Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu. { sini }
Perkara-perkara seperti ini, sering kita dengar ketika pemerintahan Tun Mahathir. Pemerintahan ala Firaun (kata orang) yang sering menjatuhkan hukum ke atas ulama-ulama dan pengamal agama Islam yang lantang mengkritik atau tidak menyebelahi pendirian kerajaan; sudah umpama suatu "trademark" bagi pemerintahan Tun.
Alangkah ruginya apabila kaedah yang ketinggalan zaman dan yang memarakkan api neraka ini masih diamalkan dan dikuat-kuasakan. Sudah tentu tiada pihak akan mengaku bertanggungjawab di atas arahan pemecatan tersebut. Itu biasa.
Buruknya tindakan seumpama ini, peminum arak dan ratu cantik Melayu akan tetap nampak halal dalam keharamannya. Dan, zina menjadi santapan kelas pertama buat orang yang ada wang. Kerana apa? Kerana ulama-ulama kerajaan akan "diarahkan" mengunci mulut jika masih mahu melihat aliran gaji masuk ke dalam akaun setiap bulan. Jika tidak, balik kampung tanam jagung lah jawabnya.
Bodohnya pemimpin negara-negara Islam, kerana bacul untuk menegakkan dan melaksanakan hukum-hukum Allah. Baghal nya pemimpin negara-negara Islam, kerana "berkongsi" pendapat bagi membuat FATWA dengan orang-orang bukan Islam.
Bagaimana hukum Islam boleh ditafsir oleh orang-orang yang taik palatnya memenuhi hujung kepala bana?
Ini negara Islam atau apa? Sudah tentu kalian menjawab "Negara Islam".
Tetapi, kenapa kebenaran sering ditutup-tutup? Bukankah Agama yang kita junjung di negara ini adalah agama Allah yang Maha Benar? Agama ini bukannya agama bapak kamu yang boleh diubah ikut selera kuda padi mak tiri sebelah bapak mertua engkau!
Harimau: bukan agama bapak Harimau juga.
22 comments:
Assalamualaikum Tok Rimau!
Mahaguru58 sokong 1000% kata kata tuanhamba ini!
Saya dah baca dah tadi dilaman lain tetapi dok fikir nak gi cari Imam itu dan dapatkan maklumbalas terus dari beliau sebelum saya ambil langkah seterusnya!
Tapi seperti biasa Rimau dah menerkam makanya hamba kena sokong saja hentaman ini!
Sebenarnya saya nampak bahawa masaalah JAKIM mencengkam mimbar ini dah lama dah!
Dah berkali kali saya tulis supaya khatib dibenarkan berkhutbah kembali dan tidak dipaksa MEMBACA TEKS YANG TELAH DISKRIPKAN IKUT SELERA (PINJAM RIMAU PUNYA KATA KATA) kuda padi mak tiri sebelah bapak mertua engkau!
Soalnya apakah kita dok cakap dengan manusia yang mengaku Muslim atau geng sum mum buk mum om yom fahum laa yar ji uun?
salam tuan rimau...
emo nampaknya, namun mesti bersebab kan? dan saya juga nak berkongsi perasaan dimana 'kuasawan-kuasawan' ini terlalu menyalahgunakan kuasanya untuk melakukan sesuatu mengikut serakah mereka sendiri, kesannya rakyat marah dan benci kepada pemimpin begini.
agak-agak ada yang ngaku ke dia yang arahkan?...
Tuan Mahaguru58 dan Putra Merdeka,
Saya emosi kerana sayangkan agama. Tidak sesekali ia terbatas dek apa-apa sempadan.
Kebenaran tidak ber indukkan politik.
Harap tiada lagi kacau-bilau politik dalam agama yang kita sayang.
Wallahualam.
Lupa nak jawab salam. Waalaikumussalam.
Salam alaikum dato arimau..
memang..
sok sok suh dio buek kan mimbar masjid yang berbentuk dacing. Pueh hati kau..memang itu yang dio nak!!
Waalaikumussalam Tuan Ihya.
Tak tahulah. Den neutral tapi bengang jugak kalau agama dilumpurkan dengan kekotoran jiwa orang politik.
Salam Tok Rimau..
Saya sokong Tok...110%
Kita perlu ada sedikit Kebebasan Dalam Mengajar Ilmu Agama..Selagi Guru itu tidak terpesong akidahnya..selagi itu kita belajar denganya..samalah juga dengan Pemimpin. Selagi pemimpin itu tidak berlaku Zalim, maka selagi itu kita mengikutinya.
Tapi yang aku hangin, Kenapa Jakim terburu-buru membuat keputusan tersebut? Kalau aku jadi imam tu aku bawak pegi Jabatan Buruh..kasi saman Jakim..
Aku masih tak faham, kenapa dalam hal-hal Islam. Pemerintah hanya mempromosikan tentang hal ibadah khusus aje macam Solat, puasa, haji dan zakat. Hal-hal lain semua tolak ketepi. Kalau Penceramah sentuh aje hal tersebut mulala kata Depa Pembangkang. Walhal yang itu pun kira ibadah juga..
Wassalammmmm
Salam Pak Ghimau,
saya rasa berdasarkan matlamat khutbah, seharusnya perkara ini tidak berlaku, tetapi jika diambil dari segi bahasa, cara dan konteks penyampaiannya, mungkin harus diambil kira juga.
Analogi mudah, kalau kita kena tegur dengan pekerja kita. Walaupun niat dia baik, tapi bayangkan kalau cara dia tak betul, marah x? Kita ni pun yang menulis blog, terusik juga hati dan perasaan kalau orang serbu tembok tak pakai helmet walaupun niat dia baik.
Untuk saya, kedua-dua ada salah silap. Sudah tentu, buat pihak yang berkenaan, tak patut la buat macam tu. Niat si polan tu baik.
Buat si polan, perlu la juga kaji bahasa dan lenggok penyampaian. Saya selalu solat jumaat di masjid tersebut, dan saya akui, walaupun niat si polan baik, tapi bisa sangat penyampaian nya. Lebih-lebih lagi kalau nak dekat pilihanraya.Doanya pun boleh tahan..
Pernah juga ketikanya pada saat Palastine diserang, siap dalam khutbah kata boleh jadi bom berani mati dibolehkan untuk menghancurkan aset-aset zionis. Apakah dengan mengorbankan nyawa yang tidak berdosa juga boleh? Itu yang buat saya tertanya, sebab saya rasa tak patut..(kut-kut ada sesiapa boleh justifykan yang part bom berani mati tu dibolehkan...tolonglah ye)
Pokok pangkalnya, dua-dua perlu berhikmah.
Sekadar pendapat yang tak seberapa...
~ODS
tuan harimau,
bila hal2 yg perlu dibuat/beri kefahaman mereka buat dek je...spt hal zina, ratu cantik, dedah sana-sini...seolah2 org2 agama menyokong.
tapi bab memberi peringatan atau kata2 yang benar ni.. tindakan dari mereka pantas sekali..
Lagi satu tuan, aku peratikan pegawai2 agama gagal melaksana tugas mereka dgn ikhlas. untuk bagi ceramah dan penerangan agama mereka mintak bayaran. no money no talk, sedangkan dibayar gaji, claim overtime dan duit minyak dibayar kerajaan. Pun masih nak pau duit masjid/surau/penganjur. Kalau mereka menganjurkan, akan diselit duit upah mereka dlm masa yg sama dpt gaji dan klaim.
Di Kampung2 asli lebih menyedihkan. Org2 Asli dah masuk islam, ramai tak tahu amalan islam. oleh krn pegawai agama tak buat keje masuk kg asli ni maka ramai yg kembali asal. bila pendakwah kristian masuk dan berdamping dgn mereka, mereka pun masuk kristian..
Pendakwah agama islam dulu2 memang jauh bezanya dgn pegawai agama kini yg bilangannya lebih ramai, dapat gaji, kemudahan semua lengkap dan canggih...pokok pangkalnya keikhlasan..
den ni mmg iilmu agamo tak tinggi
tapi kalau tak salah den ponah dongar la kito diharuskan mengeji mencerca dan memaki perbuatan yang salah,haram apatah lagi menunggang agama mengikut kehendak nafsu dan perut.so den nak maki :
KEPALA TAIK PALAT BABI CIBAI SIAL PUKEMAK PUNDEK MAK TAK AJAR HARAM JADAH $#%&*$!@)(*PUNYE UMNO BN
makna khatib ialah orang yang memberi khutbah, bukan yang membaca khutbah. mungkin JAKIM boleh meletakkan kelayakan untuk jadi imam hanyalah pandai membaca, untuk membaca teks yang mereka sediakan.
mungkin JAKIM stands for jaki malaysia.
Salam Rimau,
Apo ugama mak bapak diorang eekkk... den kompius giler ni.. sobab den warga negara islam.
dulu hadari sikalang satu malaysia..pagi agama lain,petang agama lain,malam tuka lain..HANCURKAN PROKSI YAHUDI LAKNATULLAH
hiba sedih semua ada. sanggup gadai ugama untuk politik. itulah umno. duk perjuangkan bangsa melayu saja bukan ADDIN. yang complain tu pun satu hal. nyayuk atau giler kot agaknye. biarla dia jadi fasik atau calun neraka. jiwa dia tak akan tenang. suruhlah dia tukar ugama je...! biarlah dia sengsara dulu sebelum mati dan keluarga dia ditimpa musibah berpanjangan selagi dia tidak mengembalikan jawatan KHATIB yang telah dipecat,dia akan menongkat langit dalam sengsara.
Masaalah diMalaysia ni semua orang suka tunjuk pandai dan kuasa.Sama ada orang politik,ulamak dan siapa sahaja.Kejatuhan sebuah negara selalu berpunca dari orang2 ini.Kita selalu nampak salah orang lain.Bila sebut ulamak kita jadi kecut walau pun mereka salah.Penyakit besi adalah karat dan penyakit ulamak adalah ujub.Ujub bererti mereka selalu betul dan tidak akan berbuat silap.
Salam Tok Rimau.
Seruan ke arah kebaikan adalah tuntutan. Tidak timbul cara atau gaya bahasa yang digunakan.
Garis panduan telah ada. "Cegahlah kemungkaran dengan KEKUATAN, DENGAN LIDAH kalau tidak mampu, bantahlah DI DALAM HATI. Tetapi cara/kaedah yang ketiga adalah kaedah orang yang lemah!"
Tugas seorang Imam adalah Menegur dan memperbetulkan dan kaedahnya adalah seperti di atas. Pilihlah cara mana yang mampu.
nak tanya..sekarang ni pun ada ka parti yang memperjuang kan agama Islam...Dulu ada la, skarang bagi aku xda...Semua hanya sekadar nama dan perjuangan hanyala memenangi peti undi....
alahai, agama pun nak diBN kan ke?
ini betul2 leceh..kasi sunat ini olang ar..
yang bertanya berkenaan bom berani mati di palestin tu:-
Jawapan:- diharuskan. Sbb kalau keadaan di Palestin itu tidak lagi sama dengan Mlaysia. Kalau malaysia mmg tak dibolehkan bom berani mati tu. Lain kesnya di palestin sana.
nyawa tidak berdosa tu bagaimana? kalau di Israel, di akhir zaman nanti, kalau dah namanya Yahudi, dia orang biasa ke dia askar ke, dia akan tetap bunuh Islam. So sbb tu diwajibkan ke atas kita juga mempertahankan diri. Di sana satu cara utk berjuang- bom berani mati la.. Refer kitab2, buku2 pasal ni. saya tak ingat tajuk
Tujuan berkhutbah itu sbg peringatan untuk umat manusia agar berada di jalan yg lurus. Apabila terdapat sedikit lencongan dari jalan yg betul nasihat2 yg berguna ini akan membawa manusia kembali ke jalanNya. Sebab itu manusia diwajibkan (lelaki) untuk pergi bersolat jumaat dan disuruh agar dtg awal supaya dpt mendengar nasihat2 berguna ini dari awal hingga akhir agar tidak terlepas satu pon nasihat.
Skop nasihat2 boleh merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan dikaitkan dgn kisah2 para sahabat atau kisah silam, isu semasa dan juga kesannya pada masa hadapan kelak. 3 elemen penting ini penting untuk umat manusia mentarbiyah diri sendiri dan orang lain sbg panduan untuk tdk mengulangi kesalahan yg sama. Ini adalah konsep hidup yg asas untuk manusia iaitu nasihat menasihati.
Mungkin ada di kalangan pendengar yg termakan cili tersebut dia terasa kepedasannya. Sepatutnya mengambil iktibar dan tauladan untuk muhasabah diri dan berubah menjadi lebih baik, tetapi segelintirnya adalah sebaliknya. Menggunakan pelbagai cara untuk menghukum orang yg mengutarakan perkara yg benar dgn pemecatan jawatan dan menghalang sumber rezeki orang lain. Apa ini, hasad dengki namanya dan menyekat penyebaran agama Islam yg Syumul.
Wallahualam ... hanya Allah yg dpt membalasnya.
JADUAL PENGAJIAN BULAN MEI
Tarikh: 8 Jumadilawal 1430H/ 3 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
http://pondokhabib.wordpress.com
Salam!
Sokong Tuan 10k%!!!!!
Tak mau ulas panjang-panjang nanti ada pula yang nak bodek sebelah sana walaupu mereka muslim macam kita juga....
thx!
Post a Comment