanun acara jenayah, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman gantung sehingga mati di bawah Seksyen 304 kanun yang sama”, (kkamdias)
30.3.09
Masjidil Politikussalam (Kesejahteraan Politik Di Masjid?)
Cuma, Harimau tidak berapa setuju kerana kita sengaja meletakkan had kepada penggunaan Masjid. Akhirnya, golongan muda akan sesat jalan ke Masjid dan paling parah; tidak dapat membezakan yang mana Muzium dan yang mana Masjid.
Hari ini, Harimau hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal apabila membaca keratan akhbar di bawah:
Majlis BN? Di Masjid? Bukankah BN itu parti politik? Bukankah itu salah satu unsur berpolitik di Masjid?
Mengapa sipolan sering melaungkan "satu agama, satu suara, satu akidah, satu negara, satu itu dan satu ini" tetapi mempunyai 2 piawai dalam menghukum dan menafsirkan "Mempolitikkan Masjid"?
Bukankah lebih mudah dan bagus sekiranya kita buka sahaja pintu Masjid seluruh Malaysia untuk Umat Islam melakukan semua aktiviti termasuk berpolitik, bermesyuarat atau kenduri kahwin dan biar Allah sahaja yang menghukum mereka-mereka yang curang kepada Agama dan menyalahgunakan Masjid. Bukankah Allah itu Maha Adil?
Tertanya juga dibenak, mana satu yang lebih suci; berpolitik di dalam Masjid atau berpolitik di Kelab Malam? Dan, mana satu pula yang lebih makmur?
Harimau: dek politik, adik beradik pun jadi musuh.
29.3.09
BPN, Bloggers Network dan Blogawan Stand Alone
Namun, di mata Harimau hanya nampak 3 pemain utama dalam dunia blog politik terutama di arena BN lawan PR. Malangnya antara ketiga-tiga golongan tadi, jelas kelihatan hanya Bloggers Network sahaja yang bersungguh di lapangan tidak kira samada di Pilihanraya Kecil ataupun di mana-mana demonstrasi jalanan.
Golongan kedua adalah dari permuafakatan Bloggers Pembela Negara. Entah apa sebabnya, Harimau merasakan (mungkin silap), yang majoriti (tidak semua) blogawan Bloggers Pembela Negara hanya duduk mengangkang di rumah dan menembak dari balik semak.
Golongan ketiga adalah yang tergolong dari blogawan "Stand Alone" tidak mengira kecenderungan parti politik yang disebelahinya samada BN, PR atau gabungan kedua-duanya sekali. Harimau Menaip (setakat ini) bolehlah dikategorikan sebagai Blogawan Stand Alone. Terkadang mengangkang juga ketika menulis. Hahaha.
Dari ketiga-tiga pemain utama dunia blog itu, yang sama adalah nama. Nama semacam tidak kebangsaan walaupun ramai antara mereka yang menentang PPSMI.
Pokok pangkalnya, matlamat Harimau Menaip menulis hari ini adalah, untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya buat ketiga-tiga golongan blogawan di dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Saya (Ai). Kalian tetap sahabat walaupun terkadang berlainan pandangan dan pendapat.
28.3.09
Grand Finale Perhimpunan UMNO
27.3.09
Pasca Pemilihan UMNO 2009 (bhgn 1)
- Kemenangan Muhyiddin
- Kemenangan Zahid Hamidi
- Kemenangan Noh Omar
- Kemenangan Saifuddin
- Kemenangan Bung Mokhtar
- Kemenangan Puad Zarkashi
- Kemenangan Shaziman
- Kemenangan Idris Jusoh
- Kemenangan Shahrizat
Tidak menepati ramalan Harimau Menaip (a.k.a. kecewa) adalah:
- Kekalahan Mukhriz
- Kekalahan Noraini
- Kekalahan Hasan Malek
- Kekalahan Azalina
- Kekalahan Shahrir Samad
- Kekalahan Khaled Nordin
Namun, tahniah pada semua yang telah menang. Tanggungjawab berat telah pun bermula. Jalankan dengan penuh bijaksana.
Yang tewas, percaya pada ketentuanNya. Kekalahan adalah permulaan sebuah kejayaan yang gemilang.
26.3.09
Bila Liabiliti Dikira Sebagai Aset
Apa akibatnya jika kita tersalah meletakkan kedudukan aset dan liabiliti? Hukuman atas kertas, baki akan salah. Hukuman kepada keputusan peperiksaan, pasti tidak akan dapat sijil dekan. Dan jika kesilapan ini diteruskan pada peringkat organisasi atau syarikat, pasti syarikat akan mengalami kerugian (tidak kira kecil atau besar).
Adakah akauntan-akauntan UMNO yang berjumlah 2500 orang itu akan tersilap meletakkan aset dan menafsir liabiliti? Petanda semacam sudah ada.
Harimau: Mata belum mahu lelap. Itu yang sambung menaip.
25.3.09
Khairy: King Of Recount
- Keperibadian yang baik.
- Dipandang tinggi dan bersih.
- Berpendekatan lembut tetapi efisien.
- Berfikiran jauh.
- Tidak tamak.
- Tidak gelojoh.
Pernahkah Pemuda bertanya, mengapa Pak Lah ditolak dan di"turun"kan secara halus? Pernahkah khalayak mendengar frasa "Bebudak Tingkat 4"? Jawapannya tentu ada dalam benak kalian tetapi tidak cukup jantan untuk menyuarakan.
Lokman Adam? Harimau memandang beliau seakan-akan sama dengan Ezam dan Ruslan Kassim; kalaupun tidak dengan Tengku Razaleigh, Shabery dan Rais Yatim.
Mahu tidak mahu, Pemuda UMNO perlu lebih bersedia menghadapi serangan getir yang bakal mendatang dan modal Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil pasti akan berkisar tentang nama-nama pemenang dalam Pemuda yang penuh dengan tanda soal; Mengapa?, Apahal? Apa? Alamak? dan macam-macam lagi.
Kenapa Mukhriz tewas? Sebab paling mudah dan ala kedai kopi adalah:
- Tun Mahathir tiada dalam UMNO
- Pemuda UMNO belum bersedia ditransformasikan.
Walau pahit, sekalung tahniah tetap diberikan kepada Khairy Jamaluddin.
Khairy, kamu perlu berusaha keras membuktikan tohmahan dan cakap belakang mengenai kamu itu adalah salah. Kamu wajib membuang persepsi negatif orang bawah kepada kamu secepat yang mungkin. Jangan ahli UMNO peringkat bawahan menuding jari kepada muka kamu sewaktu UMNO berkubur nanti.
Tahniah, tahniah dan tahniah.
Harimau: Setia Sesama Kawan lebih bagus dari menjadi berani terhadap perubahan...agaknya.Setia Sesama Kengkawan!
Tahniah Khairy.
Mata mahu dilelapkan walaupun tidak mengantuk. Semoga Allah "masih" selamatkan Malaysia. Semoga masih ada tender dan sebutharga yang available untuk rakyat Malaysia..(sorry, terkeluar tajuk pulak!)
Nak tak nak....Setiakawan lah bro.!
Any comment(s)?
Transformasi Telah Bermula?
{kemaskini} Malangnya, Puteri UMNO yang berkelakuan ala-ala Pom-Pom Girl tetap dengan keputusan yang tidak memeranjatkan. Tiada transformasi agaknya untuk Puteri melainkan YB Rosnah betul-betul serius untuk mentransformasikan Pergerakan Pom Pom Girl tersebut.
gambar dari www.parlimen-penggerang.com
Tahniah! Kak Ijat telah menang!
Pergerakan Wanita UMNO memperolehi kemenangan yang pertama dan menjadi transformer sulung buat UMNO.
{bersambung}
23.3.09
Selebriti Membantu Pilihanraya?
22.3.09
Hang Tuah Vs Hang Sial?
21.3.09
Pilih-pilih Pemimpin
Mohd Ali dihukum berdasarkan Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejennya terbabit dalam rasuah dan sogokan politik. { sini ]
Status kelayakan Datuk Norza Zakaria untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diketahui Isnin ini selepas beliau didakwa di mahkamah atas kesalahan politik wang. { sini }Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah" { sini }
Kita sering berhadapan dengan 2 pilihan; menjadi pengikut atau menjadi ketua. Malangnya, kita sering memilih untuk menjadi pengikut. Bertambah malang lagi apabila kita memilih untuk menjadi pengikut yang bodoh dan dungu.
Dari dahulu lagi Harimau tidak bersetuju jika pemimpin yang telah "kotor", nampak "kotor" atau berkemungkinan seorang "pengotor" ; diangkat menjadi pemimpin atau menjadi calon pemimpin. Sebagai contoh, si A yang pernah dihukum UMNO atau si B yang sedang berdepan dengan pertuduhan mahkamah, mereka sepatutnya "direhatkan" sementara kalau pun tidak selamanya dari landskap politik UMNO.
Mengapa ahli UMNO perlu tegas dalam hal sebegini (pemilihan pemimpin)? Kerana jika ahli-ahli UMNO berterusan mengangkat individu-individu yang bukan-bukan, ia hanya akan menambah persepsi negatif di kalangan rakyat terbawah dan menguatkan khabar angin bahawa "UMNO telah bangkrap pemimpin dan mesra politik wang".
Sewajarnya, UMNO wajib serius melakukan transformasi terutama di tahap pemimpin atasan seperti:
- memartabatkan penyertaan Wanita seperti yang dilakukan MCA. Jangan hanya leka berebut Ketua Pergerakan Wanita walhal sepatutnya sudah layak bertanding jawatan Naib Presiden.
- "Groom" pemimpin muda yang betul-betul muda yang mampu memahami kehendak orang muda, mendengar suara orang muda dan memperjuangkan masalah orang muda.
Sampai bilakah kepetahan berbicara dijadikan kriteria no. 1 untuk menjadi pemimpin? Bilakah masanya untuk kita menjadikan kemuliaan peribadi sebagai asas pemilihan pemimpin?
Nasib 25 juta rakyat Malaysia terletak ditangan perwakilan UMNO yang jumlahnya 2500 itu. Usahlah digadaikan masa hadapan negara dan anak bangsa dengan helaian kertas neraka yang bernama ringgit (politik wang).
Harimau: selamat mengundi!
16.3.09
Gobind Sudah Bersedia Untuk Di Transformasikan?
Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz's motion to suspend Puchong member of Parliament Gobind Singh for 12 months was passed in Parliament today. { sini }
Malang sungguh si warga Puchong. Suara mereka tidak akan didengar di Parlimen selama setahun. Malang juga rakyat Malaysia kerana "Drama King" telah di gantung selama 12 bulan. Nampaknya, tiada lagilah adegan yang menarik sorotan dari Parlimen saban malam. Ooops! "Bapak Segala Drama King" masih ada lagi.
Betul kata arwah Abah, "kalau berfikir, guna otak jangan guna lutut". Adakah tindakan menggambarkan seseorang sebagai "pembunuh" di Dewan Rakyat; merupakan tindakan yang lahir dari otak? Tidak. Ia mungkin hadir dari lutut.
Mungkin Gobind juga perlukan transformasi seperti UMNO dan Akademi Fantasia.
Harimau : Maaf kerana lama tidak menaip. Terlalu sibuk. Mungkin sehingga Khamis akan datang.
10.3.09
Kosong-Kosong dan Harapan Di Maulidur Rasul
Pada hari sabtu ulangtahun kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, YB Teresa Kok, exco kanan Selangor merangkap ADUN Kinrara membuat kunjungan ke Surau Darus Salam di Batu 13 Puchong dan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada surau berkenaan untuk membeli pembesar suara laungan azan.
Selain itu, beliau juga memberi sumbangan RM2,500 kepada PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) dan RM2,500 kepada Sekolah Rendah Islam (Seri) Nurul Hidayah di Puchong. { sini }
9.3.09
Kita Makan Duit UMNO? Bila Masa?
ELOK MAMPOS LA!! KECIK2 MAKAN DUIT UMNO, DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG.. BODOH TAK DAPAT DIAJAR CERDIK TAK DAPAT DIIKUT!! MESNYUSAHKAN ORANG MEMANG PANDAI!! { sini }
Terbaca oleh Harimau akan kewujudan Kelab Chedet di blog Zubli Zainordin yang mana Zubli telah menjadi salah seorang peserta atau pengikut. Harimau pun dengan penuh keterujaan terus klik pautan dan....
Blog yang sarat dengan ayat-ayat penuh nista, keji, caci dan maki; maka terbatallah hasrat suci murni Harimau. Sewajarnya, Kelab Chedet mengangkat pemikiran Tun, membawa generasi muda mengenali sejarah politik Tun dan berdiskusi pandangan-pandangan Tun.
Jika mahu mencarut, terajang musuh politik Tun dan menghambur kata-kata nista, orang gila pun boleh!
Pengelola blog tersebut yang menggunakan logo UMNO sebagai simbol penentangan kepada politik wang, tidakkah beliau sedar bahawa Tun bukan lagi ahli UMNO? Bukankah Tun Mahathir sudah neutral dan menjadi pengikut Harimau Menaip? (ehem ehem)
Merujuk petikan di atas sekali, bila masa rakyat Malaysia makan duit UMNO? Ekau biar boto bai!
-------------------------------------
Glosari
Ekau biar boto bai = Anda wajar berfikir sebelum bertindak
8.3.09
Hari Mengingati Rasulullah
Marilah kita bersama-sama,
Mengingati Baginda.
Lupakan pemilihan UMNO,
Atau permasalahan PPSMI,
Atau persidangan bawah pokok,
Atau isu Babi di Selangor,
Atau isu Balak di Pahang,
Atau teka-teki Al-Tantuya.
Baginda ingat pada Umatnya,
Walaupun nyawa hampir dicabut dari jasad,
Tidak malukah kita,
Jika kita lupa pada Baginda,
Walau pada hari Keputeraan yang telah tiba?
Celakalah kamu wahai Umat Muhammad,
Tidak kiralah,
Samada kamu Pemuda UMNO,
Atau Angkatan Muda KeADILan,
Atau Dewan Pemuda PAS,
Atau PEKIDA sekalipun,
Jika tidak terpilih mendapat syafaat,
Di hari Pengadilan.
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad.
Terima kasih Allah.
Kerana mengurniakan rasa cinta kami pada kekasihMu.
Jika Dia Hidup, Adakah Dia Akan Turut Berarak?
"Tiada Kata Secantik Bahasa" Teuku Zakaria
Apa agaknya tindakan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee apabila mengetahui Bahasa Melayu dipijak dan diinjak? Adakah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan bersama-sama Sasterawan Negara A. Samad Said di jalanan untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? Adakah semburan itu juga dihalakan ke Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?
Masalah pokok mungkin datang dari Dewan Bahasa Dan Pustaka yang tidak berbuat apa-apa bagi membantu memperkayakan rujukan-rujukan di dalam Bahasa Melayu. Belum terlambat untuk berubah.
Penguasaan Bahasa Inggeris itu perlu tetapi usah sampai kita menjadi hambanya. Penguasaan Bahasa Inggeris itu perlu tetapi tidaklah sampai "menghambakan" Bahasa sendiri.
Untuk apa Melayu di "Tuan" kan jika Bahasa Melayu kekal menjadi hamba?
Pesanan Buat Anak ( anti PPSMI )
Jika engkau berjaya di masa depan,
Jangan kau lupa akan pejuang-pejuang,
Yang berpanas dan berhujan,
Dipukul dan disembur,
Memperjuangkan Bahasa Nenek Moyangnya.
Anakku,
Jangan kau ingat kau Melayu,
Kau akan mudah menongkah arus,
Di Tanah Melayu.
Kerana ia sememangnya sukar,
Tidak seenteng yang dirasakan.
Anakku,
Ingatlah untuk sedetik cuma,
Mengucapkan terima kasih,
Dan mendoakan kesejahteraan Roh-Roh Pejuang,
Kerana mereka yang memastikan,
Kau terus berbahasa Melayu,
Dan 152 tidak terus di"keranda"kan,
Oleh orang-orang atasan yang sudah tepu keMelayuannya,
Konon-kononnya.
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," A. Samad Said.
7.3.09
Melayu Dijahanamkan Oleh Melayu?
Kali ini, Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat tentang isu siapakah sebenarnya penderhaka kepada Sultan. { sini }
Harimau percaya bahawa YB Khairy pasti akan menyahut cabaran Pemuda PAS tersebut. Ramai percaya, Khairy tidak "sebacul" Hishamuddin tetapi kegusaran yang utama adalah hujah-hujah yang akan digunakan. Bagaimana mahu berdebat jika kisah silam UMNO diwarnai oleh kisah-kisah penentangan terhadap kuasa Sultan dan Raja-raja? Ini bukan main-main. Kulup Sakah ada koleksi bukti-buktinya { sini }.
Yang bagus di mata Harimau, politikawan di Malaysia sudah mula membuka ruang perdebatan bagi mengangkat hujah, ideologi dan perjuangan parti politik masing-masing. Perkara sedemikian akan memudahkan rakyat membuat keputusan dan menguraikan kecelaruan yang terhasil dari serangan bertubi-tubi media arus perdana.
Sedikit sayang apabila isunya adalah sedikit berkaitan dengan Raja dan Sultan. Isu yang bakal dibahas mempunyai sempadan-sempadan yang cukup banyak dan "merbahaya". Percayalah, sempadannya terlalu samar-samar di mata penderhaka. Usah tersilap sentuh, nanti bakal menjadi "pesta" di media arus perdana. Yang buruk nanti, bangsaku juga. Yang jelik nanti, Rajaku juga.
Anak bangsaku tidak dimalukan oleh sahabat-sahabat berlainan bangsa dan keturunan tetapi dimalukan oleh yang umat yang sedarah dan segalur. Melayu memang berani dengan Melayu tetapi hilang jantan bila berhadapan dengan bangsa asing. Lihat sahaja di luar, berapa ramai pekerja Melayu yang kurang ajar pada majikannya yang Melayu? Berapa ramai pula Majikan Melayu yang tidak adil pada pekerja Melayu?
Kenapa pemimpin Melayu tidak memberi cabaran debat mengenai penderhakaan pada Karpal Singh? Atau mencabar Gerakan berdebat isu Bumiputera?
Melayu memang penjahanam Melayu kot? Sia paleh!
6.3.09
Manual Buat Calon Timbalan Presiden
Rupanya, ada penyelesaian untuk masalah ini. Di bawah adalah manual asas bagi pemimpin yang kejang lidah bila berbahasa omputih.
1. BELACAN = BELL - ARCH - UN
2. TEMPE = TEMP - AIR
3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. JERING = JAR - INK
5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG
6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG
8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT
9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK
10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. PEKASAM = PEAK - A - SOME
13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN
14. SIRAP = SAY - RUBB
15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY
Say-Nung Boo-Gun? Say-La-Mart Main-Choo-Bear.
5.3.09
Implikasi Pertama Penggunaan "ALLAH" Oleh Penganut Kristian?
Tulisan "Allah" diletakkan di tempat tertinggi ketika Tilawah Al-Quran. Tuhan yang mana satu? Bapa Tuhan, Ruhul Kudus atau Allah yang kita sembah 5 kali sehari?
Jika menonton TV, ketika azan berkumandang, "Allah" yang muncul di sisi ikan dan dibina lebah itu, Tuhan siapa? Sembahan orang Islam atau sembahan penganut Kristian?
Harimau jahil jadi tolong jelaskan.
Wallahualam.
-----------------------------------------
Harimau terima dari sahabat melalui emel. Nauzubillah. Kalian ada komen?
Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti
Harimau : Kuang Ajau punya Indon!
Kartun Dan Pemimpin
Pesuruhjaya Kehakiman yang membuat keputusan Persidangan DUN oleh Sivakumar sebagai tidak sah ADALAH SEORANG YANG TELAH TAMAT tempuh perkhidmatannya. Dia dilantik secara kontrak 2 tahun mulai 1 MARCH 2007 hingga 28 February 2009. Dia membuat penghakiman pada 3 March 2009. iaitu 3 hari selepas"tempuh khidmat dia tamat. PENGHAKIMAN dia TIDAK SAH. Zambri memang kartun.. { dari blog Tok Sheikh }
Apa nak jadi agaknya dengan Negeri Perak. Jika dibaca hujah sebelah BN, ada logiknya dan jika didengar hujah sebelah Pakatan Rakyat, juga ada kebenarannya. Sini kata sana kartun, sana pun kata sini kartun. Kasihan pula pada Rakyat Perak. Bagaimana nasib mereka mahu dibela jika untung nasib pemimpin negeri juga tidak keruan. Mungkin Sultan wajar campurtangan.
Semalam, Harimau menonton Hujah dan 2 panelis yang dijemput iaitu Tan Sri Isa dan DS Zahid Hamidi nyata mengecewakan. Miskin hujah, emosi, tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Professor Agus; adalah antara beberapa kelemahan yang dilakukan oleh mereka dan Harimau terus mengendos bahawa mereka berdua tidak berapa layak bagi menduduki dan memenangi barisan pimpinan teratas UMNO Malaysia.
Dan, ia dikuatkan lagi dengan prinsip Harimau bahawa " Usah solat dengan berimamkan bekas banduan, bekas perompak, bekas perasuah atau pengadu-domba; carilah orang yang benar-benar layak"
Tapi kalau tiada juga, kecelakaanlah namanya tu.
Wallahualam.
3.3.09
VIDEO PENUH PERSIDANGAN KERAJAAN DI BAWAH POKOK
2.3.09
Haram? TIDAK!!!!!!
Telatah Pemuda Cawangan
Benar. Malu pula rasanya melihat telatah pemuda-pemuda yang menahan seorang yang cacat dan memaksa beliau berkata-kata. Agaknya Melayu sekarang sudah tiada adab lagi kot?
Alaaah. Biasalah. Pemuda peringkat Cawangan je. Itulah mentaliti tahap cawangan kot?
klik sini untuk video Abang Pal dan Pemuda UMNO.
1.3.09
Sampai Bila Mahu Jadi Gundik UMNO?
Mandi Air Siraman Polis (baik bagi mereka yang hendak berkhatan?)
Bagaimanapun beliau berkata, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana hadir di situ untuk membuat laporan polis dan tidak berniat untuk melakukan kesalahan atau kekecohan. { sini }
Takkan nak buat laporan polis sampai 300 orang? Bayangkan rumah anda didatangi oleh 70 orang pemuda dan pemudi yang hanya untuk menjual penapis air, adakah anda buka pintu atau menelefon polis? Tentu kalian takut dan menelefon polis.
Dei Macha, tak salah nak buat laporan polis mengenai Uthaya tu, tapi pada-padalah dengan kuantiti orang yang berhimpun. Perlu kah sampai 300 orang?
Rasanya, kira nasib baik polis siram air. Buatnya ditembaknya dengan bom berangkai? Tak ke haru.
Polis pun, buat lah kerja. Mungkin dek kerana Polis tidak memberi layanan dan siasatan sewajarnya dengan 1 (satu) laporan polis yang mereka buat, maka mereka merasakan dengan beratus-ratus laporan polis, baru polis buat kerja dan buka mata kot?
Ia bukanlah persoalan siapa salah dan siapa yang betul. Ia adalah persoalan persepsi pihak kedua iaitu persepsi penyokong Uthaya terhadap PDRM dan persepsi PDRM terhadap perhimpunan dan perarakan yang berkuantiti besar. Walaupun niatnya baik, kalau persepsi pihak kedua songsang pun, tidak boleh juga.
Maka, rugilah Malaysia dengan beribu-ribu liter air yang terbazir begitu sahaja dan terbazirlah masa penyokong Uthaya dengan disiram air tanpa dapat mencapai hajat dan tujuan.
Persoalan di benak, apahal si Gobind ni pula yang menyibuk di Balai Polis tersebut? Gila populariti ke?
Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?" katanya.
Harimau rasa, hanya geng Hindraf je yang kerap kena tahan. Bukannya semua masyarakat India. Mungkin Gobind ni perlu disiasat di bawah akta Hasutan kerana membuat keterangan berbaur hasutan. Yelah, mungkin kenyataan beliau boleh membakar kemarahan kaum India dan menjana kekusutan antara kaum nanti?
Pelik juga bila peguam dalam UMNO seperti Rais Yatim dan Razali Ibrahim macam si bacul kalau berdepan dengan Karpal dan konco-konconya. Adakah sijil lawyer mereka hanya sijil beli atau sijil kopi-O? Adakah mereka lebih kurang upaya dari Karpal? Atau Melayu memang ketandusan peguam-peguam hebat yang mampu menjadi jaguh di dalam ruang lingkup perundangan Malaysia? Wallahualam.
Takkan nak harap Ghani Patail yang kalah bertarung isu Pulau Batu Putih? Bukankah beliau dikatakan hebat hanya apabila kes-kes yang diterimanya melibatkan Anwar, bontot dan lubang mencirit? Itu persepsi orang bawah. Tuan Ghani jangan marah.
Apapun, berfikirlah sebelum berhimpun kerana semua orang tahu bahawa air dan gas pemedih mata hanya HARAM buat ahli UMNO. Itu apa yang Harimau tafsir dari kenyataan Anwar.
Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu. {sini}
Pelik juga apabila semua benda yang tak elok dikaitkan dengan UMNO.
Sebut Rasuah, orang ingat UMNO.
Sebut Skandal Seks, orang ingat UMNO.
Sebut Lompat Parti, orang ingat ADUN UMNO.
Sebut Derhaka, orang ingat UMNO.
Sebut Liwat...Haaa..yang ini saja orang tak ingat UMNO. Ingat siapa? Fikirlah sendiri!