Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

21.4.13

Nasihatku Yang Paling Berat Sebelah

Sabar Tok Husam. Kejayaan cuma sejengkal dari jangkauan. Biarkan mereka bercakap besar. Biar...Biar...kerana ini masa mereka. Biar mereka menikmatinya. Kamu juga akan diberi nikmat itu nanti. Ketika itu, mereka akan diam...sediam-diamnya.

kredit gambar: mohamadazhan dot com
 
Ada yang bertanya, mengapa Tok Husam sebak dan hiba? Jawapan beliau:

"Ramai yang tertanya-tanya mengapa saya menangis hiba semasa Penamaan Calon di Putrajaya semalam..Saya ingin menjelaskan apakah yang benar-benar menyentuh perasaan saya, saya sedih kerana;

Pertama, saya amat hiba dengan sokongan rakyat jelata, terutamanya anak-anak muda, semangat perjuangan mereka, cukup menyentuh hati.

Kedua, saya berasa amat terharu kerana PAS memberikan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di Putrajaya. Ini kerana Putrajaya merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara. Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam.

Ketiganya, saya berasa amat terharu kerana secara tiba-tiba dianugerahkan suatu amanah yang besar untuk menerobos Kota Putrajaya dengan membawa panji PAS."

1 comment:

Anonymous said...

pertama - mmg ramai penyokong pas pd hari tersebut termasuk anak muda dan juga kaum wanita

kedua- dialek percakapan sukar difahami oleh penduduk tempatan dan disyaki didatangkan dari luar putrajaya

ketiga- masuk kampung orang jangan la kacau harta benda orang tersebut...

sekian dr yg x puas hati kerana kami penduduk disekeliling dihalang keluar kerana penyokong `import` telalu ramai..