Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

21.5.10

Lesen Judi Piala Dunia: Malaysia Masih Negara Islam?

Kata mereka, negara akan rugi jika duit judi sempena Piala Dunia terbang ke tangan-tangan haram. Lebih baik ia "dihalalkan" dan dapat diguna untuk memajukan negara.

Aku keliru. Kita diam kerana kita tak kisah disuapkan dengan hasil duit haram atau kita takut menentang kerajaan?

Atau kita lupa bahawa Agama kita adalah Islam dan dalam Islam judi itu HARAM?

Bersediakah kita untuk hancur diazab oleh Allah?

Bangsatlah kita jika kita redha dengan penghalalan Judi Piala Dunia dan celakalah kita jika kita tidak menentang keputusan itu.

Selagi keputusan itu berterusan, keputusan KERAJAAN MUTAKHIR AKAN DITENTANG OLEH BLOG INI ATAS NAMA ISLAM.

Malang sungguh kerana ia dicadang oleh orang Islam di sebuah negara Islam yang ditadbir oleh orang-orang Islam. Masih Islamkah mereka ini?

11 comments:

Love Perak said...

saya sokong. jika Allah turunkan bala, rakyat yang merana! lebih baik kita tentang bukan kerana anti kerajaan tapi tegakkan islam!

Anonymous said...

buat demo bantah 20thn nik aziz renew lesen judi & arak di kelantan.

ISAC said...

Salam bro,

Judi sememangnya haram buat orang Islam. Hukum tak memang tidak boleh diubah!!!

Semua orang tahu,dengan hasil cukai kedai arak di Kelantan, Kelantan masih dipanggil dengan panggilan "Serambi Mekah".

Bro kita kena berlaku adil bila menghukum...

Bak kata TG Nik Aziz, politik ni seperti perperangan, ia adalah tipu-muslihat.

Jadi jangan cepat tertipu! Jangan rendahkan intelektual anda...

Wake UP! said...

Aku rasa kalau Malaysia ditimpa bala macam Kota Sodom, negara kaum Nabi Luth tu adalah sebab jika rakyat Malaysia angkat peliwat jadi Perdana Menteri.

Other questions

Hanz_Azdi said...

Aku sokong Pak Harimau dalam hal bangkang 1 lagi lesen judi diberi oleh kerajaan umat Islam kita. Apatah lagi ia dicadangkan & disokong (dibiarkan) oleh pemimpin kerajaan yg beragama Islam. Ah! malunya.

Biar kita menentang kerajaan dalam hal ni daripada menentang Allah.

Pak Long said...

Kira Pak Long sekali... hadoii... lenguh mulut la camni...

Harimau-Menaip said...

Salam.

ISAC,

Saya tak tengok ia dari segi politik tapi dari sudut Islam.

Semua judi kita tentang tapi ini yang terbaru dan depan mata saya (dalam TV) Awang Adek mengusulkannya di Dewan Negara.

Tup-tup dah lulus. Gila punya kerja.

Isa said...

Gua sokong...

Anonymous said...

wa ..alim alim belaka pengomen pengomen, nih..kalau tahu haram jangan lah berjudi,tapi kalau di beri wang hasil kena nombor ,aku garenti pengomen pengomen ni berebut rebut mintak...

Anonymous said...

kat penang macam mana ?selangor macam mana? tak nak berdemo ke?org pas kan sahabat baik DAP ngapa tak suruh itu cina gua eng tutup kedai toto,4 d,kedai arak,mana pendirian ulamak pas yang tersohor tu?tak haram ke berkerjasama dgn guang eng,khalid brahim?apa sebenar nye pendirian pas sekarang nih...nak jadi menteri ke ,maka sokong dap tuh..aku rasa kalau org pas jadi menteri ..lagi kecoh malaysia nih...tak da taring..pengecut...

Anonymous said...

huh,

anak babi mano pulak masok sini bagi komen ni tok ghimau?

- parti jahat -