Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

6.1.10

Anjing Politik : Suatu Definasi

Jika gelaran "Anjing Politik" itu telah mengelirukan dan membuat teman-teman marah, maka percayalah ia tidak semestinya dituju kepada kalian.

Bagi penulis blog ini, "Anjing Politik" adalah mereka-mereka yang mengeluarkan sesuatu pendapat diatas kepentingan politik SEMATA-MATA dan tidak berlandaskan perasaan kasih dan sayang pada Agama Islam yang suci.

Jika kebijaksanaan kalian tidak sependapat dengan Harimau dalam isu Herald Tribune, itu terpulang namun JANGANLAH ia berlandaskan atas kepentingan politik SEMATA-MATA.

Orang yang berpolitik tak kena masa apatahlagi "menggadai" maruah Agama Islam dengan nawaitu yang serong adalah layak digelar "Anjing Politik".

Mengapa nama binatang "Anjing" yang dipilih? Kerana ia adalah binatang yang patuh pada Tuannya (terkadang patuh yang membuta-tuli) dan menyalak sesuka hati.

Akhir qalam, tiada isu meminta maaf di sini. Dan, terima kasih kepada blogawan ISA kerana tidak mempromosikan blog miskin ini dalam komentar beliau tentang gelaran "Anjing Politik".

Di saat ini, kita tiada ruang atau masa untuk berkelahi sesama Islam.

8 comments:

Frodo Baggins said...

owh .. saudara ISA tu agak pedas tulisannya ... wa dah lama follow ...

kulatlapok said...

alam Bro:

Dua-dua isunya menarik. Terima kasih Harimau Menaip dan terima kasih juga ISA.

kita semua membincangkan tentang Allah. kedua-duanya mencapai kemenangan demi untuk Tuhan yg Agung. Allahuakbar

Kerajaan Rakyat said...

Salaam ziarah. Salaam silatulrahim.

Kelu lidah, terkedu jari jemari saya. Hebat titipan saudara sejak kebelakangan ini..... Tahniah Tok Harimau blogger 'neutral?'!!!

Salaam Takzim

Anonymous said...

BHAI! wa dah cakap dah lu fakap! lu fakap! la . lu bodoh, tapi cuba nak berlagak pandai, seolah2 lu hebat , apa itu neraka? woi! lu jangan la tunjukkan diri lu bodoh kalau lu bodoh sangat, semua orang tengok lu bhai! , malu dowh! hahaha.... selamat beranjingan!

Anonymous said...

Anjing bermanfaat kepada manusia di dunia. Anjing digunakan untuk tugas-tugas mengawal dan menjejak. Ada juga anjing yang membantu dalam proses terapi.

Nota : Ada juga anjing yang masuk syurga.

Anonymous said...

huh.. ada orang meroyan kat sini..

- parti jahat -

Anonymous said...

Seekor anjing mengawal pemuda-pemuda Al Kahfi. Anjing itu terus setia mengawal tanpa menyedari pemuda-pemuda itu ditidurkan oleh Allah untuk satu tempoh masa yang panjang. Apabila pemuda-pemuda itu bangun dari tidur, mereka mendapati anjing mereka telah mati. Mereka tidak pasti berapa lama mereka telah tertidur. Namun mereka yakin mereka telah tertidur untuk suatu tempoh yang lama.

Harimau-Menaip said...

Terima kasih kerana komentar yang membina.