Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

18.7.09

PAS berjaya "dikafirkan" oleh DAP?

Guru Agama Harimau pernah cakap, kalau ilmu tak cukup, jangan nak berdebat perihal agama dan usah berdakwah kerana khuatir dakwah yang nak dilakukan akan berpusing balik. Senang cakap, kita pula yang akan dikafirkan.

Entah kenapa, kata-kata Guru Agama itu terngiang-ngiang di kepala pabila terpandang gambar di bawah yang diperolehi dari blog Parpukari (tanpa kebenaran Parpu..sori bro).





Apa cerita? DAP diIslamkan atau PAS yang telah dikafirkan? Takut ooo!

Harimau tercari-cari tulisan Harimau yang lepas mengenai Vigil ini, namun nyata ia telah dipadamkan. Padam kerana azam baru Harimau pada awal 2009 yang lalu. Namun, Alhamdulillah kerana blog Kerajaan Rakyat masih menyimpan gambar yang Harimau cari.





Bagi mereka yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu apa itu Vigil, disini Harimau pautkan kalian ke Wikipedia. Kalian cuma perlu klik ---> SINI.

Tidak guna ada perkataan "Ir." di pangkal nama kalau bodoh melambung-lambung!

43 comments:

Love Perak said...

saya rasa adun2 tidak berniat memburukkan islam cuma menghormati keluarga mangsa...

DAP pun ikut cara islam bila majlis islam....jadi adil la..tak payah la politikkan benda ni...

http://loveperak.blogspot.com/

Singh Is Kinng said...

Salam Tok Ghimau,

Maaf lama tak berkunjung.

Itulah lah Tok, nak tegurkan segan pulak nanti dikatanya kita ni tak cukup ilmu agama. So baik diam je.

Wassalam.

Harimau-Menaip said...

Love Perak;

Siapa politikkan? Ini perihal Aqidah. Dan, bila pulak Islam suruh ikut Sunnah DAP?

Bro singgh;

Rindu plak ngan hang.

ISA said...

Salam Rimau,

Ekau kojap ado, kojap hilang, busy bonar....

Eden, pun dah lamo nak hentak pasal mangkuk2 yang mengaku Islam ni poei buat kerja tak senonoh tu (vigil).

Nanti eden link kat sini, dengan izin bolehkan.

Tq.

TEKONG DARAT said...

salam tok rimau...
saya tak berniat nak membela sesiapa...
tapi rasanya pegang lilin tu bukan ritual mana2 agama...
cuma menggambarkan bantahan...

jadi rasanya tak elok terbit soal kafir irang tu kafir orang ni...
kita mempersoalkan akidah orang...

debatapasaja.blogspot.com

Harimau-Menaip said...

Tuan ISA,

Go ahead my friend.

Salam Tekong Rimau;

"tapi rasanya pegang lilin tu bukan ritual mana2 agama..."

Susah bro....kalau main rasa-rasa. Ini kita cerita perihal akidah. Macam mana hang kata takde kaitan ngan mana-mana agama? Cuba hang bentang hujah hang..

Saya pun, jahil gak. Tapi tindakan Ir. Nizar dan mangkuk lagi sorang tu adalah salah.

Tak caya tanya Haron Din.

kulatlapok said...

salam Bro:

Memang TEPAT kenyataan ini, PAS semakin hanyut dngan rakan sekutu rapatnya yang dari dulu TERANG-TERANGAN MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM. Tindak tanduk PAS seperti mereka lupa malan-amalan kurafat tersebut dan Tanpa disedari mereka memnag telah DIKAFIRKAN oleh rakan sekutu mereka sendiri. APA KATA 'TUAN GURU PULAU MELAKA' YG KITA HORMATI?

PARPUKARI said...

SALAM BRO HARIMAU! TAK PAYAH MINTAK IZIN BRO, INI SOAL AKIDAH BRO! SAYA SUKA ARTIKEL BRO! PADAT DAN MANTAP!

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro,..heheh,.apo nak dikato,..pendapat gue yg tak seberapa ni 'Holding a Vigil' to salah dari segi akidah.. vigil fer d dead held by christians and kita ade 'vigil' tp tak pangge vigil kita pangge baca yassin kat aruah org islam.. ape pun gue rasa kita tunggu pendapat ulamak islam( bukan ulamak politik arr),..heheh,..wat else can I say,..(,")

terlalu nak dapat sokongan sampai menyimpang dari ugama,.. waallahualam..apo nak dikato,..(,")

PARPUKARI said...

salam bro, ALAMAT BLOG SAYA SUDAH BERTUKAR BRO!

http://parpukari.blogspot.com

Anonymous said...

bro rimau, sila tanya dan bincang dulu dengan guru agama dengan bukti yang jelas , kadang ada kita tahu ada yang kita belum tahu , saya menantikan hujah dan jawapan yang lebih konkrit dari anda berdasarkan alim ulama; - tq

Anonymous said...

hurm, kalau nak putar tu biar la logik sikit bai. Hang tulih mengarut ni buat ape. Tu bukan adat mane2 agama la, sengal tul. namenye candle light vigil. bukan vigil je. sini ak salin copy wiki.

A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media.

dah x payah nak ngutuk2 la bro. blog hang x layak pun ak nk bace. bzir mase jek.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau,

Rasanya elok juga kamu beritahu direct sahaja pada yang tidak tahu bahawa pegang lilin vigil itu adalah ritual keAgamaan Kristian. Senang cerita. Susah kalau orang tak tahu dan tak mahu ambil tahu dan kalau membaca pun, baca Harakah sahaja.

Akibatna - Mereka ini seboleh-bolehnya MEMBOLEHkan apa sahaja yang PAS atau pemimpin Idola mereka buat. Lihat dalam gambar ini. Lain kali kalau nak main lilin "VIGIL" dengan Cina DAP atau Hindraf BUKAlah songkok tu dulu. Campakkan ke mana mana. Ini bukan Indonesia, boleh pakai songkok ke Gereja.

Belum apa-apa semua dah melenting tuduh kerajaan, senang cerita UMNOlah. Dan Anwar nak buat satu lagi road show satu Malaysia pasal kematian jatuh dari bangunan ini. Banyak betul masa dia ni.

Suruh bersumpah dengan nama Allah tak liwat Saiful tak nak, takut. Hal orang lain dia masuk campur. Dia ingat kita lupa hal dia dengan Saiful dengan terpekik terlolong satu Malaysia. Nak menjahanamkan Melayu lagi. Tak cukup dengan kekalutan dan perpecahan yang ada sekarang.

Manusia macam ini banyak sangat di Malaysia, Malapetaka betul.

Anonymous said...

Astaghfirullah al azim!

Harapnya perbuatan lain, di hati lain. Tetapi orang cakap dari hati menjuruskan perbuatan.

Inilah akibatnya terlalu pandai mentakrifkan agama. Memuja api itu seperti memberi makanan kepada iblis dan syaitan.
wallahu aklam.

Harimau-Menaip said...

Yang pertama, aku nak jawab kat Si Laniaz ni. Kau tengok diorang pasang lilin tu , outdoor ke indoor? Kalau outdoor pun, kau cerita kat aku...bila Rasulullah buat outdoor vigil sampaikan beria-ia kau backing diorang ni.

Dan, aku rasa kau dah jadi hamba politik yang paling parah. Baik kau pegi berubat.

Akhir sekali, tak nak baca blog aku pun tak pa. Itu hak kau.

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam pada Ibu.

Terima kasih atas komen kalian ( parpukari, zaidi ali, brotherhood, kulat lapok dan lain2)

Kenapa sikit-sikit nak ber"vigil"?

Dulu takde pun budaya ni. Ada sesiapa yang lebih arif?

Harimau-Menaip said...

LANIAZ!!!

KAU TAK COPY HABIS-HABIS DARI WIKI. 2 AYAT TERAKHIR TERTULIS: Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.

KENAPA KAU SOROK? NAK KENA LAKNAT DARI ALLAH KE?

ASTAGHFIRULLAH.

Unknown said...

Salam!!! saya sokong Tok Rimau!!!janganlah terlalu jadi hamba politik...menang sorak kampong tergadai..biar ada had dan perenggan...yang penting jaga akidah...nak kuasa punya pasal sanggup buat apa saja..baik pemerintah atau yang belum dapat memerintah.....Wahai adik/anak2 semuslim..fikirkanlah...lihat sajelah kt.selatan Thai,Xinjiang dll...lagi..apa yg. sedang berlaku...

Love Perak said...

aku bertanya kat ustaz aku, dia kata tak salah dari sisi islam tapi macam kurang manis... itu saja. takdak mana2 fatwa kata bantah dengan cara nyalakan lilin ini haram atau makruh atau apa2. itu saja. kalau benda ni haram dah tentu tg nik aziz akan tegur...

Unknown said...

SAUDARA SERAHKAN URUSAN INI PADA ALLAH KITA SEBAGAI MANUSIA CUMA BOLEH MENTAFSIR BAIK DAN BURUK SAHAJA ILMU ITU LUAS SAUDARA SANGAT LUAS JANGANLA HANYA MELIHAT DAN MENDENGAR KAN ELOK KITA BERTANYA PADA EMPUNYA.....PAS FOR ALL HUMAN KIND

Anonymous said...

Ini bukan cakap saya tetapi PERINTAH ALLH SWT (yang bermaksud),

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi."(QS. 3:149)

Kalimah di atas begitu jelas dan nyata, tiada langsung alasan bagi kita yang mengaku beriman untuk mempertikaikan kalimah Nya.

Tak percaya tanya Hasan Din!!
Benda-benda basic macam ni Tok Rimau pun boleh beri fatwa "straight to the face" tak perlu pun Hasan Din.

yb Raz said...

tergelak aku baca komen yang masih lagi cuba menegakkan kemungkaran.

"DAP pun ikut cara islam bila majlis islam....jadi adil la..tak payah la politikkan benda ni..."

Lantak lah DAP ikut cara islam ke tak. Tak siapa yang suruhpun mereka ikut. Tapi kita orang islam buat apa nak ikut cara mereka.

Adakah mereka ikut makan kenduri tahlil maka kitapun boleh ikut cara keagamaan mereka? itu baru adil?

apalah dangkalnya pemikiran. Islam adalah semulia mulia agama. Allah s.w.t hanya rehda Islam sebagai agama.

buat apa kita nak ikut cara mereka memperingati orang yang dah mati. Lagipun orang yang mati itu terang terang bukan islam.

cukup sekadar memberikan ucapan takziah atau melawat keluarganya saja.

memang benda ini bukan politik tetapi ianya melibatkan akidah. Akidah jangan dipermainkan apatah lagi dipolitikkan.

Nasib baik masyarakat islam disini berfahaman sederhana. Kalau tak dah lama nizar ni dipotong kepala.

ORANG KG said...

salam bro,

budak2 fanatik pas memang cam tu depa suka ambil ayat separuh2 untuk kepentingan depa jea.tu lah depa ne baca HARAKAH banyak sangat sampai minda pun tersepit.ne kalau gang-gang BN yang buat mau gang blogger pembangkang canang satu dunia....

regards

eXception said...

Bila keluar gambar pemimpin UMNO buat macam tu pasti puak-puak beruk PAS ni terkinja-kinja mengatakan peminpi UMNO kafir... Tapi bila kena kat pemimpin PAS sendiri. Diorang berdolak dalik mengatakan tak berdosa. Tak berdosa abah kau!! Itulah kerjanya bila tak dpt sanggah artikel ni, maka mereka memaki-maki hamun. Segala caci-maki seolah-olah halal bg mereka. Bila hati sudah berkarat, sinar keimanan tidak lagi bercahaya.

http://exception2008.blogspot.com

Anonymous said...

Salam semua,

Tuan-tuan sekalian jangan mudah mengkafirkan orang.

Jika benar tegurlah dengan nilai-nilai yang islam yang ditunjukan oleh Nabi S.A.W.

Jika salah kita sudah membuat satu fitnah yang sangat dibenci Allah..

Tajuk Harimau tu rasa kurang enak jika dibaca oleh penganut agama lain.. jagalah juga sensitiviti kaum lain..

Harimau-Menaip said...

Love Perak;

Ustaz mana hang tanya tu? Ustaz tu Pembantu Peribadi Nizar kot?

Kan den suruh tanya Haron Din.

Harimau-Menaip said...

"Tajuk Harimau tu rasa kurang enak jika dibaca oleh penganut agama lain.. jagalah juga sensitiviti kaum lain.."

Rasanya, apa yang dibuat oleh Nizar lagi kurang enak.

Fikir kekeliruan penganut Islam dahulu, baru nak fikir orang lain. itu pandangan den.

Unknown said...

Saya pu begitu pak rimau,...apa le malang orang kita sekarang nie!!!..nak jaga hati kaum lain,ppooooddahhhh!!!nak tanya kt anonymous tu..dah lama hidupke???..kalau dalam umur 30an,baik korek telinga dan buka mata luas2..tanya ibu dan bapa awak ,apa yang telah kaum lain dah buat kt orng kite???..tanya mereka 13mei dan tragedi Kg,Medan...apa cerita...atau pergilah keKlang...dah kena btg hidung,barulah tau...belum kena ,memang lah kita ingat mereka..baik...Memang betul ...Melayu mudah lupa..dah terhantuk ,baru tergadah...

Xenan said...

bro,

vigil, lepaskan burung merpati tanda keamanan, bersanding, tahlil 40 mlm, upacara kat tugu negara, pakai baju kemeja n banyak lagi mmg rasullulah tak buat.

so kenapa kita buat jugak.Betul ke semua yg rasullulah tak buat nih berkaitan direct dgn aqidah?

Kalau kata agama lain politik lain tuh betulah berkaitan dgn aqidah.Kalau kata hudud jln abis la org islam tader tangan baru betul direct ngn aqidah.

Tapi yg pelik kenapa org tak bising pon?Munafiq ke?

Paling bangang org lain tgh kecoh2 mintak keadilan, org islam sebok2 pegang lilin boleh ke idak.Memalukan!

Harimau-Menaip said...

Xenan,

Ini bukan isu boleh atau tak boleh...ini isu kenapa beliau buat begitu..

Sama macam den persoalkan Pak Lah letak kalungan bunga dulu.

Tang den sobut "bila Rasulullah buat outdoor vigil sampaikan beria-ia kau backing diorang ni" adalah sinikal.

Dari ikut perangai dan perbuatan orang bukan Islam yang meragukan, lebih baik den ikut sunnnah - sunnah nabi yang den tak terbuat.

"Paling bangang org lain tgh kecoh2 mintak keadilan, org islam sebok2 pegang lilin boleh ke idak.Memalukan!"

Kenapa aku sibuk? Sebab aku tak kesat taik pakai tisu dan tak makan babi! Aku orang Islam yang "agak" prihatin (kot?).

Wallahualam.

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

salam tok rimau,

Puncanya perkara ni terjadi apabila orang terlalu utamakan Fardhu Kifayah dan meninggalkan Fardhu 'Ain.

eddy said...

bro,
isu saya adalah tentang tajuk artikel bro di atas.Bagi saya tak elok menghukum kafir atas perkara2 khilaf.Persoalanan yg paling utama, adakah aqidah nizar tergugat setelah menyertai vigil tu?

"Kenapa aku sibuk? Sebab aku tak kesat taik pakai tisu dan tak makan babi! Aku orang Islam yang "agak" prihatin (kot?)."

Den nak sambun.Mungkin sbb kita melayu islam kot.Dah biasa kita di sebokan dgn pekara yg ranting dan khilaf.

Pasal keadilan boleh lak ditolak2 semata2 ia tak jd pd bangsa n ugama kita.Sedangkan ini baru betul leh lari aqidah sbb tak mencari keadilan pd semua manusia.

Ni lah melayu islam style.

Den tak setuju pd perbuatan nizar atas dasar ini menimbul fitnah.

Sama juga mcm tajuk bro yg menimbulkan fitnah

Harimau-Menaip said...

"Sama juga mcm tajuk bro yg menimbulkan fitnah"

Eddy,

Tajuk saya ada tanda soal...maknanya, kita perlu bersama menjawab kerana sifat tajuk itu yang lebih kepada "tertanya-tanya".

Berbeza pula dengan gambar vigil DS Ir. Nizar (dan dulu gambar Pak Lah letak kalungan bunga di tugu negara). Gambar2 tersebut langsung tiada tanda soal di kepala pelakunya. Maknanya mereka selamba kodok sahaja tanpa memikirkan implikasi perbuatan tersebut.

Ingat! Tiada yang maksum termasuk kita. Dan, sebarang kesilapan wajar dijadikan pengajaran.

Love Perak said...

baca kat sini

http://loveperak.blogspot.com/2009/07/isu-mengenai-nizar-pegang-lilin-idham.html

Anonymous said...

ha ha ha . . . rimau ni standard la , artikel die sume nak cari rating, akau pun naik menyampah, datang sini nak kasi sume berpikir je , gune 2 otak info dari kiri dan kanan bukan sebelah je macam umno, tgk la ulasan guru2 agama yang dah jelaskan, wei rimau dah la kalau nak tarik rating pon buatla cara lain jangan la macam ni , xbermaruah la hahahaha. .. . cian tgk life kau .

Anonymous said...

tok rimau nak ganti nik aziz dan haji hadi . . . . hahahaha . . . baek2 wei. . . lepas ni kita dah ada pengganti ulama' hahahaha . . . lawak-lawak

Anonymous said...

sila rujuk url ni utk penjelasan..

http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/nizar-pegang-lilin-kenyataan-media-adun.html

ali said...

ada org kata, aiiiii Cina India bukan Islam pun join masa majlis doa selamat kat opis, apa nak bising?

Terkedu jugak nak jawab, sekali imbas. bila pikir balik, ada penah nampak yang bukan islam tu TADAH TANGAN BERDOA, macam yang Islam buat. Dia letak tangan kat bawah laaaaaa

Dalam kes ni, alangkah baik, kalau Nizar letak tangan kat bawah jer, bukannya "tadah tangan berdoa" dgn lilin

Idham Lim pegi bedal Prof Mahmood Zuhdi, ..... kalau ahli akademik yang bukan org politik pun tak nak dengar, nak dengar sapa lagi? nak kena dengar ulamak PAS, ulamak BN ke, ulamak DAP ke?


ex-ROTU

Xenan said...

eh,
eddy n xenan tuh acc den jugak.Den tak perasan tetuka nick.

Bro,
tayah la samakan kes pak lah n kes nizar.Tak sama langsung.Kes pak lah terang2 ada fatwa yg mengharamkan n dah lama pon haram nya.Nak kata pak lah tatau fatwa tuh wujud mmg tak logik la.

Kes nizar ade khilaf.Ulamak ade pendapat masing2.Jatuh aqidah tuh hukuman berat sgt utk bende2 khilaf.

wallahualam

PARPUKARI said...

XENAN KALAU YA PUN NAK TAKSUB, JANGAN ROSAKKAN AKIDAH BRO!

eddy said...

heh parpu,

gi le belajar sikit.Tak pon sukati lu le.Taksub kejadah nya.

Lu g belajar adab berkhilaf skit ngn ustad2.silap2 lu wa semua kat sini tak layak pon.Cakap je pandai

King-Fx said...

firman Allah S.W.T. ; Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

rakyat said...

Idham Lim punya cerita ada belitlah.Jangan tipulah kawan.

Dia cerita pasal colok dlm budaya cina.Betul cina di China ada bakar colok di masjid,tapi bukan utk upacara apa2 cuma bakar kasi wangi macam org Melayu,Arab,India,dgn setanggi dan kemenyannya.Tapi ini pasal lilin.Lilin bukan sebarang lilin.

Sekarang kita ceita pasal candlelight vigil upacara agama pagan dan juga kristian.Sesetengah masyarakat bukan Islam yg lain telah me'universal'kan upacara ini tapi biasanya untuk outdoor bukan indoor.Begitupun adakah ini cara liberalisasi agama yg kita mahu?

Selama ini pas yg begitu 'strict' dalam hukum menghukum dan melabel orang sekarang tiba2 menjadi terlebih liberal semata2 utk membenarkan perbuatan pemimpinnya?Apa cer?

Apa cer pula si nuar,azmin and the gang tertunduk2 depan mangkuk bercolok?Ini budaya ke ritual agama?

Oh ya,ada satu gambar lagi seorang Melayu bersongkok bersama2 penganut kristian yg sedang menyanyi lagu2 agama kristian sambil memegang lilin.Ini cara Islam ka?

Tak nampak lagi ke,ke arah mana pas dan pr dibawa dan dipandu oleh dap?