Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

11.5.09

Sudah Tibakah Masa Untuk Mati, Sayang?

Dahulu, ustaz agama Harimau pernah berkata bahawa Umat Rasulullah akan mempunyai purata umur 63 tahun. Harimau berkata dalam hati " mamat ni ustaz ke ahli nujum? Handa boto tafsir umur orang".

Namun, ia mungkin ada benar kerana saudara terdekat Harimau iaitu Abah, Mak Itam, Maklang dan Pak Hitam meninggal dunia pada umur 61, 65, 62 dan 64. Secara ajaibnya, jangka hayat mereka yang Harimau sayangi mempunyai purata 63 tahun.
MENYELUSURI sirah Nabi Muhammad s.a.w. selama 63 tahun hayat baginda, kita dapati junjungan mulia ini telah menjejaki beberapa kota sama ada atas tujuan dakwah, hijrah, perjalanan mukjizat mahupun perniagaan. {sini}

Harimau tidak pasti pula, adakah jangka hayat sesuatu pertubuhan juga berpurata 63 tahun? Jika ia tidak benar, maka UMNO boleh menarik nafas lega. Jika ia benar, maka sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO bersiap-siaga tetapi kali ini bukan untuk menggempur mana-mana Pilihanraya. Kali ini lebih sukar kerana ia adalah untuk MATI TANPA SEDIA.

Apapun, untuk tidak memberatkan penulisan yang ringan ini, suka untuk Harimau ucapkan "Selamat Ulang Tahun ke- 63" buat UMNO tersayang.

Kita juga tidak menafikan bahawa Kerjaan UMNO juga tidak Perfect. Tetapi ini tidaklah bermakna kita mahu terus memansuhkan UMNO. UMNO tidak bersalah, ianya cuma satu Parti Politik, mungkin ahli-ahlinya telah membuat silap. Tetapi ini boleh diubah dan sistem apa pun boleh ditukar. Pemimpin datang dan Pergi, inilah hakikatnya. UMNO tetap masih ada ruang untuk dimantapkan lagi. InsyaAllah, ianya boleh dicapai dengan barisan pemimpin baru yang berwawasan baru untuk Melayu yang berfikiran baru. { sini }

Harimau : Pesan Ibu (Melayuangkat) selalunya benar.

5 comments:

ustazSAID said...

Salam, ya tuan yg salah ahlinya yg bsikap materialistik, x kira ahli biasa @ pemimpin atasan...jika ini x diatasi, nescaya apa yg ustaz tuan cakap tu mungkin betul!

Harimau-Menaip said...

Salam Ustaz.

Memang benar. Ahli yang membentuk matlamat dan objektif pertubuhan.

Anonymous said...

teruskan usha, sy berharap blog anda teruskan sikap begini!!

fahmi said...

salam.. umur yg tua x semestinya yg terbaik... tp ilmu, ideologi & perbuatan yg menunjukkan sama ade mereka ini baik atau tidak.. tiada yg sempurna, tp mestilah ade check & balance agar ia dpt meningkatkan kredibiliti.. jika tidak, terkubur cepatla gamaknya..

gangga awana said...

salam

UMNO tidak perlu dimansuhkan.Untuk kali ini, pada pandangan saya, kita harus bagi pengajaran kepada golongan mentekedarah projek dalam UMNO.Buang mereka yang rosak.Hatta kalau Najib yang rosak pun, harus dibuang.
sekiranya kerajaan bertukar, kita memerlukan UMNO untuk menjadi pembangkang yang kuat bagi mengimbangi kuasa.

wasalam