Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

16.2.10

Mithali Yang Terlewat


bawa kereta dengan perlahan dan tenang

Cuti sudah habis. Malam ni, mesti padat gila jalan- jalan kampung dipenuhi kereta-kereta dan motor-motor. Jalan padat bukan kerana ada sesiapa yang menyambut kedatangan Nelson mandela atau Robert Mugabe mahupun Khairy Jamaluddin, tapi ia padat kerana orang sudah mula mahu balik ke rumah. Ingat! Pandu perlahan dan bawa kenderaan dengan tenang.


ini kampung orang baik-baik

Bila agaknya kita akan pulang ke kampung sekali lagi? Jangan hanya kerana meraikan Cina beraya, kita baru nak kucup kening mak dan bapak. Mak-bapak aku telah lama tiada, kalau mereka ada, hari-hari aku kucup.

Takkan kalian mahu tunggu mak-bapak kalian "tiada" baru mahu jadi anak mithali macam aku?

Jangan beb! Aku ni Mithali yang terlewat!

4 comments:

ISAC said...

Salam bro...Kira ko ni bawah sikit dari Tanggang ke? :) Jangan marah yek...

Harimau-Menaip said...

Singa @ ISAC,

Aku mungkin bawah tanggang tapi atas dari kau. Hahaha..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku selaulu mintak maaf dengan mak aku sama ada di telefon atu pu n jumpa.. tapi yang itu membuat mak aku risau ingak kan aku buang tebiat

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau yang rajin menaip,

Orang yang paling hina adalah orang yang tidak menghargai jasa ibu bapa mereka.

Kasihilah mereka selamanya, tengok wajah ibu dapat pahala.

Bagi yang telah tiada lagi ibu bapa, Doakanlah banyak banyak untuk mereka.