Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

11.5.09

Malu Siot

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. { sini }
Pabila sang haram mengatasi sang halal dengan penuh rasa bongkak,
Pasti mukanya kan tebal bila sekalian alam mengetahui kebenaran.

Pabila sang halal telah mendapatkan haknya,
Pasti itu petanda bahawa dia telah lulus ujian Tuan Punya Dunia.

Memang 3 bulan dilabel "MB Haram" adalah penyiksaan buat sang Halal.
Bukan calang-calang orang boleh hidup dengan peristiwa sebegitu.

Sekalung tahniah buat Ir. Nizar atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Bubarkan DUN adalah petanda yang kamu tidak gila dan tamak kuasa. Buktikan bahawa kamu masih sedar diri. Cuma, adakah duit yang bertimbun itu tujuan untuk menampung kos Pilihanraya?

Bagaimana pula atap orang kampung yang berlubang? Bagaimana pula dengan projek Teransang Kali Kedua? Bagaimana pula dengan peperangan Nasional terhadap krisis ekonomi?

Buat Dr. Zambry, harap bersabar. Tapi kalau Harimau lah jadi kamu...Malu Sioott!

Tertanya di benak, kenapa liputan berkenaan berita yang ini amat minima di Buletin Utama dan RTM berbanding Awani dan Bernama TV? Alaaa...Gua tahu lu orang tahu jawapannya.

Harimau : tamat jugak krisis ni. Ingatkan tak ada sudah.

8 comments:

melayuangkat said...

Kita pun memang harap ininya tamat anakku, Rimas Den..

Salam.

fahmi said...

salam, sudah lama ikuti blog ini.. harap cukuplah smpai sini kemelut ini.. tp konfem ade lagi cerita berbangkit selepas ini..

Anonymous said...

PERHATIAN!

terdapat seorang pekerja penebar roti canai di gerai mamak sekitar ipoh , pekerja ini didapati sangat aneh sekali dengan malu2 kucin dan ala anak dara tersipu2 untuk mengambil order..... beliau dikatakan bekas orang besar perak, kini beliau didapati berkeliaran di sekitar bandaraya ipoh dengan selipar sebelah lain selepas pengumuman menggemparkan petang tadi..... misteriiiiiii

muraisenja said...

Itulah sandiwara dunia namanya... segalanya tak akan kekal lama akhirnya semua apa yg kita miliki di dunia pasti akan musnah kecuali Allah S.W.T. ..... Justeru itu hanya pa Allh sahaja lah kita mengabdikan diri.. perjuangan kita kerana Allah... setiap pekerjaan kita kerana Allah... Persahabatan kita kerana Allah... dan segala-galanya kerana Allah...

mangchikla said...

sape cakap udah tamat yob? Panjang lagi perjalanan, esok deme akan merayu, pastu si Ganesan nak buat undi tak caya... heh memacam lagi.... Wa kafa billahi wakiiila

Unknown said...

Salam Tok Rimau.

Tapi adakah Baginda Sultan akan masuk gesr reverse dan perkenan bubar DUN?

Bagi saya harapan "Ya!" itu tipis "Tidak!" lebih banyak. Tapi Baginda kata baginda tidak pekak!

kulup sakah said...

kene pakai topeng, malu weh!

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,

Depa ni tak akan mengaku kalah Tok Rimau. Depa akan buat rayuan pulak. Dah haram tu haram le. Mula-mula MB Haram. Lepas tu Speaker haram. Tapi depa nak rayu lagi. Kan itu dipanggil haramjadah.

Rakyat Perak bukannya benci dengan cara UBN tapi dah meluat meloya. Depa tak paham-paham ke. Kalau muka dah tampal kulit bab.... tu memang tak rasa malu langsung. Perangai pun lebih kurang sama macam bab... tu jugak.

Hei dei podah....