Bersempena Tahun Baru Hijrah, Harimau sudah menyiapkan diri untuk berhijrah secara total dan menyeluruh. Di bawah, adalah beberapa perancangan dan pelaksanaan Harimau di tahun 1430 Hijrah:
- Memadamkan semua penulisan lama dan membuka lembaran baru. Terima kasih kepada khalayak pembaca dan Sayap Kanan yang telah memberi komentar, sokongan dan pandangan selama ini. {telah dilaksanakan}
- Buat bisnes sikit yang telah 2 tahun dirancang{pasti sukar di tahun 2009, namun itulah cabarannya}
- Berhenti merokok. {dalam proses, almaklumlah, perokok tegar}
- Bakal menjadi ayah, rezeki yang ditunggu-tunggu. Syukur ke hadratmu Ya Allah.
- Lulus peperiksaan Chargeman BO {exam bulan Mac}
- Lulus Ijazah Pengurusan
- Mempertahankan Agama Islam yang diperlekehkan di blog-blog secara proaktif.
- Menjadi insan yang lebih bagus dan hebat dari tahun 1429 Hijrah.
Semoga khalayak pembaca terus memberikan sokongan dan kritikan yang membina.
Terima kasih di atas persahabatan di alam Maya yang terbina diantara penulis Harimau Menaip dengan blogawan pelbagai parti politik. Tidak kira kamu ahli UMNO, ahli PAS atau ahli PKR; kita bersama-sama bertanggungjawab ke atas landskap politik negara tercinta. Bijaklah dalam mengasingkan persoalan Politik, Agama dan Bangsa kerana ketiga-tiga faktor tersebut saling cukup-mencukupi. Tidak berdiri jika salah satu darinya ketempangan.
Wallahualam.
Harimau : tiada sambutan Tahun Baru Masehi kerana blog ini berkabung di atas kemangkatan Raja Negerinya. Al-Fatihah.
3 comments:
Salam anakku,
InsyaALlah, semoga segala perancangan kamu diperkenankan ALlah swt serta mendapat berkat dan Rahmatnya.
Kita berikhtiar, Allah swt tentukan, cuma satu saja.......
bab nak berhenti kerja dan bekerja sendiri itu hati hatilah. Bukan Mak Cik tak nak galakkan kamu bekerja sendiri. Bagus berniaga sendiri ikut sunnah Baginda saw tetapi biarlah kamu benar benar telah sedia dan faham akan risko riskonya.
Kalau kamu telah sedia dan tahu apa yang akan dihadapi berniaga atau bekerja sendiri, Mak Cik ucapkan Selamat Berjaya dan semoga ianya akan dilimpahi dengan rezeki melimpah yang diberkati Illahi. InsyaAllah. swt.
Waalaikumussalam.
Ibu, terima kasih di atas nasihat Ibu. InsyaAllah, saya akan berhati-hati. Jika gagal, itu adalah pengajaran dan pengalaman buat saya. Mungkin akan membuat saya lebih kuat.
Sebenarnya, dulu pun dah bisnes. Ambik sub. Last-last, kena tipu. Lepas tu, sambung belajar dan kerja makan gaji.
Hati ini memberontak lagi. Saya ingin mencuba sekali lagi tetapi dengan perancangan yang teratur.
Doa-doakanlah ye Ibu.
Ok, semoga usaha encik akan menemui kejayaan.
Post a Comment