Mengusik sanubari Harimau apabila lambakan luahan kasih sayang kepada Ibu masing-masing melalui pelbagai media. Al-maklumlah, Harimau kehilangan kasih emak kandung selama 20 tahun. Setelah berkira-kira sedari malam tadi, maka Harimau juga tidak mahu melepaskan peluang bersama dalam menghargai golongan Ibu seMalaysia.
Harimau hanya mampu berdoa agar bertemu emak Harimau di syurga. Ada juga teman Harimau yang menegur, "amboi...hang ni sentimental jugak kan?".
Harimau jawab " Bai, Botak Chin dan Kalimuthu pun menitis air mata apabila rasa rindu kepada ibu datang menggamit".
Kepada Ibu Melayuangkat, Emak 3 orang Mohd , pengikut-pengikut blog Harimau Menaip dan semua blogawan berstatus Ibu (yang Harimau lupa untuk sebutkan)...
Selamat Hari Ibu!
lagu ini hadiah buat kamu --> http://www.youtube.com/watch?v=vvOIkNskrOU
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

7 comments:
salam Bro:
Walaupun aku masih ada kedua ibu dan bapa namun perasaan ini turut sama berkongsi kesedihan kepada mereka yg kehilangan tempat bergantung dari orang tersayang. Sayu bertembah pilu bila hati lelaki yg dikatakan gagah ini tersebak jua bila melihat anak2 yatim yg menagih kasih sayang ibubapa mereka yang hilang tidak kembali lagi. "Selamat Hari Ibu".
Thanks bro. Kulat.
Bukan ramai yang faham...hehehe..
huhuhuhu....
selamattt...
utk ibu2 sume...
Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.
Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan
Assalamualaikum anakku Harimau yang Menaip,
Terlebih dahulu Terima Kasih atas ucapan Ikhlas Hari Ibu pada Mak Cik. Ya, sungguh istimewa status sebagai Ibu ini. Sungguh mulia hingga Syurga pun di bawah telapak kaki ibu.
Mak Cik dapat rasakan bagaimana rindu kamu pada Arwah Ibu kamu. Namun apakan daya, inilah Takdirnya Illahi. Hanya DIA yang tahu rahsia-rahsianya.
Dan InsyaAllah swt, Doa seorang anak, terutamanya anak lelaki InsyaAllah swt akan dimakbulkanNYA. Jika kamu Doakan KeampunanNYA buat ruh Ibu dan ditempatkan diSyurga Milik Illahi, dengan IzinNYA inilah milik Ibu kamu di alam Barzakh.
Teruskanlah berdoa, jangan putus asa jika terlupa doa lagi. Doa senjata kita. Dan ini jugalah yang ditunggu setiap detik oleh semua Arwah arwah yang telah terdahulu meninggalkan kita.
WaAllahuAlam.
Waalaikumussalam Ibu.
Terima kasih kerana sudi menitipkan nasihat di blog saya ini.
Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk membalas budi Ibu dan semua Ibu-ibu di Malaysia dan di Dunia.
ps: saya amat rindu pada arwah abah dan emak. Rindu sangat. Tak tertahan. Hanya doa mampu saya kirimkan.
oh begitu kisahnya tuan harimau.... tak mengapalah tuan... berdoalah buat ibu tersayang sesungguhnya doa seorang anak yg soleh utk kedua ibubapanya pasti diterima Allah... Semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman dan para solihin...Amin...
Post a Comment