Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

24.1.10

Aduka Teruna: Simpati


gambar disalin dari : GAP


Harimau menerima SMS yang bertanya "Kau tak kesian ke pada AT bro?"

Harimau akui, Harimau tidak pernah mengenali Aduka Teruna namun bersimpati dengan keterlanjuran yang telah beliau lakukan. Keterlanjuran...itu amat biasa bagi kita yang bernama manusia.

Oleh itu, Harimau mencadangkan agar permohonan maaf itu wajar lebih bersifat peribadi dengan memohon kemaafan dari Sultan Johor sendiri. Maaf di blog tidak cukup bagi kesalahan dan keterlanjuran sebesar itu. Ini perihal adab orang Islam dan Raja Melayu. Khuatir jika perkara ini diambil terlalu ringan, ramai pula yang akan mengikut jejak.

Usahlah digunakan ISA untuk menakutkan Aduka Teruna. Berilah masa buat beliau memperbetulkan salah dan silapnya. Masa...itu yang beliau perlukan.

Dan, hal ini jika diamati betul-betul, tiada kaitan dengan politik atau parti politik yang dianutnya. Usahlah kita membelenggu diri dengan perkara politik semata-mata. Sudah terlalu lama benar politik "membutakan" mata hati kita semua.

Akhir qalam, semoga kita semua dihindarkan dari keterlanjuran-keterlanjuran yang memudaratkan Agama Islam, Diri Sendiri dan Negara.

Wallahualam.

8 comments:

awang sengkawang said...

Pencaci yg menghina akan membenihkan rasa teruja kpd Dap,Pkr & Pas dlm menuju cita2 mereka menghapuskan institusi raja.

Apakah dgn sekelumit maaf itu memadai utk mengkaburkan penglihatan kita terhadap hasrat mereka?

Apakah bentuk jaminannya buat hati yg terluka ini tak akan berdarah kembali?

Jika inilah terakhirnya iktibar..biarlah melayu sekali lagi menahan sabar lantaran dicabar..!

ISA said...

Salam Bro,

Gua pun tak bleh nak kata apa dah... macam lu jugak.. tumpang simpati jelah...

Gua sokong cadangan lu...

Anak dan isteri sihat ke..?

Jumayatara said...

Budak yahudi ni patut diajar etika menulis blog......padan muka nko berbuih mulut aku bebel budak yahudi ni...tapi dia tetap dengan ego bodohnya.....ini akibat tidak menhormati ulamak...kat dunia dapat cash.

Anonymous said...

kalau dah banyak kali buat giler camtu bukan lagi kertelanjuran bro..

Anonymous said...

Buat Awang Sengkawang & Jumayatara....marah betul lu berdua kat blogger AT yaa...masa UMNO T'ganu (penyokong bekas MB Derih Jusoh) buat demo bantah perlantikan MB pilihan IStana T'ganu dengan kain rentang "Kami Nak Idris, Natang"(Kami nak Idris, binatang)...bukankah perkataan 'binatang' tu ditujukan kepada Istana T'ganu? Sultan T'ganu yang pilih MB sekarang...tapi bila puak UMNO maki-hamun sultan/raja tak pulak lu orang marah sampai tahap ni?? Cuba kalau yang cakap "natang" tu penyokong PR...dan tentu kena tangkap lama dah...lagi satu...Mufti Perak kata konsert Jom Heboh haram...apasal MB BN Zambry buat jugak konsert tu kat pengkalan TLDM Lumut tahun lepas...kenapa tak nak ikut cakap ulamak...betul ke UMNO hormat ulamak??? Sampai bila lu rang nak diperalatkan?? Fikir baik2 bro..sapa yang hina raja/sultan dan hina ulamak...? Baca sejarah balik...

Anonymous said...

wa rasa mamat ni pon gelakkan orang2 yg simpati dgnnya.. sebab yg simpati tu mungkin genetik melayu stupid... hehehe wa pinjam ayat yg biasa digunaknnya... sori ek..

Harimau-Menaip said...

Anonymous 9:44;

Gua dulu simpati dengan prefect sekolah gua, tapi gua terajang dia sampai gua kena buang sekolah.

Lu baca simpati gua betul-betul.

Gua simpati sebab dia terlanjur. Gua pancing dia pi jumpa Sultan Johor. Nanti, tahu la nasib dia.

Stupid jugak ko ni.

Anon 8:59 AM,

Lu terlalu dungu sebab tak perasan bahawa gua terajang semua yang lu cakap tu dalam blog gua. Lu nak memekak, pi tempat lain. Jangan jadi macam Pierre Lim.

gorgon said...

Aduka Teruna bodoh... tiada etika menulis.. kalau tak puas hati pun, ayat biarlah beradab.