Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

10.2.09

Sistem Penggiliran: Jawapan Bagi Suatu Persoalan

tambahan: Harimau menerima sms dari seorang teman yang minta Harimau bertanya samada "Benarkah Raja Muda iaitu Raja Nazrin yang bakal menaiki takhta sebenarnya tidak mengikut giliran yang sepatutnya"? Persoalan ini diajukan kepada anak watan / blogawan Negeri Perak yang arif.
Harimau tidak tahu kerana den oghang nogori.

Jawapan yang diterima dari Ayor Lemuju cukup untuk mencetuskan sesuatu. Terima kasih Tuan Ayor. Semoga ia menjadi jawapan buat Tuan yang bertanya.


ayor lemuju said...

Almarhum Tunku Jaafar bukan sepatutnya menaiki takhta, tetapi Yam Tuan Tunku Mukhriz. Orang Nogori semua tahu ini, dan sekarang takhta pulang kepada yang hak.

Masalah perebutan takhta berlaku di banyak negeri beraja dari dulu hingga ke hari ini.

Sistem penggiliran takhta negeri Perak Darul Ridzuan agak unik kerana berpecah 3. Saya sudah lupa asal usulnya dan bagaimana penggiliran itu dibuat dan sama ada ia dilaksanakan seperti yang dipiagamkan - dan saya belum dapat buat research.

Tetapi lebih kurang begini:ranking seniority Sultan dan calon raja adalah mengikut susunan bendera negeri Perak - putih untuk Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja Dihilir.

Asalnya "A" menjadi Sultan, "B" menjadi Raja Muda dan "C" menjadi Raja Dihilir.

Sultan - A
Raja Muda - B
Raja Dihilir - C

Apabila "A" mangkat, "B" naik menjadi Sultan dan "C" naik menjadi Raja Muda. Putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Dihilir.

Sultan - B (selepas kemangkatan A)
Raja Muda - C
Raja Dihilir - Putera A

Begitulah seterusnya.

Tetapi sekiranya "C" juga mangkat sebelum menjadi Sultan, putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "B" pula mengisi kekosongan Raja Dihilir. Putera kepada "C" terpaksa menunggu di ranking bawah lagi (Raja Kecil Besar/Raja Kecil Bongsu or something).

Dari contoh ini ranking sekarang ialah:
Sultan - B
Raja Muda - Putera A (kerana C juga mangkat)
Raja Dihilir - Putera B

Katalah putera kepada "A" juga mangkat, maka putera kepada "B" naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "C" baru dapat naik jadi Raja Dihilir.

Sekarang kedudukannya jadi:

Sultan - B
Raja Muda - Putera B
Raja Dihilir - Putera C

Lebih kurang begitulah.

Kesimpulannya, tiada yang menghairankan, kerana perlu diingat Kesultanan Perak sudah berusia 481 tahun Sultan Azlan Shah adalah Sultan yang ke-34

February 10, 2009 1:32 AM

16 comments:

banjarbp said...

Saya pernah menghadiri satu Kursus Protokol untuk negeri-negeri utara (Perak, P Pinang, Kedah dan Perlis) di Intan, Sg Petani dalam tahun 1989 (kalau tak silap). Kursus ini dihadiri oleh kakitangan Kerajaan berpangkat Pegawai.

Pegawai Protokol dari Negeri Perak semasa memberikan syarahan mengesahkan perkara yang sama seperti di nukilkan.

apisfires said...

poning2.....
bagus informasi ini

kulupSakah said...

tuan,
seorang kerabat diraja mengeshkan perkara ini kepada aku..
jika benar rakyat derhaka pd sultan, maka sultan azlan pula derhaka pd warisan diraja..
agaknya itulah dia dicerca harini

Anonymous said...

tok Rimau...

Lari Topik...Saya berpendapat ...bahawa Sultan Azlan Shah..telah terpaksa tetapi ..jika kita lihat sari sudut yang lain ..dengan berlakunya Kes saman oleh Karpal Sing..secara automatiknya (Mahkamah misti kalahkan saman Karpal) Mahkamah akan memberi kuasa kepada Sultan Untuk Memilih siapa menjadi Kerajaan jika selepas pilihan raya dan tiada pihak yang mejoriti...

Jadi hal ini sebenarnya memberi kesan positive terhadap kuasa Raja Melayu..Tak gitu..kalau tak percaya tanye CHE Eduro ...

Salammm

kulatlapok said...

salam Tok Harimau:

Setahu aku Sultan Perak dari susurgalur kesultanan Melaka. sistem pengiliran Raja di Perak mengikut SISTEM tANGGA. iNFOR dari Ayor Lemuju tu sama seperti mana yg difahamka semasa aku berkursus dulu.

EQUILIBRIUM said...

kulat lapok,

memang sistem tangga tapi tangganya bukan hanya raja muda dan raja dihilir. tak salah teman raja kecil bongsu pun ada.

cuma mungkin jadi isu di sini tak sampai setahun Sultan azlan naik raja Nazrin jadi raja muda. ke mana kah perginya anak sultan derih dan yg senior lain. kalau mereka semua telah meninggal semasa raja nazrin naik raja muda isu ini takde apa lah. memang raja nazrin layak duduk di kerusi itu.

Anonymous said...

Saudara-saudara...

"...sistem penggiliran takhta Perak diwujudkan sekitar 300 tahun lalu untuk memuaskan semua kerabat diraja terdekat. Sebelum itu, sistemnya sama seperti di negeri-negeri Melayu lain..."

Dan patut juga diketahui..

"Sultan Alauddin inilah yang dikenali sejarah bumi Serambi Mekah sebagai raja yang sangat memberatkan Syariat dan Sunnah Nabi... Baginda menyuruh semua pembesar dan hulubalang memakai jubah dan menyimpan janggut. Malangnya, ada juga pihak tak senang lalu baginda dibunuh di Banda Aceh 1585, mengikut satu cerita, oleh seorang panglimanya! Yang menarik, ini berlaku ketika baginda sedang bersiap-sedia memimpin sebuah angkatan perang menyerang Portugis di Melaka… Kenapa ini berlaku? Apakah ada tangan cemar Barat terlibat sama membantutkan rancangan Aceh menyerang Portugis?"

Sila baca di blog saya (petikan artikel asal) atau kajian terperinci oleh Radzi Sapiee

EQUILIBRIUM said...

ayor lemuju,

terima kasih atas link tersebut. teman memang minat sejarah. mcm ada kaitan juga dgn sejarah kedah siam.

kalau minat boleh melawat

sejarahnagarakedah.blogpot.com

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau Menaip,

Kisah ini mengimbas dengan jelas sesuatu yang Mak Cik nak share dengan kamu walaupun ianya agak bersifat peribadi. Kalau baik, jadikanlah teladan. Kalau menghabiskan masa emas kamu sahaja membacanya, maafkanlah Mak Cik.

Seperti yang kamu tahu, Mak Cik ni anak angkat Cina sejak lahir. Arwah Mak angkat Mak Cik ada 5 anak. 3 lelaki 2 perempuan semua tua dari Mak Cik. Malah anak dia yang bongsu pun tua 21 tahun dari Mak Cik.

Bila Arwah Mak telah tua dan mula sakit sakit, anak anak kandung dia mula 'menggelak' tak mahu jaga dia walaupun masa orang tua tu tegap berebut-rebut ambil dia jaga anak anak mereka atau tunggu rumah mereka bila mereka ke luar negara.

Jadi Mak Ciklah yang jaga dia. Itu Mak Cik tak kisah, sebab Mak Cik ikhlas jaga dia,LillahiTaAllah, orang tua kesian, lagi pun dialah yang bela Mak Cik sejak lahir.

Tapi yang sedihnya, Mak mereka sendiri yang hendak sangat duduk dengan mereka. Bising tanya mereka, kenapa selalu tak datang jengok dia dsb.

Bila Arwah Mak sakit terbaring,lagi mereka tak mahu jaga. Apatah lagi walaupun beli sehelai Adult Diapers. Takut betul mereka nak berbelanja untuk Mak sendiri.

Arwah Mak sering kata dia mahu mati di rumah anaknya (anak kandungnya). Dia mahu menghabiskan sia sia usia yang ada dengan mereka. Tapi mereka semua bagi macam macam alasan. Akhirnya arwah mak menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan Mak Cik seorang dan di rumah Mak Cik.

DiTakdirkan Allah swt yang maha pemberi rezeki, tiba tiba datang satu berita bahawa dengan tak disangka Arwah Mak ini rupanya ada Harta ibu bapanya yang telah lama Lawyer buruk cari waris tapi tak jumpa dan barulah dapat tahu dia dah meninggal dunia!!

Jeng jeng jeng....MAKA berkokoklah keempat kempat anak kandungnya (seorang telah meninggal) bahawa Mak Cik ini anak angkat, tak layak dapat satu sen pun duit emak dia orang.

Mereka kata ANAK Cha Ya Nun Alif haram dapat harta pusaka sebab bukan keturunan mereka yang sah.

Eh! Siapa yang nak harta mak dia orang? Tup tup tiba tiba keluar dan timbul pula hal keturunan dan susur galur keluarga mereka, walhal masa jaga mak dia orang terlentang dulu tak pula dia orang kata Mak Cik tak patut jaga sebab bukan anak kandung Mak mereka. Merekalah yang patut jaga.

Inilah hidup wahai anakku. Manusia ini sentiasa sahaja mencari sesuatu untuk menjustifikasikan sesuai dengan apa yang mereka mahu berpihak kepada mereka.

Kalau selama ini tak siapa endah pun Siapa sebenarnya berhak jadi Sultan Perak atau Raja Muda, kini semua timbul. Pada hal ini urusan kerabat dirajalah.

Ingat tak kamu, Mak Cik doakan untuk hari lahir kamu ke 31 agar kamu diberi Allah swt limpahan rezeki yang melimpah ruah sehingga kamu sendiri pun tak tahu dari mana?? Ya, doa Mak Cik ikhlas dan semoga termakbul. Sebab lihatlah kes ini. Arwah Mak angkat Mak Cik, walau telah dalam tanah, tapi rezekinya masih datang buat waris yang berhak.

WaAllahuAlam.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Tok Ghimau,

Nak tanya sikit, maklumlah saya nie Melayu...bak kata mantan PM kita: Melayu mudah lupa, sape yer gamak nye yg telah menidakkan keDaulatan Raja-Raja Melayu? Lagi cantek kalu hulubalang-hulubalang UMNO yg jawab...kot2 die org sedor lepas dengor saranan "Melayu mudah lupa" mantan Presiden UMNO.

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Buat Ibu dan anonymous,

Pesanan dan pengalaman Ibu itu amat berharga buat saya. Ia tidak ternilai. Mungkin, harta memang penting dan terkadang disalahguna untuk membeli tiket ke neraka?

Wallahualam Ibu.

Anonymous said...

salam semua,
memang dahulu sultan telah melanggar adat perwarisan negeri dengan melantik dua puteranya menjadi raja bergelar.
mungkin ini bahananya dari kejadian tersebut. wallahualam.

Anonymous said...

sultan itu tengok duit aje...

fital said...

Susur galur kesultan Perak dari kesultanan Melaka. Tapi sayang Melaka tak de raja.

Anonymous said...

Tok Rimau...boleh cakap London tak...

Ni webpage pasal susungalur raja raja dalam Donia...

http://www.royalark.net/Malaysia/perak15.htm

Kat dalam ni ade cerita tentang Anak beranak raja-raja Melayu Perak dan aku confius gak camana Raja Nazrin Boleh jadi raja Muda????

Wassaalmmmmm

Unknown said...

Salam...Menarik jugak penceritaan salasiah...juadah diwaktu pagi.

http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/