Acapkali Harimau begitu tetapi setelah Harimau amati dan perhalusi komentar kalian (dua penulisan sebelum ini) yang bernas (walaupun ada yang macam hampeh), sedikit sebanyak mengubah persepsi Harimau terhadap sesuatu perkara.
Penulisan Penganugerahan Pangkat Laknatullah dan Pemimpin Gagal
Harimau sedar bahawa solat tidak diwujudkan oleh Tuan Punya Dunia untuk dijadikan alasan kita bermalas-malasan. Maka, terima kasih pada komentar yang ini "Furthermore, Zohor can be done during lunch break as it only takes about 5-10mins. And Asar also can be perform after office hour, say at 6pm. " oleh Anti Gravity.
Penulisan Zambry "Gandhi": Pemimpin "Melayu" Terulung
Dan, komentar Ibu Melayu Angkat yang tercinta juga telah menginsafkan Harimau :
"Tak baik main main kan warna kulit hitam seseorang tu.Hitam hitam pun manis ada.Nabi Allah, Adam a.s. pun berkulit hitam.Isterinya, Ibu kita semua Hawa berkulit putih.Apa ada pada warna kulit?"
Blog juga mampu digunakan sebagai wadah dan medium untuk berdakwah. Untuk menjadi pemimpin terulung, kita wajib menjadi pemimpin yang mendengar (listening leader).
Barisan Nasional tidak akan hilang 5 negeri jika mantan PM mendengar dan melakukan sesuatu tindakan terhadap rintihan orang bawahan. Masalah memang timbul jika hanya asyik mendengar nasihat anak, menantu, pak menakan waima bini sendiri.
Bukankah Allah menganugerahkan pancaindera untuk digunakan ke arah kebaikan? Fikirkanlah.
6 comments:
Ekau tak pening ko... kena pusing 180 darjah....
Darjah berapa tu...
Salam anakku,
Betul kata kamu pasal mantan PM tu, tapi nasi dah jadi bubur.
Semuga keadaan tidak menjadi bertambah buruk dan InsyaAllah, jika Allah swt izinkan kita semua bersatu dan bangkit semua sebagai satu bangsa yang kuat, disegani dan dihormati.
Juga Malaysia akan terus cemerlang.
InsyaAllah.
Salam Tok Rimau.
Kelemahan manusia. Seketika sedar dan memberikan nasihat, tetapi ada kalanya kita sendiri ketika lupa juga melakukan perkara yang dinasihatkan.
Pandai pulak ibu melayu angkat tu kata tak baik bila menghina warna kulit dan bangsa. Tapi bila Ngeh Kor Ham baca quran dia juga kata cina makan babi dan tak sunat. Entahlah
ISA, den memang kepeningan.
Ibu, bubur pun sodap kalau pekena sekali-sekali.
Iam Khufu, jangan tengok siapa yang berkata, tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
Tuan Mountdweller, saya memang manusia lemah. Dalam usaha untuk jadi kuat. Hehehe.
Akhirnya model 'fair and lovely' dinobatkan sebagai ratu cantik Perak selepas merayu-rayu...
Post a Comment