Bismillahirrahmanirrahim.
Terharu bila Harimau menonton Buletin Utama malam tadi yang mana Perdana Menteri Malaysia memberi respon positif terhadap gerakan memerangi blog-blog yang menghina Agama Islam. Terima kasih Pak Lah.
Harimau masih menunggu respon dari Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.
Pak Nuar, mulut Tuan terkunci kah? Atau Tuan terlalu sibuk? Ingat, kita bukan sahaja perlu menjadi 'JUARA' dikacamata rakyat, tetapi tanggungjawab kita kepada Agama Islam perlu kita utamakan. Harimau percaya, kalau Tuan menegur, gejala sebegini akan kurang. Kalau tidak kurang, maka fahamilah bahawa itu adalah mesej jelas bahawa Tuan tidak lagi mempunyai kelayakan memerintah Malaysia.
Hari ini, biarlah isu 'memperlekehkan' agama Islam ini berakhir. Hormatilah agama Islam. Malaysia negara Islam. Bacullah Harimau jika hanya berdiam-diri ketika melihat maruah Agama Islam dirobek rakus.
Saudara-saudara di Palestin bergadai nyawa berjuang, Saudara-saudara di Iraq berkorban harta benda, Saudara-saudara di Iran cuma menanti masa....kita di Malaysia, takkan tiada kekuatan langsung?
Sempena Tahun Baru Hijrah yang akan menjelma dan perkabungan Harimau selaku anak watan Negeri Sembilan Darul Khusus, kita redakan kekalutan, jernihkan kekeruhan, tenangkan gelora; bangkit dan berpegangan tangan selaku Anak Malaysia.
Biarlah sempadan politik di perjuangkan di medannya, namun semangat persaudaraan, persahabatan, setiakawan dan jati diri kita tidak sewenang-wenagnya di perkosa rakus oleh insan yang sengaja mahu menghancurkan. Salam Tahun Baru 1430 Hijrah!
Wallahualam.
Harimau Menaip
Harimau: selepas Tahun Baru, kita sembang-sembang politik pula.
5 comments:
bro macam best je banner tu hik hik hik...
Tok Ghimau,,, agak agak nyo lah,stesyen TV mano yg nak kuar kan komen Nuar Brahim ni ??
Pak Oncu, tak payah kuar TV. Tengok blog dia pun cukup. Takde pun sentuh hal-hal cam ni? Wallahualam.
Pet, ta[i [ening sikitla pasal amik gambar terbalik.
bro
awat..yg "address" yb tu dengan "cerita suka duka org bawah" pi linkkan ke bannernya website...kasi tuko laa link tu sekali....hik hik hik
Salam Harimau.
Semoga tahun baru hijriyah akan menguatkan lagi taqwa kita kepada keESAan ALLAH swt.
Harapan dan doa saya semoga saudara serta keluarga sentiasa berada di bawah naungan ALLAH swt
Salam takzim
Sofi.
Post a Comment