Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

23.7.09

Lawyer Pening?

Nampaknya kehadiran sahabat saya Dato Seri Nizar dimalam memperingati mendiang Teoh Beng Huat dengan menyalakan lilin dikritik hebat oleh UMNO dan Be End. Zambry Kadir siap dengan fatwa memperlekehkan tindakan DS Nizar. Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.
Maka lepas ni kalau rumah kita black out jangan pasang lilin, kalau ikut fatwa Tan Sri Mufti masuk neraka kita!!Apa yang hairannya tidak pulak UMNO dan Be End berkokok bila Menteri Pertahanan UMNo bersalam mesra dengan Menteri Pertahanan Yahudi la'natullah Ehud Berak. Kalau tengok ke gambar yang disiarkan senyum meleret menteri UMNo ni.
{ sini }

Si Nizar yang ber'vigil-vigilan', apahal pula ia nak dikaitkan dengan UMNO dan BN? Biar betul lawyer Melayu sorang ni. Inikan hal agama. Yang disebut Tan Sri Mufti Perak adalah :
Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian. { sini }

Apa pula kaitannya dengan rumah yang black-out? Tahu baca ke tidak lawyer ni? Patutlah lawyer Melayu takda yang hebat kat Malaysia ni. Banggali yang minoriti lagi hebat. Sebab apa? Sebab mereka rasional. Tahu beza antara perkara agama dengan politik (semata-mata).

Harimau nak solat. Nanti kita sambung!

14 comments:

Anonymous said...

bodoh punya bloger. Mufti kata pasal majlis cina tu mampos ko bawak citer pasal rumah black out pulak. ko ni memang betol betol black out

KUNTUM said...

Emm... tak berapa ngamlah komen kau rimau oii.. nak cover pun biole briliiant ckit... Niat tu... nawaitu... dalam segala perbuatan. Salam....

Harimau-Menaip said...

Kuntum,

Kau cakap apa ni?

Yang bangang adalah lawyer tu. Entah apa yang dia baca tentang komen Mufti Perak.

Aku duduk tengah-tengah. Macam Michael Jackson dalam video klip "Beat It".

Anonymous said...

blogger tk bodoh..hang le bodoh..hehehe zambry nk jd popular ler tu..ehh islam ajor rampas kuasa ker?? beli adun..campak speaker..?? dh sah hang yg bodoh..?pastu kalung bunga kt tugu negara..mufti kebanggaan hang bg fatwa apa?? dulu haram sure-heboh,baru ni halal plak..mufti baguih kaa??mufti yg perjuang melayu bkn islam nk wat ape yop..?? mcmaner lak kt china tu beratus ribu org islam menggunakan lilin dlm ape tujuan keagamaan?? sah sekali lagi hang bodoh..pencacai najis zambry..sudah2 ler rakyat perak nyampah dgn mb rayuan..

melayuangkat said...

Assalamualikum anakku,


Mak Cik ingat lagi masa kecik2 dulu selalu diingatkan "Kalau dah besar nanti kalau jadi Lawyer, hati-hati jangan jadi 'Lawyer BURUK'.

Sekarang kita tahulah mengapa orang tua-tua dulu ingatkan kita akan hal lawyer BURUK ni.

Anonymous said...

apa yg lawyer zul bangang tu cuba nak spinn....

dia ingat pembaca semua sewel mcm dia ke???

lembu dia kata rimau pun dia ingat org boleh angguk juga ke??

apa prinsip dia berpolitik kalau terus-terusan membela peliwat...??

org akan ingat selama2nya la zullll....perangai ko mcmana.

ko ingat ko boleh survive ke jadi ahli politik. hari ni ko berada kat atas ko pertahankan peliwat. ko ingat ko selama2nya ke ada diatas.

satu hari ko jatuh org pijak kepala ko zul.

ko ingat ckp aku ni.....ko tak de apa2 kelebihan.

ismail.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

si zulkifli nordin tu lah yg bangang dan tolol.dia pi samakan nyalaan lilin meratapi mayat simati dgn rumah takde elektrik.buat perhabih boraih je kasi dia belajo tinggi2 kat luo negeri pulak tuh.BN silap pi anto dia ke new zilen belajo tgi2 buat pe.dah taro dia di blog dia tadi.hampeh punya loya haprak.

zaidi ali said...

Lawyer ni kalau jadi lawyer sykt aku alamat bungkuslah sykt aku..baca ayat sebaris pun tak faham macamana nak faham agreement client?

Patutlah Penang dan PW tergadai kepada British sebab lawyer2 otak sempit sebegini.

Anonymous said...

ramai ahli ulamak yg akan dicampak ke dalam neraka sebab mengeluarkan fatwa mengikut ganjaran di dunia bukan menurut syariat islam. Benda yg bathil tapi dilakukan oleh sebelah pihak didiamkan aje tapi kalu dilakukan oleh sblh pihak lagi terus dihumban dgn kata2 kurang enak. Sizamri mamak tu rampas kuasa dan humban speaker ke dalam stor tu haram ke halal? cuba mufti perak bg fatwa

mountdweller said...

Lawyer ni dah melalut kot? Apa pasal cepat sangat pening!

shamshul anuar said...

Saudara saudari,

inilah masalah yang melanda orang Melayu sekarang. Kebenaran dilihat berasaskan dari mana parti dipilih.

Menghormati adat dan kepercayaan ugama lain adalah dituntut kepada umat Islam. Namun janganlah kita terikut-ikut akan upa cara ugama.

Tentulah tidak elok memegang lilin kerana tidak berasaskan kepercayaan Islam. Nizar boleh hadiri upacara pengkebumian mendiang Teoh. Tetapi setakat itu saja. Jangan sertai upacara agamanya.

Ini bukan pasal PAS atau UMNO. Bimbang nanti akan dijadikan ikutan.

Isa said...

Salam Rimau,

Walaupun aku ni penentang kuat setiap statement Mufti Perak sejak kes Perak tu.

Dalam isu vigil, aku sokong dia 100%.

Hidup mesti berpegang pada agama, jangan seperti ahli politik, setiap perkara ada kepentingan. Walau dalam hal agama pun diorang masih nak spin.

paloi bin mulau said...

tok mufti dah keluar fatwa. jadi org ramai dah tahu mana betul mana tak betul. jadi tugas kita le nak mengikut fatwa tersebut.

kalau pasal perbuatan pemimpin jdi ikutan kita memang tak pelik la kat malaysia ni byk benda pelik2.

banyak org islam hanyut dlm kehidupan sbb suka mengikut benda pelik2. benda baik yg pemimpin buat tak mahu pulak ikut hehehehe

Kakashi Senpai said...

Ni saya nak komen sikit pasal Majlis yang menyebabkan Nizar teruk dihentam bukan saja Blogger UBN malah Blogger PR sendiri. Dah niat pun tahu kan tanda Protes takkan salah kot..? takkan tu je dah jadi Kritian.. ?

Pegang lilih tu tanda Protes pun salah ke..? mana ada majlis tu bertafakur pun cuma pegang lilin tu menunjukkan tanda Protes..Itu pun tak sampai 5 minit saja. Di sini Niat pegang lilin tu hanya untuk Protes..!

Abis kalau pegang lilin tu dah Mufti Perak hukum begitu maknanya lepas ni kalau rumah kamu black out jangan lah pakai lilin kan..Sebab lilin kan sinonim dengan Kritian.. so jangan pasang lilin jika rumah kita bergelap nanti..

Tengok dulu apa niat sebelum menghukum..Majlis tu pun hanya sidang Akhbar dan tanda sokongan dan Protes keatas kematian Mendiang TBH.. itu saja..takde pula bertafakur dalam majlis tu.

Dan lagi satu nak ingatkan Mufti Perak yang sekarang nih jakun sangat berpolitik.. tanyalah dia kenapa tak bising pasal isu Jom Heboh tu..? Kenapa diam..? Bukan ke Parti sukahati bercampur gaul dan melalikan tu macam tu juga lebih Kristian dari memegang lilin..? Cuba kaji balik sejarah Pesta2 ni bermula di mana dan Agama apakah yang kuat mendokong pesta2 serupa Jom Heboh ni.

Kenapa Mufti Harussani sekarang lebih bercakap apabila melibatkan perkara di pihak pembangkang sahaja tetapi mendiamkan diri jika perkara yang lagi teruk berlaku dalam Negerinya melibatkan UBN sendiri. Kenapa., pasal pangkat Tan Sri ke jadi macam tu Mufti Harussani..?

Yang bercakap tu ada ke semasa MAjlis protes tu diadakan..? Kenapa tak dapatkan penjelasan terus dari Nizar sendiri..? Kami ada didalam majlis tersebut. Takde pun masalah bukan ada bertakafur pun.

Kenapa riuh rendah tu. Dah dapat modal politik baru kerana pihak kita sendiri yang jahil memberikan peluru kepada depa menembak tepat kepada kita sendiri.Ambil iktibar, selidik dulu baru hentam.Jangan salah faham Bro.