Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

29.12.08

Mohd Saiful Bukhari...lagi.

Senjata ampuh dimainkan lagi. Terkejut apabila Buletin Utama 'menjual' cerita di blog Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan berkenaan Hijrah. Siapa agaknya Saiful ni sehingga lebih penting dan utama dari blog Minda Tajdid milik mantan Mufti Perlis?

Tidak berdosa rasanya sekiranya Harimau memetik sedikit Perutusan Ma'al Hijrah dari Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan:
Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Terdetik di benak, kenapa nama Mohd Saiful Bukhari berkumandang di waktu-waktu yang tertentu? Terutama apabila musim Pilihanraya hampir tiba? Apa hebatnya Perutusan Ma'al Hijrah Mohd Saiful?

Mungkin ia adalah Karya Agung buat TV3. Maaf. Ia tidak buat Harimau.

Mungkinkah TV3 hanya mahu menunjukkan bahawa Mohd Saiful sudah pandai menulis "Allah S.W.T." dan tidak lagi "Allah S.A.W."?

Wallahualam.

Harimau : berhijrah dari belakang ke hadapan (jangan ingat benda lain!)

6 comments:

Tai said...

ha, pandai pulak dia buat perutusan no encik?

ISA said...

Strategi lapuk... Sepatutnya mamat ni yang dapat Tokoh Maal Hijrah 1429.

Amer Yusof said...

en harimau yang kuat,

kalau kita baca entri dia, kita boleh analisa macam mana pemikirannya. saya rasa ramai yg sudah menilai.

p/S: dia dah pergi haji ke?

Pok Nik Klate said...

Ambil iktibar Singapura di langgar todak. Idea budak kadang2 bernas. Idea bekas mufti perlis memang bernas tapi kadang2 tak mengancam. Perutusan saiful..jika baik jadikan iktibar. Salah ke?

QasehNuryz said...

bro rimau,dia punya blog dia punye suka lar.TV3 masuk dia punya crita sbb dia ada kene mngena ngn DSAi.semua org tggu2 nxt crita.normal la tuh

dah very de crystal clear thn baru nk jatuh tgh2 time nk pilihanraya..apa lak masalahnya kalo mamat tu nk buat perutusan ke apa ke..
itu pun nk jadi isu ke.

Harimau-Menaip said...

Tuan-Puan yang saya hormati,

Bukan saya memperlekehkan Mohd Saiful Bukhari tetapi agak kurang berpuas-hati kerana B.Utama memetik perutusan blog beliau.(bukan cemburu).

Ini kerana, persepsi dari khalayak yang menafsirnya sebagai "mainan politik". Siapa dia ya?

Maaf. Berlainan pendapat adalah suatu rahmat.