Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.7.09

Anwar Yang Sedang Tidur

Artikel dari http://nnora75reform.blogspot.com/2009/07/reformis-ancam-pr-turut.html

Ini dia sebenarnya laporan Sinar mengenai mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya menyepak ketuanya untuk mendapatkan projek kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini kemudiannya diberi projek UPTOWN Seri Gombak Selangor. Kenapa mereka diberikan projek tersebut – biasalah mereka mengaku mereka reformis hebat dalam memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor masih buta, bukan kerana tidak nampak tetapi kerana tidak pernah tahu erti perjuangan, erti masuk keluar lokap. Antara yang dapat adalah lelaki yang saya kata tidak orait ini. Kenapa mereka diberi sedangkan mereka BUKAN REFORMIS sebenarnya.

Kadang-kadang Nora tertanya – adalah ini sebenarnya makna keadilan yang kita perjuangkan. Mereka ugut dan kerajaan Negeri Selangor membenarkannya. Nora tidak mahu bantai lebih-lebih tetapi Nora kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Adakah ini akan menjarakkan semula Melayu pada UMNO dan Melayu pada PAS. Nora janji akan bertindak kerana mereka difahamkan mendapat tempat itu atas alasan reformasi. Ini tidak boleh kita biarkan berlaku kerana ini satu ketidakadilan. Bagi yang masih musykil lihat saja dan kita lihat Selangor pula mampu kecundang.

Blog Nora sering menjadi santapan Harimau Menaip kerana beliau cukup bangga menjadi Reformis. Beliau mungkin tahu hala-tuju dan matlamat beliau; dan atas dasar itulah, teguran kepada Kerajaan Selangor wajib dijadikan rujukan.

Rujukan apa?

Rujukan bahawa tiada pemerintahan yang sempurna. BN mungkin bangsat memerintah, korup dan perkauman. Namun buat apa jika kerajaan yang "menggantikan" BN adalah :

- cakap depan A, belakang buat B.
- mengaku telus tetapi korup.
- mendabik dada sebagai anti-kronisme tetapi mengkayakan suku-sakat dan sepupu-sepapat.
- mendakwa adil membahagi kekayaan tetapi banyak yang "ter"masuk poket sendiri.

Ini bukan kerajaan hebat. Ini kerajaan yang lebih BANGSAT dari segala KEBANGSATAN!

Maka, PKR bukan lagi mewakili suatu keadilan. Ia mungkin sinonim dengan Parti KepuRa-puraan.

Anwar! Kau tidur ke?

Harimau: sesiapa yang rasakan terdapat unsur rasuah dalam kes di atas, sila buat sesuatu.

5 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau,

Apa khabar? Sibuk lagi ke?

Memang tiada apa yang perfect dalam hidup ini. Inilah hakikatnya. Cuma kita kena kaji sejarah dan kesan sesuatu apa pun tu terhadap hidup kita semua secara keseluruhannya.

UMNO telah banyak berjasa pada kita. Ahli UMNO yang telah tersilap bukan bermakna UMNO yang silap. UMNO hanya nama Parti dan telah membuktikan dan telah membuahkan banyak hasil pada orang Melayu dan semua di Malaysia amnya.

Ini tidak boleh kita nafikan. Suka atau tidak, inilah faktanya. Segala sekeliling kita adalah hasil dari kerajaan juga. 52 tahun adalah setengah abad dan mustahil kita mahu pura pura lupakan apa yang telah UMNO lakukan.

UMNO tidak perfect, Mak Cik tak nafikan tetapi Mak Cik juga tidak dapat lupakan jasa UMNO begitu sahaja. Kerana ada segelintir pemimpin yang korup bukan bermakna 50 tahun jasa UMNO Mak Cik tolak ketepi sahaja.

Bagi Mak Cik kalau mereka nak Kaya raya cara tidak betul, ALlah swt tu ada, maha kaya. Tak akan bahagia hidup orang yang makan hasil yang haram baik dari UMNO, PAS atau yang satu lagi tu.

Anak Mak Cik pernah bertemu Nora secara peribadi. Memang kesian dia. Dia telah begitu banyak berkorban kononnya untuk reformasi, tapi bila jumpa MB tu yang telah berkuasa, kononnya Nora nak minta kerja disembur dan disendakan begitu sahaja. (Sebaliknya officenya penuh dengan yang sepet)

Bila dah berkuasa memang manusia akan cepat lupa. Ini bukan pada orang UMNO sahaja malah pada sesiapa. Insaf diri kita tetapi inilah yang manusia semua cari sampai jumpa, kuasa,harta dan lepas tu..wanita. (Bagi lelaki sejati).

Love Perak said...

gasak ko la rimau oi.
yang penting bawah PR jauh lagi baik pada umno dulu. rakyat sendiri boleh menilai. poll baru2 ini pun menunjukkan rakyat selangor puas hati dgn mb khalid.

Anonymous said...

dimana hala tuju harimau kini?

-pembaca setia harimau menaip.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Tok.

"Blogawan Neutral"

Apa maksud 'Neutral' Tok?

Salam takzim

Unknown said...

Biasale,tok rimau...binatang dua alam semakin ramai.....macam lalang ditiup anginn...yang untung besar kt Selangor,China dan India..Melayu...hampehh... yang mimpi dsiang hari sibongok loveperak...seronok tengok bangsa sendiri punah....dengki khianat tak habis2...busuk punya orang,,...