Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.5.09

Zambry "Gandhi": Pemimpin "Melayu" Terulung

PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak. { sini }

Andai Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Hang Tuah atau Leftenan Adnan masih hidup, maka menangis teresak-esaklah mereka. Bukan kerana kesaakitan dan penderitaan yang dialami, tetapi kerana "Anak Melayu" (ehem ehem) lebih mengagungkan pejuang dari Tanah India daripada Pejuang Tanah Melayu.

Harimau tidak nampak persamaan di antara MB Perak (haram atau halal tolak tepi dulu) dengan Mahatma Gandhi. Adakah mereka berdua itu:
  • sama penderitaannya? Rasanya Tidak.
  • sama perjuangannya? Rasanya Tidak.
  • sama keturunannya? Tidak pastilah pulak. Peratusannya mungkin ada.
  • sama tona kulitnya? Tak mahu komenlah!

Tetapi, nasib baik MB Perak masih waras untuk memilih Mandela atau Gandhi. Kalau dipilihnya George W Bush, parah jugak!

Harimau: banyak perkara baik yang dibawa UMNO, tetapi maaf. Tang kemelut Perak, Harimau tidak bersetuju.

15 comments:

kulatlapok said...

salam Bro:

Lagi nak tergeli 'KETI' aku ni bila baca post ko ni. Perbandingannya ibarat langit dengan bumi. Terlalu jauh bezanya Bro..!! Perbandingan ko buat tu dah kira diapun rasanya tak terjawab. Cuma yg ada persamaannya nak kata keturunan hikss..! jauh sekali cuma yg dekat kita nampak itulah tone kulitnya aje..!! Itupun kiralah oklah Ghandi pun Ghandilah Bro, asalkan dia happy!!

Malaysian said...

Penyelesaian terbaik untuk Perak adalah Bubarkan DUN Perak!

itu adalah suara anak Perak!

jika Zambry ikhlas.. Bubarkan saje, kembalikan hak kepada rakyat!



Regards,

Malaysian Come First

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

TAAVEEKUN PERAK said...

Kemelut politik di Perak angkara MELAYU BONEKA.Perak tetap BARISAN NASIONAL PEMERINTAHNYA.

House PK III said...

Salam tuan punya blog!

Saya setuju dengan tuan, tetapi kita harus menyokong Dr Zambry sekarang ini. Dia perlukan bantuan kita sekarang ni tuan!

Harimau-Menaip said...

Pendekar Perak,

Okay. Saya akan hulurkan bantuan. Emmm...bagilah no. akaun.

Atau...saya letak dalam sampul je?

Tuan jelaskan bantuan apa yang beliau perlukan...kot-kot boleh kita bantu.

Anonymous said...

Kalau kita nak padankan nama zamri dengan gandhi macam tak berapa nak ngam ... zamry gandhi atau ghandi zamry @ mahatma zamry @ mahatma zamry ghandhi ... kalau zamry mandela ok kot !!! :-) yang terbaik zamry nelson mandela kadiaq ...

House PK III said...

Bntulah dengan memberi semangat wahai tuan punya blog!

Bukan wang ringgit yang dipinta, cuma sokongan moral sahaja!

Kenapa harus dibubarkan DUN bilamana BN dah ada majoriti?

Dr Zambry tidak pernah kata yang beliau adalah seperti pemimpin yang tuan sebutkan itu, dia cuma 'quote' semangat mereka sahaja!

Jangan di tambah pada luka yang sedang parah!

checkmate said...

pendekar perak...

anda mau bantuan mcm mana nak saya tolong zambry...?

saya betul2 berminat nak perjuangkan jejaka yg mengaku mandela ni...atau gandhi...

1)tv kita dah ada utk bantu zambry..
2)surat khabar semuanya dah bantu zambry..
3)makamah rayuan pun dah bantu zambry...3jam sahaja dah dpt keputusan...
4)polis pun dah bantu zambry... seret speaker keluar dr dewan DUN..

xcukup lg ker bantuan untuk zambry?

xpala kalau nak duit bgtau aku...
aku boleh bg sumbangan sikit...


biar sama kulit dgn mandela&gandhi..
tapi jgn jadi "kambing hitam"

kulatlapok said...

salam Bro:

Aku rasa hanya 'PARPUKARI' je yang boleh tolong Ghandy Zambry ni... Ko tahu Bro dari pagi tadi hinggalah ke malam ni aku tunggu ada bebrapa post komen aku dalam blog PARPUKARI tu tak timbul2 jugak sehinggalah waktu ini jam 12 malam 18 Mei 2009. Agaknya post komen aku tu dah jadi KARI..!!

Anonymous said...

pendekar perak...

aku sebagai rakyat biasa2 kat perak... nak tuanku bubarkan dun..

bapak ko zamry haram ker.. nak suruh bantu mb haram? pirah...

melayuangkat said...

Hitam hitam si tampuk manggis,

Sungguh pun hitam dipandang manis.

Unknown said...

Kemaruk sangat nak pegang kuasa sampai hak rakyat pun diketepikan. Najib duk laungkan dasar satu Malaysia, rakyat didahulukan, baik tukar aje, Satu Malaysia, UMNO didahulukan, BN diutamakan. Cakap tak serupa bikin

blues untuk rakyat said...

aku tebgok kelat je.....

legam pon ada....

kalau tengok gandhi betul2 lagi cerah....

macam pelakon hindustan....


kah...kah...kah.....


tapi kalau sebut macam ROBERT MUGABE.....

aku setuju 100%


kah...kah...kah.....

melayuangkat said...

Tak baik main main kan warna kulit hitam seseorang tu.

Hitam hitam pun manis ada.

Nabi Allah, Adam a.s. pun berkulit hitam.

Isterinya, Ibu kita semua Hawa berkulit putih.

Apa ada pada warna kulit?

Yang mahunya hati dan jiwa, sanubari yang mahukan keAmanan, keTenteraman dan sentiasa mahu ketengahkan Nusa dan Bangsa.

Salam anakku Harimau.

Chester Pang said...

BN tidak akan bubarkan DUN Perak sebab mereka tahu BN tetap akan kalah tetapi lebih teruk!
Mungkin BN akan gunakan taktik gentleman kononnya serahkan semula kepada PR supaya dapat mengurangkan kesan negatif yang berpunca oleh DS Najib.
Sebenarnya Dr. Zamb tidak sepatutnya dipersalahkan kerana dia hanya menurut perintah dan orang no.2 BN dulu yang buat hal sehingga memalukan Tuanku Sultan...
Salah Tok Harimau!