Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.7.09

Anwar Yang Sedang Tidur

Artikel dari http://nnora75reform.blogspot.com/2009/07/reformis-ancam-pr-turut.html

Ini dia sebenarnya laporan Sinar mengenai mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya menyepak ketuanya untuk mendapatkan projek kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini kemudiannya diberi projek UPTOWN Seri Gombak Selangor. Kenapa mereka diberikan projek tersebut – biasalah mereka mengaku mereka reformis hebat dalam memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor masih buta, bukan kerana tidak nampak tetapi kerana tidak pernah tahu erti perjuangan, erti masuk keluar lokap. Antara yang dapat adalah lelaki yang saya kata tidak orait ini. Kenapa mereka diberi sedangkan mereka BUKAN REFORMIS sebenarnya.

Kadang-kadang Nora tertanya – adalah ini sebenarnya makna keadilan yang kita perjuangkan. Mereka ugut dan kerajaan Negeri Selangor membenarkannya. Nora tidak mahu bantai lebih-lebih tetapi Nora kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Adakah ini akan menjarakkan semula Melayu pada UMNO dan Melayu pada PAS. Nora janji akan bertindak kerana mereka difahamkan mendapat tempat itu atas alasan reformasi. Ini tidak boleh kita biarkan berlaku kerana ini satu ketidakadilan. Bagi yang masih musykil lihat saja dan kita lihat Selangor pula mampu kecundang.

Blog Nora sering menjadi santapan Harimau Menaip kerana beliau cukup bangga menjadi Reformis. Beliau mungkin tahu hala-tuju dan matlamat beliau; dan atas dasar itulah, teguran kepada Kerajaan Selangor wajib dijadikan rujukan.

Rujukan apa?

Rujukan bahawa tiada pemerintahan yang sempurna. BN mungkin bangsat memerintah, korup dan perkauman. Namun buat apa jika kerajaan yang "menggantikan" BN adalah :

- cakap depan A, belakang buat B.
- mengaku telus tetapi korup.
- mendabik dada sebagai anti-kronisme tetapi mengkayakan suku-sakat dan sepupu-sepapat.
- mendakwa adil membahagi kekayaan tetapi banyak yang "ter"masuk poket sendiri.

Ini bukan kerajaan hebat. Ini kerajaan yang lebih BANGSAT dari segala KEBANGSATAN!

Maka, PKR bukan lagi mewakili suatu keadilan. Ia mungkin sinonim dengan Parti KepuRa-puraan.

Anwar! Kau tidur ke?

Harimau: sesiapa yang rasakan terdapat unsur rasuah dalam kes di atas, sila buat sesuatu.

29.7.09

Hebahan dari emel

(klik gambar untuk lebih jelas)
"Sapa sangka aiskrim yg di makan sejak sekian lama ada mengandungi E-471 & E407?? tak sangka.. tetiba jer teringin nak makan aiskrim hari ni.. terus sambar aiskrim walls 'pelangi' .. x teringat nak tengok isi kandungan.. dah makan baru tengok.... x caya??... nie ada attached sekali packing die.. walaupon tulisan Thailand ada cop Halal tp ada gak E471 & E407... nasib la...eee...loya tekak aku...tolong hebah kan kat kawan2 yer... "

Harimau: ada komen? perkara diatas diterima melalui emel peribadi Harimau.

26.7.09

Kenapa hapus ISA sahaja?

Ramai kata ISA melanggar norma-norma yang dituntut Islam apatahlagi prinsip kebebasan manusia sejagat.

Tidak dinafikan, ia ada kebenaran.

Namun jika mahu menurut Islam, mengapa perundangan Sivil tidak ditentang secara total? Adakah perundangan Syariah tidak lengkap?

Menagapa ISA yang secebis itu yang disanggah? Bukankah ia umpama membuli budak bawah umur?

Mengapa tidak ditentang Artikel 11 yang menjadi asas bagi Lina Joy? Bukankah asas penentangan kalian adalah "kerana Agama Islam'?

Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan. Ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Kes ini menarik perhatian ramai dan Lina Joy menerima sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain). { sini }


Sebelum pergi menghuru-harakan Tanah Melayu pada 1 Ogos, sila jawab soalan Harimau dahulu.

Kalau tak boleh jawab, sila duduk ontok-ontok.

Pelita lawan Lilin



Zalimlah Harimau jika hanya menembak satu arah sahaja. Pada hemat Harimau, Ir. Nizar berlaku curang pada Umat Islam kerana ber"vigil-vigilan" tempohari. Namun, curang pada Jemaah kurang sikit "bangsat" dari curang kepada Allah.

Hari ini, Harimau terbaca dan tertonton suatu gambar yang menyakitkan mata di blog ISA dan Mr. Kolumpo.

Nampaknya, perbuatan ini sama jahanam dengan ber"vigil-vigilan". Mufti dipohon mengeluarkan "vokal malu-malu" mereka. Jika tidak, makin berpecah Umat Islam di Tanah Melayu.

Usahlah redha dengan tindakan Perdana Menteri itu. Tentanglah hujah-hujah yang menyokong tindakan Dato' Seri Najib menyalakan pelita itu.

Dalam hal Aqidah, Iman dan Islam; tiada kompromi. Noktah!

Tidak kiralah ia berlaku dimana dan bila waktunya; ia tetap suatu tindakan kecurangan pada Umat Islam dan mungkin juga pada Agama Allah iaitu Islam.

Curang pada Umat Islam bermaksud melencongkan arah akidah bagi mereka yang buta dan dibutakan mata hati kerana kiblat politik yang menghancurkan.

Nauzubillah.

Nota kaki: tulisan diatas tiada berniat membakar api kemarahan antara agama. Ia cuma penunaian tanggungjawab seorang Muslim kepada saudara Muslim yang lain. Jika ia dibaca dari sudut perkauman atau seumpamanya, penulis minta maaf. Duit yang ada mahu digunakan membeli barangan keperluan bayi dan bukan membayar duit lawyer di Mahkamah.

Perginya Seorang Blogawan berstatus Seniwati


Harimau tidak berapa gemar dengan filem-filem beliau tetapi filem-filem itulah gambaran sebenar suatu realiti. Bagi Harimau, Yasmin Ahmad adalah seorang Seniwati bagi model Satu Malaysia yang mana filem-filem beliau banyak merungkai hubungan majmuk di Tanah Melayu. Malangnya, Seniwati Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah dan sumber berita ini diperolehi dari blogawan Nuraina { sini }.

Suka untuk Harimau imbas kembali tulisan terakhir beliau di blog http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/ bertarikh 22/07/2009 yang mana beliau menaruh harapan untuk menggunakan lagu di bawah sebagai lagu penutup Wasurenagusa.


video



Dan, Allahyarhamah juga prihatin tentang kematian Mendiang Teoh ( http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/2009/07/someone-please-wake-me-from-this.html ).

Atas kehilangan besar ini, bersama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah (buat beragama Islam) dan bertafakur (buat bukan Islam) kepada Allahyarhamah Seniwati Yasmin Ahmad.

Al-Fatihah...........

I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink. - Yasmin Ahmad

25.7.09

Syabas Inspector Sahab

Bekas Naib Presiden MIC, SS Subramaniam menyertai PKR.
Bersama beliau menyertai PKR ialah seramai 1700 lagi ahli-ahli MIC.
{ sini }

PKR semakin kuat kerana MIC tidak berusaha untuk berubah. Jika benar bagai diwar-warkan, maka BN telah kehilangan 2/3 (anggaran) sokongan komuniti India.

MIC sudah boleh berkira-kira untuk "tutup kedai" jika masih diterajui oleh individu bernilai setengah (Semi Value).

Jika benar berita tersebut, blog ini mengucapkan "Syabas Inspector Sahab" buat PKR!

23.7.09

Ultimatum: Gila atau Waras.

Harimau benar-benar pelik apabila terdapat blogger yang mengaitkan isu Ir. Nizar memegang lilin a.k.a. ber'vigil-vigilan' ; dengan lilin yang diguna apabila rumah kita black-out.

Dan terbaru, ada yang mempersoalkan Pak Lah (Tun) meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara.

Tolong jangan jadi bangang.

Pak Lah memang melanggar fatwa apabila meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara. Bab dosa, itu urusan Allah. Yang nak diikut beliau tu buat apa?

Dan, apa pula kaitannya lilin yang dipasang ketika black-out dengan lilin ketika ber'vigil-vigilan'? Harimau bukan lawyer tetapi tidaklah terlalu bangang untuk membezakannya. Kalian pun sama bukan?

Sila buang anutan kepartian tahap lahabau apabila berbicara soal berkaitan masa depan dan akidah Ummah.

Harimau menyokong ISA tetapi itu tidak bererti Harimau menyokong BN.
Harimau menentang PPSMI tetapi itu tidak bererti Harimau menyokong PR.
Harimau menyokong DSAI dalam kes liwat tetapi itu tidak bererti Harimau menyokong PR.
Harimau menentang DSAI dalam isu lompat parti tetapi itu tidak bererti Harimau menyokong BN.
Harimau menentang poll Chedet tetapi itu tidak bererti Harimau membenci Tun Mahathir.

Minda perlu dimerdekakan untuk menjadi insan yang waras.

Kita perlu memilih samada mahu menjadi waras atau bangang.

Orang Islam dan Melayu dikelilingi pelbagai masalah perpecahan, masalah iman dan akidah. Yang nak dikelirukan benda yang mudah tu siapa suruh?

Ir. Nizar kena bertanggungjawab membetulkan seandainya beliau silap. Begitu juga dengan Tun Pak Lah dan Dato Zahid Hamidi.

Tidakkan lemah umat Islam jika mengaku silap dan bertaubat.

Lawyer Pening?

Nampaknya kehadiran sahabat saya Dato Seri Nizar dimalam memperingati mendiang Teoh Beng Huat dengan menyalakan lilin dikritik hebat oleh UMNO dan Be End. Zambry Kadir siap dengan fatwa memperlekehkan tindakan DS Nizar. Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.
Maka lepas ni kalau rumah kita black out jangan pasang lilin, kalau ikut fatwa Tan Sri Mufti masuk neraka kita!!Apa yang hairannya tidak pulak UMNO dan Be End berkokok bila Menteri Pertahanan UMNo bersalam mesra dengan Menteri Pertahanan Yahudi la'natullah Ehud Berak. Kalau tengok ke gambar yang disiarkan senyum meleret menteri UMNo ni.
{ sini }

Si Nizar yang ber'vigil-vigilan', apahal pula ia nak dikaitkan dengan UMNO dan BN? Biar betul lawyer Melayu sorang ni. Inikan hal agama. Yang disebut Tan Sri Mufti Perak adalah :
Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian. { sini }

Apa pula kaitannya dengan rumah yang black-out? Tahu baca ke tidak lawyer ni? Patutlah lawyer Melayu takda yang hebat kat Malaysia ni. Banggali yang minoriti lagi hebat. Sebab apa? Sebab mereka rasional. Tahu beza antara perkara agama dengan politik (semata-mata).

Harimau nak solat. Nanti kita sambung!

21.7.09

Pentingkah Keputusan Poll Chedet?

Poll tersebut telah ditutup. Dari 100154 individu yang mengundi, 14% bersetuju matapelajaran Sains dan Matematik diajar di dalam Bahasa Melayu manakala yang selebihnya tidak.

Persoalannya, pentingkah keputusan itu? Teluskah undian itu? Adakah semuanya dari Malaysia? Berapa umur-umur yang mengundi? Bagi Harimau, poll tersebut TIDAK perlu diendahkan. Tun Chedet hanyalah seorang Mantan (Manusia Tanpa Jawatan) seperti kita semua. Masakan bersiri-siri demonstrasi jalanan yang mewakili vokal rakyat bawahan diabaikan dan digunapakai poll dari blog Tun Chedet? Mana mungkin Pak!

Oleh itu, tidak perlulah hasil keputusan tersebut diendahkan. Jika kerajaan Malaysia mengendahkan dan mengguna-pakai keputusan tersebut, dikhuatiri masa-hadapan Malaysia akan dipandu dan dipacu dari depan pc sahaja. Tiada pertemuan orang atasan dengan orang bawahan seperti biasa dan yang paling dasyat, akan banyak lagi undian-undian dianjurkan sehingga sampai suatu tahap mengganggu perjalanan dan keputusan-keputusan kerajaan.

Jahanam Negara aku ni nanti.

Iklan

Cerita bermula di suatu stesen minyak. Di stesen minyak ni ada 2 org pekerja bangla yang tahu berbahasa Melayu sikit-sikit, omputih sikit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorang tu namanye Majid & sorang lagi namanya Iqbal.

Pada suatu hari, berhenti sebuah kereta mewah Mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kereta tu seorang Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam telah kehabisan dan ini telah membuatkan Iqbal poning kepalo nak bagitau pada Pak Arab tu yang minyak dah abih. Pak Arab tu pula tak tau sepatah haram Bahasa Melayu, cuma tau omputih skit & bahasa ibundanya iaitu Bahasa Arab..

Iqbal cuba memberitahu PakArab tu sambil menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak habis, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal mencuba sekali lagi dengan menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal nak buat macamana lalu dia pun pergi menemui Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla dan bunyinya lebih kurang macam ni:

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: Ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: Dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..


Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata; "Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim".

barulah Pak Arab tu paham & terus blahhh.....

Undi BN kalau tidak mahu miss soru?

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. { sini }


Ini sudah kira dasyat. Kalau kita masih dijajah oleh Jepun dan mahu terselamat dari pelempang gred A tentera Jepun, jalan paling mudah adalah dengan menjadi Kempetai. Jika tidak, kempunan makan nasi lah jawabnya.

Nampaknya, formula yang seakan- akan sama telah digunakan oleh Kementerian Pertanian. Tiada mesyuarat yang dihadiri pegawai maka tiada keputusan boleh dibuat. Tiada keputusan maka tiada perubahan. Tiada perubahan maknanya miss soru.

Sudahkah Dato' Noh memikir masak-masak keputusan tersebut? Terfikirkah Dato' Noh tentang siapa yang menjadi mangsa?

Lagi satu soalan, orang Tanjong Karang pun tak terkecuali kan?

Harimau: inilah akibatnya duit rakyat dibuat macam duit sendiri. Lagi satu, kenapa beliau sebut "lima negeri pembangkang"? Dia kira Perak sekali ke?

20.7.09

Lilin Bukan Alat Ber"Vigil"?



Gambar keratan akhbar di atas disalin dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/sertai-perhimpunan-nyalaan-lilin-tak.html.

Bukan untuk menunjuk pandai tetapi sekadar pertanyaan di benak berdasarkan tulisan di dalam artikel tersebut.

1. Siapa Kimi Raikonnen tanpa kereta formula One?
2. Siapa DS Najib tanpa UMNO?
3. Siapa Dato' Lim Chong Wei tanpa raket?
4. Siapa Dato' Siti Nurhaliza tanpa mikrofon?

Kereta Formula One, UMNO, Raket badminton dan mikrofon adalah suatu alat. Tanpa nya:

  • Kimi Raikonnen tidak boleh memandu dan tidak mungkin digelar Pemandu Formula One.
  • DS Najib tiada parti dan tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.
  • Dato' Lim Chong Wei tidak dapat bermain badminton dan tidak boleh menjadi pemain No. 1 dunia.
  • Dato' Siti tidak akan menjadi Juara Lagu dan tidak mungkin dikenali.

Situasi diatas adalah sikit lebih kurang dengan situasi yang ini.

Bagaimana mahu ber"candle-light vigil" jika tiada candle (lilin)? Jika definasi "candle-light vigil" itu sinonim dengan upacara keagamaan Kristian dan tatacara upacara memperingati tahanan ISA dan Mendiang Teoh Beng Hock; mirip upacara vigil ala-Kristian, bagaimana kita mahu kata "ia tiada hubung-kait dengan mana-mana upacara keagamaan"?

Suratkhabar cabok macam Sinar Harian tidak boleh dijadikan rujukan berwibawa kerana pernah ditangkap plagiat. Kalau Editor pun boleh plagiat, bagaimana pula mahu dianggap berita tersebut berwibawa dan boleh dipercayai? Bagaimana mahu dipastikan bahawa berita itu tidak bias dan bertanggungjawab?

Maaf Drs. Idham Lim dan semua. Korang kena cari hujah lain.

Setakat hujah pakai Sinar Harian tu, korang boleh simpan buat pusaka.

NEXT!

Harimau: Ini dah macam kes " main takpe, cuma jangan pancut dalam". Dah dosa tu, dosa je lah..Tul tak?

18.7.09

PAS berjaya "dikafirkan" oleh DAP?

Guru Agama Harimau pernah cakap, kalau ilmu tak cukup, jangan nak berdebat perihal agama dan usah berdakwah kerana khuatir dakwah yang nak dilakukan akan berpusing balik. Senang cakap, kita pula yang akan dikafirkan.

Entah kenapa, kata-kata Guru Agama itu terngiang-ngiang di kepala pabila terpandang gambar di bawah yang diperolehi dari blog Parpukari (tanpa kebenaran Parpu..sori bro).





Apa cerita? DAP diIslamkan atau PAS yang telah dikafirkan? Takut ooo!

Harimau tercari-cari tulisan Harimau yang lepas mengenai Vigil ini, namun nyata ia telah dipadamkan. Padam kerana azam baru Harimau pada awal 2009 yang lalu. Namun, Alhamdulillah kerana blog Kerajaan Rakyat masih menyimpan gambar yang Harimau cari.





Bagi mereka yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu apa itu Vigil, disini Harimau pautkan kalian ke Wikipedia. Kalian cuma perlu klik ---> SINI.

Tidak guna ada perkataan "Ir." di pangkal nama kalau bodoh melambung-lambung!

Pakatan Rakyat adalah Tong Sampah Pemimpin Luput Tempoh?

Maka terendoslah sekali lagi di sejarah Pakatan Rakyat yang mana "rejected leader" kalaupun tidak "expired leader", di tong-sampahkan. Kedengaran agak kasar tetapi itulah kesimpulan yang dapat dibuat setelah langkah perpindahan Chua Jui Meng dari BN ke PR dibuat.

Di zaman Tun Pak Lah, perkara yang serupa juga terjadi dengan kemasukan Ezam namun nyata strategi lapok sebegini gagal dan tidak relevan dengan zaman. Tidakkah PR merenung hal ini tatkala ditipu hidup-hidup oleh Dato' Nasa dahulu dan seterusnya mengambil ikhtibar?

Penting sangatkah kemasukan Datuk Chua Jui Meng dalam survival Pakatan Rakyat? Mengapa keraian luar biasa seperti itu tidak dibuat untuk mengingati pejuang reformis jalanan yang berhati kering dan bermati-matian berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat sedari 10 tahun yang lalu?

Sudah terhantuk nanti, jangan pula kamu kecohkan keamanan Tanah Melayu lagi. Rakyat sudah mulai bosan dengan politik resipi lama. Mual dan menjengkelkan.

Tertanya juga, apa pula kebaikan dan peranan yang akan dimainkan oleh Datuk Chua Jui Meng; adakah beliau dapat bernafas atau terus lemas dengan nama besar politikus berbangsa Tionghua yang berlambak dalam PKR dan DAP.

Ooopps. Kasihan PAS kerana terpinggir dari keraian luar biasa tersebut.

14.7.09

Kaki Orang Manik Urai akan terbobos di lubang jambatan lama.!

Ini kah bukti Ore Kelate tak make rasuah? Mungkin.

Pelajare de pengajare buak Amno? Ambo arapke begitu.

Alhedulillah...sekare udah ame.

{Inikah bukti orang Kelantan tidak makan rasuah? Mungkin. Pelajaran dan pengajaran buat UMNO? Saya harap ia begitu. Alhamdulillah, sekarang sudah aman}

Harimau: orang manik urai akan naik jambatan lama...sekurangnya 4 tahun lagi...hahahaha..

12.7.09

Rakyat Didahulukan? Piiraahhh Mabuk!

Soalannya : Apakah yang perlu ibu dan bapa saya lakukan untuk mencukupkan 80 kali penggunaan kad Tounch n Go dan Smart Tag bagi mendapatkan diskaun 20 peratus.(Sebulan 26 hari bekerja dan ada yang 20 hari bekerja, darab 2 kali sehari pergi/balik kerja = 52 atau 40 kali menggunakan tol). { sini }


Memang banyak betulnya tulisan ISA. Bukan mudah untuk mendapatkan diskaun 20% tersebut. Berapa ramai pula yang mendapat diskaun tersebut? Menurut calculation mudah yang dibuat oleh "budak TADIKA" tersebut, semacam tiada seorang umatpun yang layak!

Katakanlah, sekali melalui tol, pengguna A membelanja RM 2.00, maka RM160.00 akan dibelanjakan setelah 80 kali lalu. Sudah tentu 20% tersebut didiskaun setelah penggunaan melebihi 80 kali!

Kalau 80 kali bunyinya mustahil, yang ini sudah kira BAPAK segala mustahil.

Ditambah pula dengan berita mutakhir yang disiarkan oleh Buletin Utama malam tadi, jambatan baru di Manek Urai hanya akan dibina jika BN menang. Apa ni? Berita tersebut boleh juga dibaca di sini.

Ini sudah kes rasuah terang-terangan. Memang kerajaan PAS telah di"bangsat"kan oleh berita tersebut. Takkanlah satu jambatan pun payah untuk di adakan oleh kerajaan Negeri? Kes yang ini, kerajaan negeri yang kurang upaya atau kerajaan pusat yang berhati busuk? Wallahualam.

Kenapa perlu diugut rakyat Manek Urai jika slogan PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW yang dijunjung? Betul ke diorang ni?

Atau slogan tersebut hanya bersifat sementara macam slogan penganut agama Hadhari dulu?

Siapa Paling Layak Menjadi Canselor UNISEL?

Rasanya, tiada implikasi positif yang ketara dari seruan agar Datin Seri Rosmah Mansor digugurkan dari menjadi Canselor UNISEL. Apa kaitannya jawatan Canselor dengan pencapaian akademik Siwa dan Siswi? Apa pula kaitan seruan tersebut dengan turun-naik ranking UNISEL di dalam senarai Universiti terbaik di dunia?

Benar, Datin Seri Rosmah bukanlah pelajar genius atau berpendidikan tinggi atau mempunyai gelaran Doktor di pangkal nama; namun itu tidak menjadi suatu syarat dalam pada seseorang individu untuk menjadi seorang Canselor. Maka, jawatan sebagai Canselor yang diperolehi Datin seri Rosmah TIDAK WAJAR dipersoalkan melainkan terdapat hujah yang kukuh untuk menyokong penentangan tersebut.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu." { sini }

Bangsat sangatkah taraf pendidikan Datin Seri Rosmah hinggakan frasa tersebut diungkapkan? Menurut Wikipedia:
Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Beliau seorang yang pandai dan dikatakan selalu mendapat tempat teratas dalam kelas. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
Beliau melanjutkan pelajaran di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Lousiana State University, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.
Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Siapa pula pilihan Siswa/Siswi UNISEL? DSAI? Bengap ke kepala Siswa/Siswi UNISEL? Kita susuri taraf pendidikan DSAI dahulu.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Rasanya, tiada apa yang hebat dari Resume DSAI. Dari apa yang Harimau baca melalui e-akhbar, tidaklah pula si Siswa-siswi UNISEL menamakan mana-mana individu yang mereka rasakan layak memegang jawatan Canselor.Ia mungkin disebabkan oleh :

  1. Siswa-siswi UNISEL sengaja membakar api politik kampus.
  2. Siswa-siswi UNISEL mahu juga menjadi jaguh politik kampus seperti siswa-siswi UiTM.
  3. Malaysia sudah ketandusan orang bijak-pandai.
  4. Senario mutakhir, yang mana orang bijak kelihatan bodoh (contoh: Naib canselor di dalam Debat Anwar - Shabery) telah mempengaruhi tindak-tanduk siswa-siswi UNISEL.

Persoalan terakhir, yang mana satu asbab nya?

Harimau: bukan penyokong Rosmah apatahlagi pecacai politik sesiapa. Sekadar tertanya-tanya.

1.7.09

Selepas Sejadah Terapung, Tiba Giliran Selimut Pula!

Terbaca Harimau tentang coretan Ibu Melayuangkat berkenaan Sejadah Terapung. Tergelak Harimau membaca tulisan di akhbar yang dipaparkan. Terdetik di benak " Imam ni nak kincing pun biarlah beragak!".

Korang nak percaya, terpulang tetapi usahlah terpedaya dengan benda remeh dan mudah seperti itu. Apa kaitan "Sejadah Tegak" macam tu dengan bait "as a sign of the people distancing themselves from the religion". Buat kena gelak dengan non-muslim je.


Ni mesti ada kaki masjid Kristal yang takde keja carik keje ni. Sudahlah tu.


Mata pun dah mengantuk. Aikk! Kenapa selimut Harimau pula yang terapung?


Jeng jeng jeng.