Sehingga minggu lepas, Harimau cukup mengagumi Anwar Ibrahim. Namun setelah bermuhasabah diri, Harimau tidak sanggup berketuakan apatahlagi berPerdana Menterikan seorang pemimpin yang "lemah tenaga batin' dalam berpolitik.
Berikut adalah kelemahan Anwar Ibrahim yang paling ketara:
- terperangkap (jika ia tuduhan palsu) dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali.
- tidak dapat menewaskan pemimpin UMNO paling gagal iaitu Pak Lah di PRU yang lalu.
- tidak mampu menafikan (secara meyakinkan) dakwaan UMNO bahawa beliau adalah pengkhianat negara.
- membiarkan pemimpin Cina,India dan blogger bukan Islam membuat keputusan dan akur dengan desakan mereka.
- tidak mampu mengekang ahli ParlimenPKR yang semakin berkurangan di Parlimen.
- tidak bijak memilih calon bagi Pilihanraya yang lalu.
- tidak mampu menentang kaedah pimpinan Perdana Menteri mutakhir.
- tidak mampu menamakan pengganti beliau yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang (seandainya beliau "gugur" dan disemadikan).
- membiarkan bukan Islam menjadi kuasa yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Jika kita perhatikan, Cina-cina Pakatan Rakyat lebih menduduki kerusi-kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat manakala Melayu Islam cuma menjadi blogger, Setiausaha dan jurucakap bawahan. Jika ada pangkat pun, mereka tiada kuasa untuk membuat keputusan; jauh lagi untuk bersuara membela diri (rujuk kes pemecatan Zul Nordin).
Adapun Melayu yang menjadi orang kanan Anwar telah pun menuduh Anwar meliwatnya.
Pakatan Rakyat perlu bersyukur kerana mereka ada PAS yang mengaku bahawa perjuangan mereka adalah berlandaskan Islam.
Tetapi, yang penting bukanlah kuantiti Pemimpin PAS yang duduk di kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat tetapi SIAPA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN dalam Pakatan Rakyat.
Lim Kit Siang menulis seolah-olah BENAR Anwar adalah peliwat. Daripada siapa agaknya Ah Siang mendapat maklumat? Adakah dari Karpal singh? Segalanya mungkin kerana Karpal Singh lebih tahu dari kita semua malah lebih tahu dari Wan Azizah sendiri. Bukankah Karpal Singh juga terlibat bagi pengendalian kes liwat Anwar yang mutakhir? Bukankah Anwar akan memberi segala fakta-fakta yang BENAR kepada peguam-peguam beliau?
“If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!” said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. { blog Ah Siang}
Bagaimana kenyataan sebegitu rupa boleh dikeluarkan jika Ah Siang yakin Anwar tidak bersalah? Jika Anwar dipenjarakan, siapa calon Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat?
Siapa nak jawab ni? Banyak soalan dah ni!
Akhir qalam, pada 1998, Anwar dipecat Mahathir tanpa diberi ruang membela diri. Kita marah dan kita tidak suka.
Kenapa Anwar sanggup berbuat perkara yang sama kepada Zul Nordin?
Jika kalian kata Tun Mahathir bangsat kerana bersikap diktator, maka Anwar adalah 10 kali bangsat kerana lebih kejam terhadap Zul Nordin.
Nasib baik Zul Nordin tidak dituduh meliwat!