Ramai yang mengatakan UMNO adalah dalang kepada keputusan Mahkamah dalam membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald Laknatullah. Ada juga yang menagatakan Khalid samad dan Anwar Ibrahim menjadi petualang. Bagi Harimau, siapa saja yang menjadi dalang, dia memang celaka.
Harimau memilih untuk tidak menulis terlalu banyak kerana terlalu beremosi dengan isu ini. Dan, Harimau cuma menyalin penulisan Kamaruzaman Kamdias yang bertajuk 1 ALLAH UNTUK SEMUA AGAMA.
Keputusan yang dibuat oleh hakim bukan Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan akhbar gereja Katholik hampir benar mencabar minda dan iman seluruh penganut agama Islam di negara ini.
Barang siapa di kalangan umat Islam yang tidak berasa apa-apa dalam situasi ini sudah tentu ada mengalami masalah diri dan tuhan yang kronik. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu mencegah dengan tangan maka mencegah di dalam hati pun sudah dikira masih mempunyai keimanan yang sahih kepada Allah.
INI bukan soal politik atau kuasa. Ini bukan soal tanggungjawab kerajaan dan bukan juga soal tanggungjawab Majlis Raja-raja. Ini bukan soal Islam sudah dilindungi oleh perlembagaan negara dan bukan juga Islam itu menjadi agama rasmi negara. Bukan soal penubuhan negara Islam atau hukum hudud.
Persoalannya adalah jauh lebih besar dan lebih penting dari segala yang terpenting yang wujud pada ketika ini. Ini persoalan paling darurat yang perlu difikirkan. Soal apa akan jadi dengan kesahihan akidah umat Islam di masa kini dan lebih-lebih lagi di masa akan datang. Cuba bayangkan ketika anak kita membelek-belek buku di toko dan terjumpa ayat berbunyi “Allah itu rohul qudus dan Isa itu anak Allah yang dilahirkan melalui rahim Mariam”. Siapa yang akan mengawal semua penerbitan ini? KDN? Mampu ke? Bagaimana mahu mengawal kitab-kitab, risalah, nota pendek, bunting atau banner yang mana selepas ini mereka boleh saja menggunakan kalimah Allah kerana mahkamah sudah membenarkannya?
Nampaknya nyawa Islam sudah terletak di hujung lidah para hakim. Hakim bukan Islam juga sudah mempunyai kata pemutus tentang hak-hak dan kedudukan agama Islam di negara ini!! Sudah jelas lagi bersuluh penganut agama Kristian sedang menjayakan cucukan paling halus ke atas umat Islam dan senjata ini sudah berjaya mereka perjuangkan di mahkamah tinggi di dalam sebuah negara yang mana agama Islam dilindungi oleh perlembagaannya.
Dalam banyak-banyak nama kenapa mereka begitu tergila-gila mahu berkongsi nama Allah saja dan tidak nama lain? Apakah mereka ini sudah begitu sempit pemikiran sehingga nama tuhan yang amat penting bagi satu-satu agama tidak mereka jumpai selain dari nama Allah? Maksud Allah bagi umat Islam sangat berbeza sekali dengan maksud Allah bagi mereka. Allah bagi mereka boleh beranak dan diperanakkan. Allah bagi kita tunggal dan tidak beranak mahu pun diperanakkan. Mana mungkin mereka boleh secara sembarangan ingin mengguna perkataan Allah. Ini bukan masalah antara Toyota harrier dan Toyota Lexus. Bentuk dan kuasanya tidak berbeza walau pun namanya berbeza. Untuk mengguna jenama sembarangan pun hari ini sudah tidak boleh dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Jika tidak ada pertindihan nama barulah pihak berkuasa akan meluluskan jenama sesuatu produk. Jika nama produk telah dipatenkan maka tiada siapa yang boleh menggunakannya tanpa kebenaran. Peraturan ini diamalkan di seluruh dunia..
Kenapa soal agama dan nama tuhan , iaitu sesuatu perkara pokok yang paling penting bagi setiap agama mereka tidak faham dan tidak maklum? Apakah sudah bangkrap nama mereka –mereka ini? Berbillion-billion nama manusia dapat dicari di dunia ini. Kenapa nama tuhan pun mereka tidak jumpai sehingga terpaksa menumpang nama tuhan penganut Islam. Sah..memang mereka punyai agenda.
Dan hari ini kita umat Islam sudah mundur selangkah ke belakang disebabkan kejayaan mereka mengasak kita dengan hanya menggunakan sebuah mahkamah!!! Bukan mahkamah di Holland tapi di Malaysia tanah melayu. Mahkamah lebih agong dari Agong, dari Parlimen dan dari kuasa eksekutif !!!
Kenapa semua musibah terhadap agama sudah boleh berlaku dengan mudah di depan mata hari ini? ‘Salam padan muka’ kepada para pemimpin Islam dan mereka yang mempertuhankan politik, politik dan politik melebihi dari segala-gala kepentingan lain…. Kita nak dengar siapa di kalangan mereka ini yang menyokong penggunaan nama Allah ke dalam agama triniti..Kita mahu tunggu apa fatwa terbaru mereka…
KITA MAHU DENGAR BAGAIMANA MEREKA MAHU BERQIAS DENGAN ALLAH DALAM MENAMBAH SULITKAN ISLAM DAN PARA PENGANUTNYA…DEMI SEBUAH KUASA!!!
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
12 comments:
Salam Tok Ghimau!
Mereka mahu menggunakan nama Allah untuk menyesatkan umat Melayu Islam di negara kita ni sebenarnya! Itu aje....tapi ada gak sesetengah melayu yang masih tak sedar diri lagi ni!
Hanya Tuhan saja yang layak menghukum mereka.
Bacalah bismillah dan berdoa-lah sambil bersujud:
ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.
selagi kite memilih demokrasi berparlimen...selagi kite berada dalam perlembagaan yang di dradt ole lord reid..selagi itulah kite akan dipermainkan....
kenapa tak guna saja mahkamah syariah???
kenapa tak wartakan hukum hudud?
mahkamah syariah hanya jadi tempat org nak menikah,bercerai saja dah
SLM BRO RIMAU..TAK HAIRAN SATU HARI NANTI BILE ADE DAILOG ANTARA AGAMA SEMESTINYA KALIMAH ALLAH AKAN DISEBUT2 SECARA TAK LANGSUNG. MASA TU NAK PECAYA KAT TUHAN YG MANA SATU??...AUMMMM
Assalamu Ala man Ittaba' al-huda
saya setuju alasan di bawah ini:
Persoalannya adalah jauh lebih besar dan lebih penting dari segala yang terpenting yang wujud pada ketika ini. Ini persoalan paling darurat yang perlu difikirkan. Soal apa akan jadi dengan kesahihan akidah umat Islam di masa kini dan lebih-lebih lagi di masa akan datang. Cuba bayangkan ketika anak kita membelek-belek buku di toko dan terjumpa ayat berbunyi “Allah itu rohul qudus dan Isa itu anak Allah yang dilahirkan melalui rahim Mariam”. Siapa yang akan mengawal semua penerbitan ini? KDN? Mampu ke? Bagaimana mahu mengawal kitab-kitab, risalah, nota pendek, bunting atau banner yang mana selepas ini mereka boleh saja menggunakan kalimah Allah kerana mahkamah sudah membenarkannya?
Sila singgah ke laman:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
Salam.
Tuan harimau knp kita org melayu cepat melatah. Pemerintah kita adalah melayu berugama islam. Raja2melayu adalah ketua agama bg setiap negeri.Mereka dikelilingi oleh mufti2 yg bertauliah sbg penasihat. Sepatutnya merekalah yg terkedepan dlm hal ini dari kita rakyat biasa yg tiada kuasa penggubah.
Di Perak, keputusan mahkamah rayuan terus diterima pakai selang sehari dari mahkamah tinggi. Dan hakim yg mendengar rayuan cuma seorg. Agak hairan knp perkara berat spt ini pemimpin umno yg berkuasa tidak bertindak pantas spt di Perak.
Tuan harimau, bila ketua hakim negara meletakkan seorg hakim non muslim dlm kes ini sudah cukup menjelikkan(spt ada agenda lain tersirat). Sudah daruratkah hingga tiada hakim muslim di negara ini utk mengendalikan kes yg boleh berlaku konflik nnt?
Nasihat saya pd anda semua, biarlah jemaah yg bijak pandai mengendalikan perkara ini dgn sebijak yg boleh. Di negara ini ada beratus badan2 agama islam. Masa inilah mrk patut bekerja bkn makan gaji buta. Kita semua ni lebih emosi dr rasional.
p/s : Pada asasnya lafaz kalimah syahadah. `TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH. SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH'. Lafaz ini yg membezakan Islam dgn org kristian. Tolonglah jgn keliru lagi.
bye-bye umno
"Katakanlah kamu ....untukmu urusan agamumu, & untukku (kita) a\urusan agamaku (kita)" ... Marilah, bersam-sama, kuat jati diri & mantapkan ilmu Islam & iman masing-2 drp cabaran & dugaan ni.
Allah tu milik semua kita...manusia.
Salah kita umat Islam kerana selama ni tak mendaulat Dia. Sibuk urusan lain selain urusan agamaNya, padan muka semua kita. jangan salahkan dakyah orang lain, semata. Carilah salah sendiri. Kita masing-2. Sekeluarga. Saudara.
1Allah for 1Malaysia? ho ho ho
Assalamaualaikum anakku,
Sokong saranan kamu.
Hanya Melayu bacul yang sanggup berpeluk tubuh memerhati sahaja sambil masih mahu bercakaran antara satu sama lain sementara kesucian Agama dicerobohi Penganut agama lain.
Melayu yang mati hati dan semangat KeIslaman. Jasmani sahaja sihat tetapi Rohani Tenat.
Waliyazubillah...
Sama-samalah kita berdoa agar penyelesaian terus dan noktah pada isu ini buat selamanya. Diberitakan isu ini akan di bawa ke Raja raja dan Agung. WaAllahuAlam.
Salam, Dr Harun Din kata, Muslim yg menyokong keputusan ini boleh mbawa kufur...ini bukan fatwa aku tp kata Harun Din. So, semua pihak kena bhati2!
salam Bro Rimau:
Aku tertarik dengan Komen HOUSE PK;
Kalu kita gi jalan2 kat bukit bintang, dalam disko2 kat kolompo tu, yg terlonjak2 gayanya nampak macamlah kera memnag itulah MELAYU yg masih lagi tidak sedarkan diri, Wallahualam.
SALAM BRO, MEGARO KITO NEGARO ISLAM ADO PERUNDANGAN ISLAM NGAPO KITO TAK MENAFAATKAN, EDEN RASO HANYA PERUNDANGAN ISLAM SAHAJO BULIH MEMUTUSKAN PASAL KALIMAH ALLAH NI, KAN ISLAM TU ADIL. POIE MERAYU GUNA MAHKAMAH SIVIL TU BUEK APO. CADANGAN EDEN PANGGIL SEMUA KEPALO SOBOLAH SINUN BAWAK BERBINCANG APO DALIL KERPERLUAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLA DALAM AGAMA MEREKA, KITO ORANG ISLAM DIWAKILI DENGAN KETUA AGAMA DAN PARA MUFTI 1 MALAYSIA, INSYAALLAH KEKALUTAN BOLIH DIATASI...DENGAN SEBAIKNYA.
ANONY..10:40 AM ko punyo otak memnag buleh pakai. aku sokong bonar apa yg ko cakapkan tu tapi sayang ko ni tak ada namonya.dAN YG LAIN LAIN SUMENYA TU... Biasonya yg pakai ANONY..NI KALAU kat sepital masa nak ambil darah HIV, kala malu sepital taruk SAMPLE DARAH ANONYMOUS...!!
Post a Comment