Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Pemuda-Pemudi Harimau
26.7.09
Pelita lawan Lilin
Zalimlah Harimau jika hanya menembak satu arah sahaja. Pada hemat Harimau, Ir. Nizar berlaku curang pada Umat Islam kerana ber"vigil-vigilan" tempohari. Namun, curang pada Jemaah kurang sikit "bangsat" dari curang kepada Allah.
Hari ini, Harimau terbaca dan tertonton suatu gambar yang menyakitkan mata di blog ISA dan Mr. Kolumpo.
Nampaknya, perbuatan ini sama jahanam dengan ber"vigil-vigilan". Mufti dipohon mengeluarkan "vokal malu-malu" mereka. Jika tidak, makin berpecah Umat Islam di Tanah Melayu.
Usahlah redha dengan tindakan Perdana Menteri itu. Tentanglah hujah-hujah yang menyokong tindakan Dato' Seri Najib menyalakan pelita itu.
Dalam hal Aqidah, Iman dan Islam; tiada kompromi. Noktah!
Tidak kiralah ia berlaku dimana dan bila waktunya; ia tetap suatu tindakan kecurangan pada Umat Islam dan mungkin juga pada Agama Allah iaitu Islam.
Curang pada Umat Islam bermaksud melencongkan arah akidah bagi mereka yang buta dan dibutakan mata hati kerana kiblat politik yang menghancurkan.
Nauzubillah.
Nota kaki: tulisan diatas tiada berniat membakar api kemarahan antara agama. Ia cuma penunaian tanggungjawab seorang Muslim kepada saudara Muslim yang lain. Jika ia dibaca dari sudut perkauman atau seumpamanya, penulis minta maaf. Duit yang ada mahu digunakan membeli barangan keperluan bayi dan bukan membayar duit lawyer di Mahkamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
sbb tu politik berasaskan kaum masih relevant...
Jamal
Bagi hamba, pegang lilin mempringati mendiang Teoh atau seseorang itu bukan acara keugamaan tetapi sebagsi expresi.
Candle vigil bukan acara ugama tetapi universal expresi menyokong, membantah atau memperingati seseorang, sesuatu perkara atau kejadian.
Kita juga guna lilin untuk ditiup semasa menyambut hari lahir yg mengingkatkan kita tentang hari kelahiran kita serta usia yg meningkat. Tidak ada kena mengena dengan agama.
Tuan Guru Nik Aziz kata tidak dosa untuk menghormati adat dan tradisi tetapi bukan acara keugamaan.
Apa yg Nizar buat bagi hamba, adalah satu adat menghormati. Itu saja.
DiSabah musim perayaan pesta kamataan ada upacara mempringati semangat padi melalui tarian "Magavu". Semua orang kenamaan tidak kira bangsa dan agama hadir merayakannya. Tiada yg bising.
bro rimau..
kalo berinai, pasang pelita time raya ngan bersanding tu tempias amalan hindu boleh memesongkan akidah..agak2 ade sape2 tak berani kuarkan fatwa? :)
agak2 lah..
Bila nak kuar fatwa nak haramkan sambutan tahun baru?
Bila nak kuar fatwa nak haramkan sambutan valentine?
Bila nak kuar fatwa nak haramkan kongsi raya?
kalaulah ade satu jug air, letak setitik arak..agak2 air tu boleh minum tak?
Bro Rico;
Kalau fatwa kata tak salah, den akan ubah pendirian.
Mufti itu pewaris Nabi.
Jika hal Nizar, Mufti kata okay, maka den akan ubah pendirian.
DS Najib bukan nyalakan pelita rumah, dia nyalakan pelita yang biasa digunakan untuk hal-hal keagamaan Hindu.
Pada mata den, ia salah.
Tak tahulah pandangan cerdik pandai Agama.
Ada hujah, silakan.
Bab air ada setitik arak, ia perkara syubhah. Ia menghampiri Haram maka jauhkan. Minum air lain.
Solon,
Tak bising pasal tak tahu.
kita tunggu ape kate Mejar Jeneral datuk Jamil Khir Baharom lak..
ini pelita liko...ngok tul la ....nizar pasang lilin pejam mata tanda memperingati ...tu yg salah.
Salafi
Salam Hari Minggu anakku Harimau,
Ke mana berjalan dengan famili hari ini?
Mak Cik pun tengok dalam blog-blog Nik Aziz diupacara orang Buddha di Kuil Buddisht di Kelantan. Boleh juga diragukan.
Mungkin baik jika ada GARIS PANDUAN bagi semua pemimpin Islam, apa yang boleh dan tak dibolehkan untuk mereka sertai upacara Non Muslim.
Sementara tu..kalau ada masa bacalah tulisan Dr. Riduan Tee di Utusan Minggu mengenai Nasib Melayu di Bumi Melayu..Menginsafkan..
Tok rimau,
terlanjur ada hamba Allah bercerita pasal arak tadi, jadi teman teringat musykil di hati teman.
apakah yg membezakan arak dgn alkohol(istilah kimia)? teman biasa juga terpegang ethanol yg mengandungi 90% alkohol semasa kerja2 di makmal. memang kow2 punya tu heheheh carlsberg baru 5% je kot.
berkenaan gambar najib tu...majlis apa sebenar tu? nampak mcm ada org india tu? lebih kurang mcm kes nizar kot. kalau bukan upacara keagamaan mungkin tak mendatangkan kesalahan.
Salam Hari Minggu Ibu...tak jalan pi mana. Tengah buat progress report, technical report dan mentelaah.
Nak exam bulan depan.
Benar..garis panduan itu sudah jatuh MESTI.
( MESTI tu kurang sikit dari Wajib dan Sunat kot?)
Paloi..
Entahlah. Ia cukup meragukan. Mesti akan ada alasan.
Kenapa orang kita sekarang ni? Islam tu kan sudah terlalu indah?
salam tok ghimau..
dah menjadi tabiat manusia..yang mana yang Allah larang itu lah yang dia nak buat...
kita kena ingat kisah Adam dan Hawa..semasa mereka di dalam syurga sebelum dicampakkan ke dunia..Allah sudah beri keizinan kepada mereka makanan yang lazat2 kecuali sejenis buah dari sebuah pokok...tetapi yang dilarang itulah yang menjadi senjata syaitan untuk menggoda Adam dan Hawa...
kesimpulannya..Allah beri nikmat kepada hambanye dengan bermacam2 nikmat..tetapi didalam pada masa yang sama Allah sertakan juga perkara larangan untuk hambanya patuhi..cuba kita lihat..stiap benda yang menjadi larangan ia menjadi kegilaan hambanya...maka sesiapa yang dapat melawan godaan2 maka dia memang yang terpilih..
tetapi sudah terbukti bukan senang untuk kita melawan nafsu.. sekurang2nya kalau kita dapat mengawal dari mendekati perkara yg dilarang pun sudah dianggap hebat..
penjelasan demi penjelasan perlu dibuat kerana di dalam kehidupan kita sentiasa berubah mengikut peredaran zaman..
kalau perbuatan Nizar ummi tak bape setuju..begitu juga dgn pimpinan negara ini..
wallahualam
Salam Tok Rimau.
"Dalam hal Aqidah, Iman dan Islam; tiada kompromi". Noktah!
Satu ungkapan yang tidak boleh dipertikaikan.
kahkahkah..mmg lawak betul pak lawak umno....baru kali pertama dgr fatwa nih..pegang lilin pejam mata salah, pegang lilin tanpa pejam mata tak salah..kahkahkah ini baru betul2 fatwa antarabangsa..tah skolah mana lah budak ni belajar yer???ada pulak yg ckp pasal mghadiri rapat kematian beng hock..tu yg salah..najib tak hadir mana2 kematian..kahkahkah...nak tanya sket..abis yg dok bersidai bertafakur depan berhala yang digelar tugu negara tuh bukan pasal mghormati kematian ashkar ker?kahkahkah lawak betul puak2 nih
Tuan,
pada pandangan saya, pengajian dalam bidang perbandingan agama harus diperhebat.ini kerana :
1. membezakan garis pemisah antara Islam dan agama lain-lain.
2. mencari titik pertemuan yang mnggalakkan ke arah keamanan tanpa melupakan perkara yang bersifat tauhid.
3. memahami dan mengenalpasti apakah ianya upacara ritual atau bukan.
4. menggalakkan bukan islam lebih terbuka dan memahami islam dengan lebih dekat.
Dalam hal Pak Jib menyalakan lilin itu, harus dilihat konteksnya bagaimana.adakah bersifat ritual atau hanya adat yang tidak menyanggah konsep tauhid?
Banyak lagi perkara yang perlu orang melayu belajar dari agama dan lain.
Perayaan tanglung,nyalakan pelita malam tujuh likur, adat bersanding dan sebagainya.Ruang memahami harus disertai dengan sebaik mungkin.
Belajarlah kembali bagaimana Wali Songo mendekati masyarakat yang kental dengan adat resam demi menyebarkan islam.
PAS NAK TEGAKKAN ISLAM MELALUI DEMOKRASI? BOLEH KE ISLAM MENANG PINJAM JALAN YG DICIPTA YAHUDI & NASRANI??? RAMAI ORG PAS ISAP ROKOK. ROKOK KAN HARAM DICIPTA OLEH YAHUDI & NASRANI JUGA... BERLAWAN DGN MAKI HAMUN,JERIT PEKIK,MENGUMPAT, KATA MENGATA, DEMONSTRASI,ETC...RASULULLAH TAWAN DGN AKHLAK, KASIH SAYANG, MERENDAH DIRI, HADIS "BERBUATLAH BAIK KEPADA ORG YG BUAT JAHAT KPD KAMU". PAS TAMPAL POSTER PROMOTE PEMIMPIN...RASULULLAH PROMOSI UTK KENALKAN ALLAH, SYURGA, NERAKA,TAKWA ETC...PAS NAK RAKYAT PILIH PEMIMPIN BERIMAN...DLAM SEJARAH PEMIMPIN KEBENARAN ALLAH YG LANTIK SECARA LANGSUNG @ TIDAK LANGSUNG. PAS PAKAI TIE SAMA MACAM PAKAIAN YAHUDI, TAK SELARAS DGN TOK GURU MEREKA. DLAM PAS NAK LANTIK PRESIDEN, ETC KENA UNDI. RASULULLAH & PARA KHALIFAH DILANTIK OLEH ALLAH BKN DGN UNDI. KALAU LANTIK DGN UNDI RAKYAT, NAMANYA WAKIL RAKYAT. KALAU ALLAH YAG LANTIK, PEMIMPIN TU ADALAH WAKIL ALLAH. AKHIR ZAMAN TUNGGULAH AKAN PEMIMPIN KEBENARAN,YG DISEBUT DLM HADIS & ATSAR ADALAH MUJADDID, PEMUDA BANI TAMIM, IMAM MAHADI & NABI ISA... ITULAH PEMIMPIN WAKIL ALLAH... BKN DGN UNDI... KALAU MCM TU APA BEZANYA PAS DGN UMNO YG DIKATAKAN PAS TERHADAP UMNO TU SESAT... TAKYAH CITE PASAL LILIN. PERKARA YG PAS/UMNO BUAT SKARANG PUN LG YAHUDI & NASRANI...
Kesian lihat pemimpin2 melayu/Islam, semua ber pusu2 ber rebut2 buat apa yang mereka tidak pernah buat seumur hidup nya.
Demi menjaga hati dan perasaan kaum kafir, kini semua yang haram sudah jadi halal.
Post a Comment