Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

10.1.10

Islam Tidak Ganas

Nota kepala: Kita belum tahu siapa dalang di sebalik pembakaran gereja dan usah mudah menuding jari kepada Muslimin dan Muslimat. Tunggu siasatan polis. Dan, Islam tidak pernah menganjurkan keganasan. Maka, hentikanlah keganasan-keganasan ala manusia purba.

________________________________________________

Dalam masalah pelampauan yang ganas di kalangan umat Islam, kebanyakannya berlaku dengan berlatarbelakangkan kemunduran ekonomi dan ketiadaan kebebasan politik serta keadilan yang berpanjangan bagi rakyat. Penguasa yang berorientasi sekular yang memerintah negara-negara umat Islam dipersalahkan atas keadaan sedemikian kerana mengamalkan korupsi dan telah menghampakan orang ramai. Rakyat negara-negara ini kemudiannya berpaling kepada Islam untuk mencari huraian bagi masalah kehidupan mereka. Dalam proses pencarian itu, sebahagian mereka terjerumus ke kancah pelampauan yang ganas disebabkan salah faham terhadap agama dan sebahagian lain pula kerana ditangkap dan didera kerana melibatkan diri dalam aktiviti reformasi atas nama Islam.

{baca lagi di
Faktor-Faktor Penyebab Pelampauan Yang Ganas (Bah. 2)

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

asalamualikum pak belang

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam.

Xenan said...

bro harimau,

Gua tak pelik dgn kejadian camnih bila tgk mcm mana surat khabar provoke hari2.Gua percaya tukang bakar sampai saat ini still percaya die buat keje yg benar dan menegak kan islam.

Gua blame sistem education, mentaliti dan persekitaran yg diterapkan pada kita utk mementingkan sentimen dr ilmu.

Namun wa nampak ada hikmah di sebalik kejadian ini.Maybe allah takdirkan kejadian ini utk membolehkan rakyat malaysia menilai kembali situasi sebenar.

Mungkin dgn cara ini, cita2 islamik state akan mendapat sokongan seluruh rakyat malaysia rentas bangsa n agama.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Apa khabar??

Memang Islam tidak ganas, tetapi digembar gemburkan sebegitu.

Bila umat Islam dibunuh, diserang..sikit saja dapat liputan media Barat..sekejap lepas tu 'dilupakan' tapi di sini baru terbakar sikit Gereja dan dibaling batu, heboh satu dunia!!

Dah 52 tahun bebas beribadat, berhala/kuil/gereja tumbuh macam cendawan lepas hujan di sana sini satu Malaysia yang halal dan haram, baru sekarang heboh pulak kita ni Ganas. Kalau kita orang Islam Ganas, dah lama semua m _ _ _ _ S. KIta pun tak tahu SIAPA punya angkara disebalik ini semua....janganlah seolah-olahnya ini angkara umat Islam sahaja.

Siapa yang mulakan ini semua??

seBokSebOK said...

aper sebenarnya y cuba diketngahkan? na cari telagah dengan islam pulak ker?

Bah Lontok said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!