Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

26.7.09

Kenapa hapus ISA sahaja?

Ramai kata ISA melanggar norma-norma yang dituntut Islam apatahlagi prinsip kebebasan manusia sejagat.

Tidak dinafikan, ia ada kebenaran.

Namun jika mahu menurut Islam, mengapa perundangan Sivil tidak ditentang secara total? Adakah perundangan Syariah tidak lengkap?

Menagapa ISA yang secebis itu yang disanggah? Bukankah ia umpama membuli budak bawah umur?

Mengapa tidak ditentang Artikel 11 yang menjadi asas bagi Lina Joy? Bukankah asas penentangan kalian adalah "kerana Agama Islam'?

Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan. Ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Kes ini menarik perhatian ramai dan Lina Joy menerima sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain). { sini }


Sebelum pergi menghuru-harakan Tanah Melayu pada 1 Ogos, sila jawab soalan Harimau dahulu.

Kalau tak boleh jawab, sila duduk ontok-ontok.

18 comments:

Xenan said...

hehe,

Kalau bro tak bape sedar, sebenarnya bukan setakat akta 11 tuh bro,org lama dah menentang perundangan sivil ni bro.Mcm mana sebut pon perlembagaan undang2 sivil kita tidak meletak al quran sebagai tunggak.Ni dah cukup salah di sisi syarak bro.

Namun di takdirkan kita merdeka dgn berpaksi kan british, bkn pd Al Quran.Sejarah kita yg tak mampu nak di ubah.Namun sbg muslimin wajib kita bercita2 menegak kan islam.

Namun nak mencapai cita2 mesti ada cara.Cakap saja pon tak bape bijak.
Gua bleh proposed 2 cara.

1st Cara cepat:perang gurellia n rampas kuasa.tegak kan hukum islam selepas tuh.

2nd Cara lambat : bergerak bawah demokrasi.Demokrasi bermakna perlu mendapat undi terbanyak rakyat malaysia. Maka dipromote kebaikan n keindahan undang2 Islam kepada muslim n non muslim hingga satu masa majoriti rakyat malaysia bersetuju menyokong dan mengundi utk undang2 islam.Ketika ini meminda perlembagaan sudah tidak bermasalah lagi.

Membanggakan, den pernah mendengar coment dr chinese yg diorg tak kesah pon hudud dijalankan di malaysia asalkan tidak pd diorg.Ini bermakna usaha dakwah ini sikit2 telah mengeluarkan hasil.

Kerana itu sgt syg bila kltn tak dibenarkan menjalankan hudud.At least ini boleh menjadi pusat experimantasi n cth perbandingan kepada rakyat malaysia dlm proses demokrasi ni.

Bro boleh jln kan tugas bro dgn menyokong n mengundi masa pilihanraya nanti golongan yg mahu kepada ini.

Ini lah antara tugas penentangan kita yg boleh dibuat demi mencapai cita2 islam.Bro boleh pilih sendiri cara maner untuk menentang secara total yg bro rase sesuai.

Mengapa akta ISA yg menjadi pilihan.

Kerana isu ketidakadilan ni sudah keterlaluan dan bukan setakat melanggar prinsip asas islam malah prinsip universal rentas agama dan bangsa.Titik temu ini mampu membawa perpaduan rentas agama n bangsa utk menentang ketidakadilan.

Apa2 hal pon silakan kalau mau berdemo untuk semua.Silakan kalau berdemo untuk ISA sahaja.Kedua2 pon lagi bagus dr org yg langsung tak peduli.

Sorry bro panjang jugak ni.:D

travelagent09 said...

Ditujukan buat mereka yang suka melancong, atau sedang merancang sebuah perjalanan, percutian, ke tempat-tempat menarik, khususnya SEKITARAN NUSANTARA, khasnya Indonesia!

Pakej Pelancongan Ke PADANG - BUKIT TINGGI, Sumatra Barat
Pakej Pelancongan ke Medan - Danau Toba, Sumatra Barat
Pakej Pelancongan ke Bali
Pakej Pelancongan ke Jakarta - Puncak - Bandung

Dan juga :

Pakej Pelancongan ke Sabah dan Sarawak
Pakej Mendaki Gunung Kinabalu
Pakej ke Pulau-Pulau Sekitaran Sabah dan Sarawak

Serta :

Pakej Pelancongan ke Tianjin - Beijing, China


RECOMMENDED !!!

Syarikat Ini Menawarkan Pakej Terbaik di PASARAN Semasa !!!

Intrabuana Tour & Travel Sdn Bhd
KKKP : 3825
HQ - Warisan Square, Kota Kinabalu
Branch - Nilai/Sepang
emel : travelagent09@yahoo.com
HOTLINE : 019 9191 031

Sebarang inkuiri serta pertanyaan lanjut, emel, call @ sms secara langsung kepada Intrabuana HOTLINE

p/s : syarikat ini SPECIALIST untuk pakej Sabah, serta Sumatra Barat (Padang - Bukit Tinggi), dan mampu memberikan HARGA TERENDAH DI PASARAN kepada anda untuk pakej tersebut ;) so, selamat MELANCONG !!!

Unknown said...

Salam Tok Rimau.

Saya amat bersetuju. Kenapa dipandang yang kecil sedangkan yang besar menghalang mata?

author faethal said...

Kalau yang kecil pun x dapat nak ditangani.
Usah nak ceritakan hal2 yang besar.
Buat kerja satu-satu.
Kalau kerajaan perihatin isu anak dengan parent masuk Islam tidak menjadi isu.
Tidak memaksa Majlis Raja-raja untuk menghalang dari Nazri Aziz melaksanakan undang2 itu sesuka hatinya.
ISA..
Mulakan dengan memansuhkan AKTA ini.
Baru kita perjuangkan yang lain..
Jangan jadi harimau kalau hanya setakat berani menulis..
Tapi takut bercakar di rimba..
Sesuailah setakat jadi harimau di Zoo..
Perhatikan sekeliling..dan terus menulis..

Harimau-Menaip said...

Amboi CCEO,

Berani sangatlah konon kalau pi berarak tu?

Kalau itu definasi berani pada hang, maknanya keling HINDRAF lagi berani.

Bagi den, isu Iman dan Murtad lebih penting. Jika mahu dipinda atau dibuang, pilih akta yang "menentang arus" perundangan Islam dahulu.

itupun:

1. Kau memang sayang Islam.
2. Kau tak mengikut-ikut orang
3. Kau bukan pecacai bangsa asing.

Nyata, lu belum merdeka bro.

Baik bawak anak lu pi zoo...tengok Rimau.

Hehehe..

Maya Khairy said...

Abang Harimau,

Saya Maya, baru sahaja mengenali dunia maya setelah berkursus dengan putri umno.

Pasal isu heavy cam ni Maya tak boleh kata apa, lagi pun Maya dah banyak menangis sebelum.

Kalau nak tahu apakah sebab tangisan Maya, silalah berkunjung ke sini:

http://mayakhairy.blogspot.com/

Bye.

Warung Paktam said...

Kenapa perlu risau? inilah umat akhir zaman yang dijanjikan oleh Allah. Siapa? Kitalah! Semua? Ya semua kita. PAS pun? Iya!! Nak kena apa? Azab yang pedih bagi yang meninggalkan perintahnya!

Jemput mai warung na....

EQUILIBRIUM said...

tok rimau,

kalau ikut hati bukan bukan setakat artikel 11 yg org nak tentang. byk lagi artikel depa nak tentang. tapi kalau ISA dok berdiri depan depa alamatnya masuk kemunting hahahahha

jadi tok rimau perlu fokus. kalau kita nak buat apa pun kena fokus. nak tentang pun kena fokus jugak. kalau setakat satu kumpulan nak tentang semua artikel depa pun pakat terlentang tak pi mana hahahaha

melayuangkat said...

Salam anakku Harimau,

I think you should check out today's blog by Mutiara Melayu Pulau Pinang since this matter interest you. And me too..Des link it with his blog.

Enjoy the picture.

author faethal said...

Hahaha..Bro Harimau.

Ini bukan isu BERANI. Ini isu menentang akta yang Zalim.
Dah banyak kali bawa dalam parlimen,sejak zaman Allahyarham Fadhil Noor lagi, tak jalan juga.Demo la,hantar memorendum.Baru kerajaan buka mata.
OOoo..ramai rupanya yang tak suka ISA ni.

Macam PPSMI,dah demo baru nampak..
OOoo,,ramai rupanya yang tak suka PPSMI ni.

Bak kata Paloi bun Mulau,
Kita kena fokus. Banyak lagi isu yang nak diperjuangkan. Artikel 11 salah satu daripadanya.
PPSMI dah diterima kerajaan. Walaupun mansuh 2012.
Sekarang ISA pulak!..FOKUS!!

ISA diwujudkan sebelum merdeka untuk KOMUNIS.
Nah sekarang? Sudah MERDEKA.
Kenapa perlu lagi AKTA ZALIM ini?
Hehe...nyata siapa yang belum MERDEKA.

Bukan berkaitan berani,tetapi ya!
Untuk berdemo memerlukan sedikit keberanian berbanding pergi ke ZOO. Kerana harimau di ZOO di dalam sangkar,jadi kurang bahayanya.

{P/S: Harimau mungkin tidak setuju jika dikatakan 'racist' kerana mengatakan kaum MIC itu keling. Hehehe..)

sutera putih bertukar pink,,, said...

sy sokong tokrimau,,,
cayuk2!!

sangguna said...

Encik Rimau,
ada betulnya apa yg diorang Komen tapi takut jugak klu ISA dah takde nanti dgn sesuka ati je golongan2 yg lancang cuba nak mengapi2 kan keadaan dgn mudah mengambil kesempatan dgn takdenya ISA ni.
Asal jgn kita gaduh sesama Islam sudah, nanti ada org lain yg bergumbira.

Harimau-Menaip said...

CCEO,

Perkataan "Keling" ada dalam kamus dewan.

Satu soalan, kenapa lantik wakil rakyat kalau rakyat yang perlu "bekerja" untuk membela nasibnya?

Itu sudah kira rakyat yang bodoh.

Jawab sikit.

Sutera putih,

Cayang u juga.

Sangguna,

Saya setuju.

author faethal said...

Tok Harimau,

Sudah sedia maklum yang istilah 'keling' merupakan satu hinaan bagi masyarakat India. Maka sewajarnya kita elakkan menggunakan bahasa itu bagi masyarakat India. Demi perpaduan kerajaan '1 Malaysia'.

Walaupun ada termaktub dalam Kamus Dewan, namun istilah di dalam kamus dewan ialah untuk pembelajaran.

Jika selain daripada itu, ia dianggap oleh masyarakat India, istilah 'keling' itu seolah menghina masyarakat mereka.
Bergantung pada ayat..seperti
'keling HINDRAF lagi berani.'

Ia mungkin mendatangkan rasa hina pada Masyarakat India.Tak kira parti apa,MIC,PPP,DAP,PKR mereka akan melawan atau marah, walaupun kita sekadar memanggil mereka dari jauh 'Hoi keling!, mari minum bersama'.
Ok, kita tutup bab perkataan 'keling'.

Ok,kenapa perlu lantik rakyat kalau rakyat perlu 'bekerja' untuk membela untuk nasibnya?.
Soalan ini sama seperti,
'Buat apa pergi menonton perlawanan badminton,kerana kita sudah ada pemain no. 1 dunia Dato' Lee Chong Wei?'.
'Buat apa pergi berhimpun pada 31 Ogos, sedangkan kita sudah Merdeka?.'
Ini kerana SOKONGAN.

Kita imbas kembali isu Tragedi Natrah di Singapura. Kenapa rakyat bangkit berdemo?
Kerana saudara seIslam kita di MURTAD kan.Ini berkait rapat dengan Artikel 11 yang Harimau bangkitkan. Masa itu ramai yang bangkit kerana menentang pemurtadan yang berlaku. Siapa yang di ISA kan?
Antaranya ialah Karim Ghani dan Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy.

Jadi jawapannya..
Berdemo untuk menghantar Memorandum bagi Memansuhkan ISA wajib DISOKONG. Kerana ia menjadi titik tolak dalam sistem perlembagaan negara. Isu 'Artikel 11' juga menjadi punca untuk lebih ramai tahanan akan diISAkan. Pemimpin parti politik juga turut serta bagi menyokong supaya ISA dimansuhkan.

DEMONSTRASI hanya menjadi kucar kacir jika diganggu atau di provoke oleh FRU.

Nyatakanlah sokongan anda..
Isu ISA tidak terbatas kepada parti politik. Gerakan & Pak Lah juga menyatakan pandangan yang sama bahawa Akta ini ZALIM.

Kepada Sangguna,
Negara kita ada banyak Akta yang boleh digunakan untuk individu yang melakukan kesalahan.
Tangkap mereka, bicarakan.
Itu yang dituntut dalam Islam.

Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan.

Jika Harimau tiba-tiba ditahan dibawah ISA. Apakah yang akan anda tanya..
1.Apakah salah saya?
2.Adakah kesalahan saya kerana berdemo untuk pemurtadan yang berlaku? (contohnya)
3. Jika benar saya bersalah buktikan! (di mahkamah tentunya)
4. Jika terbukti saya bersalah maka hukumlah saya,penjara berapa tahun?
TAPI..
Simpanlah sahaja persoalan itu..
Kerana ANDA ditahan dibawah Akta ISA..
Dan Anda..akan ditahan tanpa diketahui bilakah anda akan dibebaskan..

Wallahualam.

Xenan said...

Nak tanya ekau raso kesimpulan dia ISA wajib di tentang la kot?ke tak jatuh wajib lagi?hehehe

ISA bukan hukum allah pon nk disayang2 sgt.buang pon tadak cacat cela mana.

Btw,
Nape mufti perak senyap jek?Dr Maza pon dah kuar statement.Lbt sgt baik tayah jd mufti nih

1. Fatwa Akta 11
2. Fatwa ISA
3. Tabal Jin
4...

Yes2ISA said...

Apa yg akan terjadi jika ISA dimansuhkan?

Mungkin inikah yg diidamkan oleh pembangkang?

http://yes2isa.blogspot.com/2009/07/how-does-world-leading-democracies.html

tepuk dada, tanya selera.

Unknown said...

Inilah dilema yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Peranan muffti dan ulama pun sudah bercampur baur dengan bauan politik. Al-Quran seolah-olah dipandang sepi walhal itulah pegangan yang diturunkan Allah dan diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada kita sebagai petunjuk.

Anonymous said...

Saudara harimau, isa di waktu ini wajib ditentang krn perlaksanaannya lebih kpd IKUT SUKA AKU.Saya tidak mahu bersubahat dgn pemerintah yg zalim.

sekadar di pinggiran.