Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

25.5.09

Sembang-sembang dan Politik Bodoh Dari Utara

Semalam, Harimau bertelagah dengan seorang manusia yang karat UMNO nya boleh dikategorikan kelas pertama. Tidaklah tersilap UMNO memberi beliau jawatan jika dilihat dari segi tahap kekaratannya. Beria-ia dia mengajak Harimau ke mesyuarat cawangan UMNO yang akan datang, yang mana ia juga mengesahkan bahawa Harimau pernah menghadiri mesyuarat-mesyuarat UMNO sebelum ini. Namun, tidak pula ia mengesahkan Harimau adalah "karat UMNO" kerana sepanjang pengamatan Harimau, kehadiran mesyuarat yang lepas-lepas, +-20% adalah dari kalangan bukan ahli atau tiba-tiba menjadi ahli; sekadar mencukupkan korum. Walhal, di PRU lepas, golongan ini megah berpakaian Hijau berbulan purnama di tengah-tengah. Harimau? Neutral lah beb.

Berbalik kepada cerita tadi, Harimau menolak ajakan beliau dengan satu soalan yang mudah," Apa agaknya faedah aku ke mesyuarat tu?". Tidak pula Harimau sangka, jawapan bagi soalan mudah itu tidak pula menjadi mudah.

Muka beliau menjadi merah...semerah biji saga. Kehairanan sungguh Harimau atas amarah beliau yang berapi-api. Seingat Harimau, sewaktu sekolah rendah dan menengah, memang kerap kami mengejek nama datuk beliau. Tidak pula marahnya begini rupa. Adakah taraf Datuk beliau lebih rendah dari taraf UMNO? Tidak pula harimau tahu jawapannya.

Dipendekkan cerita, pertemuan kami diakhiri dengan masam muka. Tidak pula Harimau simpan ia di dalam hati kerana Harimau faham bahawa marah orang politik ini cuma sementara. Lihat sahaja Ezam Mohd Noor, Dato' Nasa, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Shabery Chek. Bukankah dahulu mereka pernah dibenci tetapi sekarang sudah jadi anak emas?

"Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi," katanya. { sini }

Tidak pula ahli UMNO berbondong-bondong keluar UMNO kerana meluat dengan Pak Lah? Tidak pula ahli keluar UMNO kerana meluatkan Khairy? Nampaknya, politik dalaman Perlis sudah menjengkelkan dan meloyakan; malah lebih penipu dari rancangan Gusti WWE.

Kalau ditanya pada Harimau, biar sahaja manusia tidak berpendirian ini berambus dari landskap politik Malaya. Mereka lah manusia yang tidak mengenal erti perjuangan.

Bikin malu kaum sahaja. Bolo punya olang!

20.5.09

Aku Dipusing 180 darjah!

Ramai yang menulis blog untuk menyatakan pandangan dan mempertahankan pendirian. Ada juga bermatia-matian mempertahankan pendapat mereka walaupun dibuktikan mereka silap. Sia paleh perangai yang begini.

Acapkali Harimau begitu tetapi setelah Harimau amati dan perhalusi komentar kalian (dua penulisan sebelum ini) yang bernas (walaupun ada yang macam hampeh), sedikit sebanyak mengubah persepsi Harimau terhadap sesuatu perkara.

Penulisan Penganugerahan Pangkat Laknatullah dan Pemimpin Gagal

Harimau sedar bahawa solat tidak diwujudkan oleh Tuan Punya Dunia untuk dijadikan alasan kita bermalas-malasan. Maka, terima kasih pada komentar yang ini "Furthermore, Zohor can be done during lunch break as it only takes about 5-10mins. And Asar also can be perform after office hour, say at 6pm. " oleh Anti Gravity.

Penulisan Zambry "Gandhi": Pemimpin "Melayu" Terulung

Dan, komentar Ibu Melayu Angkat yang tercinta juga telah menginsafkan Harimau :
"Tak baik main main kan warna kulit hitam seseorang tu.Hitam hitam pun manis ada.Nabi Allah, Adam a.s. pun berkulit hitam.Isterinya, Ibu kita semua Hawa berkulit putih.Apa ada pada warna kulit?"

Blog juga mampu digunakan sebagai wadah dan medium untuk berdakwah. Untuk menjadi pemimpin terulung, kita wajib menjadi pemimpin yang mendengar (listening leader).

Barisan Nasional tidak akan hilang 5 negeri jika mantan PM mendengar dan melakukan sesuatu tindakan terhadap rintihan orang bawahan. Masalah memang timbul jika hanya asyik mendengar nasihat anak, menantu, pak menakan waima bini sendiri.

Bukankah Allah menganugerahkan pancaindera untuk digunakan ke arah kebaikan? Fikirkanlah.

17.5.09

Zambry "Gandhi": Pemimpin "Melayu" Terulung

PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak. { sini }

Andai Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Hang Tuah atau Leftenan Adnan masih hidup, maka menangis teresak-esaklah mereka. Bukan kerana kesaakitan dan penderitaan yang dialami, tetapi kerana "Anak Melayu" (ehem ehem) lebih mengagungkan pejuang dari Tanah India daripada Pejuang Tanah Melayu.

Harimau tidak nampak persamaan di antara MB Perak (haram atau halal tolak tepi dulu) dengan Mahatma Gandhi. Adakah mereka berdua itu:
  • sama penderitaannya? Rasanya Tidak.
  • sama perjuangannya? Rasanya Tidak.
  • sama keturunannya? Tidak pastilah pulak. Peratusannya mungkin ada.
  • sama tona kulitnya? Tak mahu komenlah!

Tetapi, nasib baik MB Perak masih waras untuk memilih Mandela atau Gandhi. Kalau dipilihnya George W Bush, parah jugak!

Harimau: banyak perkara baik yang dibawa UMNO, tetapi maaf. Tang kemelut Perak, Harimau tidak bersetuju.

16.5.09

Telor Orang PAS juga persis Asam Kecut

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden. { sini }

{sila baca glosari untuk maksud-maksud tersirat}

Demokrasi apakah yang membiarkan Sang Presiden menang tanpa bertanding? Dahulu, Harimau sangka bahawa hanya UMNO sahaja yang tidak bertelor dalam konteks pemilihan Presiden parti, tetapi trend tersebut juga ada di kalangan parti PAS. Hebat sangatkah Haji Hadi sehingga mampu mengecutkan telor-telor jantan nama-nama besar seperti Husam Musa, Hasan Ali dan lain-lain?

Harimau juga percaya bahawa telor ahli PKR juga makin mengecut apabila pertandingan menentang Anwar Ibrahim diadakan kelak. Harimau juga AMAT percaya bahawa DAP, GERAKAN, PPP dan lain-lain parti politik juga begitu. Sudahlah kecut, hitam pula tu.

Namun, usahlah parti-parti politik yang disebutkan tadi berasa gusar kerana anugerah telor paling kecut sudah tentu milik ahli-ahli MIC.

Harimau: jangan kena angin pasang sudah!

_____________________________________

Glosari

Telor/telur = semangat perjuangan
Angin Pasang = ujian besar
kecut = meluntur
Asam Kecut = orang yang takut
hitam = buat-buat berani.

13.5.09

Sudah-sudahlah Tu Zamry!

AMARAN!!! Tulisan ini adalah tulisan penuh neutral. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma mengangkat rintihan orang bawahan.

Jengkel!

Itu sahaja yang mampu Harimau ucapkan dengan situasi politik Perak. Jawatan MB menjadi rebutan. Yang halal dan sah, mungkin tidak wajar dipersalah kerana suara majoriti orang bawah yang telah membuat keputusan pada Mac tahun lalu. Yang menjengkelkan adalah tindak-tanduk Dr. Zamry. Cukup memalukan Melayu!

Susah sungguh mahu mencari Melayu yang memalukan Melayu. Entah kenapa, ianya amat mudah di Perak. Persoalan di benak, Melayu sangatkah Dr. Zamry? Wallahualam.

Sudah-sudahlah tu. Berilah peluang rakyat bersuara. Sampai bila mahu main sorong dan tarik? Banyak lagi agenda kepentingan rakyat yang belum dilunaskan.

Jangan sampai bala besar turun di Perak baru semua mahu termenung dan menyesal!

Bagi Harimau, penyelesaiannya ada 2:
  1. Serah sahaja jawatan MB pada Ir. Nizar. Bersikap Gentleman bukan beerti penakut dan kalah.
  2. Buat Pilihanraya untuk mandat baru. Ini baru pertarungan anak jantan (itupun kalau benar-benar jantan)

Tidak mungkin ada penyelesaian yang ke-3 kerana masalah tersebut mestilah diselesaikan dari bahagian yang paling asas iaitu KUASA RAKYAT. Samada mahu mengekalkan mandat Mac 2008 atau mengendos mandat baru untuk menghuraikan kekusutan.

Kasihan lah pada orang bawah di Perak yang mahu menulis surat kepada MB mereka; keliru nak tulis nama Nizar atau Zamry ?

Harimau ; susah sangat, tulis sahaja nama Harimau Menaip sebagai MB.

11.5.09

Sudah Tibakah Masa Untuk Mati, Sayang?

Dahulu, ustaz agama Harimau pernah berkata bahawa Umat Rasulullah akan mempunyai purata umur 63 tahun. Harimau berkata dalam hati " mamat ni ustaz ke ahli nujum? Handa boto tafsir umur orang".

Namun, ia mungkin ada benar kerana saudara terdekat Harimau iaitu Abah, Mak Itam, Maklang dan Pak Hitam meninggal dunia pada umur 61, 65, 62 dan 64. Secara ajaibnya, jangka hayat mereka yang Harimau sayangi mempunyai purata 63 tahun.
MENYELUSURI sirah Nabi Muhammad s.a.w. selama 63 tahun hayat baginda, kita dapati junjungan mulia ini telah menjejaki beberapa kota sama ada atas tujuan dakwah, hijrah, perjalanan mukjizat mahupun perniagaan. {sini}

Harimau tidak pasti pula, adakah jangka hayat sesuatu pertubuhan juga berpurata 63 tahun? Jika ia tidak benar, maka UMNO boleh menarik nafas lega. Jika ia benar, maka sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO bersiap-siaga tetapi kali ini bukan untuk menggempur mana-mana Pilihanraya. Kali ini lebih sukar kerana ia adalah untuk MATI TANPA SEDIA.

Apapun, untuk tidak memberatkan penulisan yang ringan ini, suka untuk Harimau ucapkan "Selamat Ulang Tahun ke- 63" buat UMNO tersayang.

Kita juga tidak menafikan bahawa Kerjaan UMNO juga tidak Perfect. Tetapi ini tidaklah bermakna kita mahu terus memansuhkan UMNO. UMNO tidak bersalah, ianya cuma satu Parti Politik, mungkin ahli-ahlinya telah membuat silap. Tetapi ini boleh diubah dan sistem apa pun boleh ditukar. Pemimpin datang dan Pergi, inilah hakikatnya. UMNO tetap masih ada ruang untuk dimantapkan lagi. InsyaAllah, ianya boleh dicapai dengan barisan pemimpin baru yang berwawasan baru untuk Melayu yang berfikiran baru. { sini }

Harimau : Pesan Ibu (Melayuangkat) selalunya benar.

Malu Siot

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. { sini }
Pabila sang haram mengatasi sang halal dengan penuh rasa bongkak,
Pasti mukanya kan tebal bila sekalian alam mengetahui kebenaran.

Pabila sang halal telah mendapatkan haknya,
Pasti itu petanda bahawa dia telah lulus ujian Tuan Punya Dunia.

Memang 3 bulan dilabel "MB Haram" adalah penyiksaan buat sang Halal.
Bukan calang-calang orang boleh hidup dengan peristiwa sebegitu.

Sekalung tahniah buat Ir. Nizar atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Bubarkan DUN adalah petanda yang kamu tidak gila dan tamak kuasa. Buktikan bahawa kamu masih sedar diri. Cuma, adakah duit yang bertimbun itu tujuan untuk menampung kos Pilihanraya?

Bagaimana pula atap orang kampung yang berlubang? Bagaimana pula dengan projek Teransang Kali Kedua? Bagaimana pula dengan peperangan Nasional terhadap krisis ekonomi?

Buat Dr. Zambry, harap bersabar. Tapi kalau Harimau lah jadi kamu...Malu Sioott!

Tertanya di benak, kenapa liputan berkenaan berita yang ini amat minima di Buletin Utama dan RTM berbanding Awani dan Bernama TV? Alaaa...Gua tahu lu orang tahu jawapannya.

Harimau : tamat jugak krisis ni. Ingatkan tak ada sudah.

10.5.09

Emak...Aku Rindu!

Mengusik sanubari Harimau apabila lambakan luahan kasih sayang kepada Ibu masing-masing melalui pelbagai media. Al-maklumlah, Harimau kehilangan kasih emak kandung selama 20 tahun. Setelah berkira-kira sedari malam tadi, maka Harimau juga tidak mahu melepaskan peluang bersama dalam menghargai golongan Ibu seMalaysia.

Harimau hanya mampu berdoa agar bertemu emak Harimau di syurga. Ada juga teman Harimau yang menegur, "amboi...hang ni sentimental jugak kan?".

Harimau jawab " Bai, Botak Chin dan Kalimuthu pun menitis air mata apabila rasa rindu kepada ibu datang menggamit".

Kepada Ibu Melayuangkat, Emak 3 orang Mohd , pengikut-pengikut blog Harimau Menaip dan semua blogawan berstatus Ibu (yang Harimau lupa untuk sebutkan)...

Selamat Hari Ibu!

lagu ini hadiah buat kamu --> http://www.youtube.com/watch?v=vvOIkNskrOU

6.5.09

Jangan Buat Agama Ini Macam Agama Bapak Kau.

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu. { sini }

Perkara-perkara seperti ini, sering kita dengar ketika pemerintahan Tun Mahathir. Pemerintahan ala Firaun (kata orang) yang sering menjatuhkan hukum ke atas ulama-ulama dan pengamal agama Islam yang lantang mengkritik atau tidak menyebelahi pendirian kerajaan; sudah umpama suatu "trademark" bagi pemerintahan Tun.

Alangkah ruginya apabila kaedah yang ketinggalan zaman dan yang memarakkan api neraka ini masih diamalkan dan dikuat-kuasakan. Sudah tentu tiada pihak akan mengaku bertanggungjawab di atas arahan pemecatan tersebut. Itu biasa.

Buruknya tindakan seumpama ini, peminum arak dan ratu cantik Melayu akan tetap nampak halal dalam keharamannya. Dan, zina menjadi santapan kelas pertama buat orang yang ada wang. Kerana apa? Kerana ulama-ulama kerajaan akan "diarahkan" mengunci mulut jika masih mahu melihat aliran gaji masuk ke dalam akaun setiap bulan. Jika tidak, balik kampung tanam jagung lah jawabnya.

Bodohnya pemimpin negara-negara Islam, kerana bacul untuk menegakkan dan melaksanakan hukum-hukum Allah. Baghal nya pemimpin negara-negara Islam, kerana "berkongsi" pendapat bagi membuat FATWA dengan orang-orang bukan Islam.

Bagaimana hukum Islam boleh ditafsir oleh orang-orang yang taik palatnya memenuhi hujung kepala bana?

Ini negara Islam atau apa? Sudah tentu kalian menjawab "Negara Islam".

Tetapi, kenapa kebenaran sering ditutup-tutup? Bukankah Agama yang kita junjung di negara ini adalah agama Allah yang Maha Benar? Agama ini bukannya agama bapak kamu yang boleh diubah ikut selera kuda padi mak tiri sebelah bapak mertua engkau!

Harimau: bukan agama bapak Harimau juga.

3.5.09

Melayu: Tuan Yang MASIH Miskin

Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran.
Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.
Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya 7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual.
{ sini }

Bumiputera mungkin tak berduit walaupun kontrak berstatus Bumiputera berlambak-lambak di tender dan di sebutharga kan. Bagaimana kaum Cina yang semakin kaya dan mempunyai ekonomi yang semakin kuat? Apa rahsia mereka? Nmapaknya, tidak keterlaluan jika ditafsir bahawa Pemimpin-pemimpin UMNO telah gagal mengangkat ekonomi kaum Bumiputera walaupun dimomokkan bahawa mereka telah berjaya dengan gemilang. Dalam kes ini (Minggu Saham Amanah), sikap mungkin menjadi masalah utama tetapi faktor penolak kepada sikap tersebut mungkin kemampuan. Jika tiada kemampuan, bagaimana mahu membeli saham?

Pemimpin UMNO mutakhir memang pandai. Masalah pokok belum selesai, diliberalkan pula beberapa perkhidmatan. Pandai...memang pandai. Melayu akan berteriak kalau isu hak dan liberalisasi itu datang dari mulut Pakatan Pembangkang tetapi Orang-orang Melayu terutama pendemonstrasi upahan UITM secara tiba-tiba menjadi "orang cacat" yang lebih cacat dari OKU.

Mengapa tidak diturunkan dahulu pemilikan Bumiputera kepada 20% misalnya? Atau bagi menepati aspirasi DEB, mungkin diwajibkan 30% Bumiputera berbanding >51% sebelum ini? Yang menjadi permasalahan, pemenuh kuota Bumiputera itu datangnya dari orang-orang yang memang sudah kaya-raya-durjana. Oh, itulah penanda hari qiamat, yang kaya semakin kaya dan yang miskin kan kekal miskin.

Ya, memang banyak dan berlambak kontrak berstatus Bumiputera tetapi di mana pula peratusan terbanyak duit-duit itu di laburkan dan mengalir? 50% kepada orang Cina, 20% kepada pekerja-pekerja dan 30% untung (itupun jika tidak di-sub kan pada Cina).

Tulisan ini jangan ditafsir terlalu perkauman dan menerajang aspirasi Satu Malaysia. Anggaplah tulisan ini berlawanan dengan konsep Malaysian Malaysia.

Oh ya. Apa pula beza Satu Malaysia (Najib) dengan Malaysian Malaysia (DAP)? Kalian sudah ada jawaban?

"Takkan Melayu Hilang di Dunia" Hang Tuah.

Kita semakin dibodohkan oleh kata-kata Hang Tuah. Rasanya, hanya Baju Melayu sahaja yang tidak hilang. Itupun di Hari Raya!

2.5.09

Blog Telah Selesai Dirombak rawat

Harimau memang penamak. Kalau boleh, mahu template yang banyak ruang spare. Bukan apa. Senang nak letak amarah, emosi dan segala-galanya di sini.

Dan, ia telah selesai (ia amat mudah untuk selesai berbanding perbalahan politik).

Macam Filem Tamil pulak dah! (dusyum-dusyum)

{kemaskini 3 Mei}: Menurut Polis, insiden ini tidak berkaitan dengan politik. Ia lebih bersifat peribadi (sumber Buletin Tengah Hari). Sebarang salah tafsir dek kerana laporan dibawah adalah dikesalkan. Wallahualam.

__________________________________________

Takut sioot. Dah main bunuh-bunuh pulak. Ingatkan dalam filem Tamil saja yang ada. Kat Malaysia pun dah ada. Dengar khabar, kat Perak. Kenapa ya?

Kenapa sanggup berbunuhan dek kerana politik? Ini tidak boleh jadi. Puncanya wajib disiasat segera. Bukan apa, nanti blogawan macam kita pun susah. Silap tulis, kepala berderai depan pc. Siapa yang nak beb? Ini negara demokrasi kan? Kita bebas menyuarakan pandangan dan menyatakan sokongan.

Ini bukan zaman orang nak termuntah makan ubi kayu. Sekarang, nak makan ubi kayu pun mahal. Tak percaya, pergi check kat Jusco Seremban 2.

Menurut kepala hotak Harimau yang selalu tengok filem-filem Tamil seperti Run, Sivaji The Boss, Aaniyan, Basha dan lain-lain, benda-benda jahat macam ni biasanya melibatkan Ketua Polis dan Ketua Menteri Mumbai. Itu kalau kat Mumbai.

Kalau kat Perak, angkara siapa agaknya ya? Opps. Soalan maut ni, sendiri fikir dan sendiri jawab dalam hati! Harimau tak tahu tapi sebagai manusia, kita mesti ada naluri untuk jawapan tersebut.

Rasanya, jawapan kalian mirip jawapan Harimau. Hehehe.


Sebentar tadi..aku menerima panggilan telefon dari Albanjari tentang satu serangan yang dibuat terhadap ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari.
Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.
Update: 11.53 malam.
Aku baru dapat menghubungi YB Yunus dan beliau memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai kepejabat waktu itu.
Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.
(Berita sepenuh akan menyusul)
Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini. {sini}

1.5.09

1Malaysia dan Malaysian Malaysia: Apa Bezanya?

Harimau sedikit tersentak dan terdetik di benak bahawa ada benarnya pemikiran seberat Aspan Alias yang ditemuramah di dalam rancangan Blog@1 sebentar tadi. Mungkin ada persamaan dari segi penafsiran; apa itu konsep Satu Malaysia dan bagaimana ia berbeza dengan Malaysian Malaysia yang telah wujud sedari 1960-an.


Some politicians in the United Malays National Organisation (UMNO) thought of the concept as a threat to the Malays' special position in Malaysia, and considered Lee to be a dangerous and seditious trouble-maker; one went as far as to call Lee a traitor to the country. The more moderate Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, was perturbed by the campaign for a "Malaysian Malaysia" and thought it would lead to trouble, as, in his opinion, the Malays were not ready to be cut loose from their special privileges. Eventually, he decided the best option would be to oust Singapore from Malaysia; Lee agreed, and Singapore seceded from the Federation of Malaysia in 1965. { wikipedia- Malaysian Malaysia}


Bagaimana pula hari ini, yang mana pemimpin-pemimpin Melayu berlambak tetapi seakan kekurangan upaya (bukan OKU) ,konon-kononnya telah ditransformasi dek Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, telah menjadi bisu dan buta seterusnya tidak mampu untuk berkata ayat semudah "Dato' Seri Najib, slogan Dato' macam slogan DAP."

Adakah benar, pemikiran pemimpin UMNO terkebelakang sejauh 50 tahun dari pemikiran Lee Kuan Yew dan pemimpin-pemimpin Cina? Jika ia benar, tidak hairanlah Temasik meninggalkan Malaya dalam pelbagai bidang terutama aspek ekonomi dan ketenteraan.

Alhamdulillah, konsep yang "mengelirukan" umat Islam (mungkin) iaitu "Islam Hadhari" telah senyap. Jika konsep Hadhari itu LEBIH menyesatkan dari menambahbaik, maka gerombolan kaki ampu Pak Lah MUNGKIN akan tergagap menjawab di Padang Masyar. Namun jika konsep itu tidak menyesatkan malah menguatkan Agama Allah, maka Harimau Menaip minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.


KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. {sini}


Sekarang, timbul pula konsep 1 Malaysia. Terbaru, akan dipertandingkan pula penciptaan Lagu 1Malaysia. Walaupun tidak faham dengan konsep tersebut, namun Harimau telahpun siap bait-bait lirik yang rasanya sesuai buat konsep 1Malaysia. Kalau isi lagu tidak tepat, ia bukan salah Harimau. Orang yang tak faham memang macam ni.


1Malaysia (melodi ikut video ini)


YB.. telefon berbunyiii…
YB.. kami datangg..
YB.. telefon berbunyiii…
Ade rakyat dalam bahaya..
ade rakyat dalam bahaya…
Ade rakyat dalam bahaya disana..


Satu Malaysia,
kami datanggg..
Membantu rakyat dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama semua jadi mudah…
Heyy.. 1Malaysia.. Yeyyyy


Apa yg penting? Kerjasama!
Apa yg penting? Kerjasama!




Kalian rasa, lirik Harimau ni boleh pergi jauh tak?


Akhir qalam, pak Menteri yang mahukan graf prestasi mereka sentiasa dipuncak perlu bertungkus-lumus memerah kepala dan otak untuk menggarap penterjemahan dan definasi "1Malaysia". Yang Harimau pasti, ia akan GRAND di RTM/TV3/Utusan Malaysia dan berlainan melodi dari slogan DAP; walaupun hakikatnya, tonenya semacam sama. Wallahualam.


Harimau : dah macam Guru Vokal dah aku ni.



kredit lagu dan video buat team SETIAKAWAN WONDERPETS

Selamatkan Pekerja

nota: aku tak kenal sesiapa dalam gambar di atas.


Harimau serba salah. Kalau diucap "Selamat Hari Pekerja", adakah pekerja-pekerja di Malaya benar-benar selamat dari di baham kedunguan sistem ekonomi dunia mutakhir? Sedikit khuatir, perkataan "Selamat" itu nanti, bukan dituju dan tertuju kepeada pekerja kelahiran Malaya tetapi lebih terjurus kepada pekerja-pekerja kelahiran Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Nepal dan Filipina.

Lebih bagus, Harimau ucapkan sahaja "Selamatkan Pekerja" dan semoga esok, lusa, dan tulat menjanjikan pekerjaan buat mereka yang tidak lagi berstatus pekerja.

Dan, Selamat Ulang Tahun Pertama buat blog Harimau Menaip.

Harimau : aku sudah berhenti merokok 4 hari, menjauhkan diri dari pc kerana di sinilah aku mentedarah 2 kotak rokok sehari. Nampaknya, Dunhill sudah kerugian RM300 sebulan. Hahaha.