Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

10.4.10

Integriti Polis Makin Meragukan?

Setelah membaca dan menganalisa pendedahan yang dibuat teman blogawan, Harimau makin meragui integriti Polis DiRaja Malaysia. Dengan pegawai bawahan yang buat kerja lebih sikit pun nak minta duit (kes terpencil??), dicampur pula dengan pegawai atasan yang semakin diragui integritinya; Harimau semakin yakin bahawa Melayu berjawatan Kerajaan adalah umpama "Monyet Yang Disusukan tetapi Perangai Semakin Mirip Perangai Babi".

Siapa yang mahu kita harap untuk menghapuskan rasuah? Siapa lagi yang kita mahu harap dalam menentang Israel? Menteri? Polis? Takkan semuanya nak harap NGO? UMNO tak cakap apa-apa? Jahanam betul Pemuda UMNO ni. Kalau bab Hishamuddin, semua tutup mulut erat-erat.

Tukar Menteri? Tukar KPN? Tukar Pengarah? Rasanya, tiada satu pun yang mampu menjadi penyelesaian total.

Hanya kembali ke tali Allah sahaja yang boleh menjadi penyelesaian. Polis sekarang semakin menghampakan.

5 comments:

Anonymous said...

Tunggu 3 tahun lagi, suruh ramai-rmai pengundi undi pembangkang. lantik Anwar jadi PM, lantik Azmin jadi TPM, lantik Lim Kit Siang, Menteri Dalam Negeri, Lantik Karpal jadi Menteri Pertahanan, lantik Hadi Menteri diJPM bertanggungjawab ke atas Parlimen, maka baru perubahan yang saudara cadangkan boleh dilakukan. Buat masa ini cakaplah sampai rubuh gunung pun, tidak siapa nak peduli.

Anonymous said...

Tuan Anonymous 3:42PM
kata kata tuan itu ada betulnya ini adalah suatu perubahan yang total kalau tidak pun mereka2 ini akan menjahanamkan perlembagaan negara

kulatlapok said...

salam Bro:

Untuk peringatan sahaja.

MASA NAJIB JADI MENTERI PERTAHANAN, GAJI ARMY DAN SEMUA KEBAJIKAN ARMY TERBELA.

KINI SEPUPU DIA PULAK JAGA POLIS, DAPAT LAGI NAIK GAJI, NAIK PANGKAT DAN MACAM KEMUDAHAN DAPAT.

MEREKA BERDUA JAGA KEMENTERIAN YG HEBAT. ITU PASAL TIADA SAPA YG NAK TEGUR MEREKA PASAL MULUT MEREKA DAH TERSUMBATKAN.

ISA said...

Salam bro..

Hati semakin panas ke.. dengan orang2 atasan tu... ayat pun semakin kasar..

Dan itulah yang gua rasa.. menyampah dan getik...

Lu kena highlight kat pengatas blog, ini blog kurang ajar... ha..ha..ha...

Harimau-Menaip said...

Kulat;
Den setuju.

ISA;
Polis kencing member aku. Dibuat orang bawahan tapi didalangi orang atas. Aku yakin.
Aku sokong ko.